Friday, April 29, 2011

Marketing Plan Percuma Untuk Blog Korang

hasil nukilan: wafimamakidz at 2:38 PM 2 comments
Salam U all...
Ini adalah bw Mamakidz yang pertama ke blog puanbee...Bagi blogger newbie seperti Mamakidz, N3 ini amat menarik sebab mungkin betul juga kata puanbee...tak cuba tak tahu...So, Mamakidz amat bebesar hari mencopy+paste N3 ini di blog Mamakidz. 
Mamakidz amat berharap agar N3 ini dapata membantu semua newbie spt. Mamakidz.........


sumber rujukan:blog puanbee
Hari ni bee nak bercakap dan bagi kesedaran kat korang yang suka sangat tinggal komen di shoutbox dan bukan di tempat komen , salah satu bee mendapat backlink yang banyak adalah tinggalkan komen di blog lagi-lagi blog yang memakai plugin comment luv , blogspot pun boleh pakai plugin itu kalau nak , ada cara nya …tapi kebanyakkan blog wordpress berbayar ada plugin commen luv nih …Juga blog yang mempunyai PR yang tinggi serta lama atau kata lain otai …

Thursday, April 28, 2011

Tarikh 29 April 2011..........

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:54 PM 0 comments
Mesej dari Maxis


RM0.Watch the Royal Wedding of the year LIVE on yr phone via CNN tomorrow at Ipm. Click"............"


Apakah perasaan U all bila terima mesej ini.


Untuk pengetahuan U all, Mamakidz begang tahap gaban sebab kat ofis Mamakidz tak ada Astro untuk menyaksikan perkahwinan diraja ini.  Dulu  Mamakidz  telah dan pernah menyaksikan perkhawinan Mama dia.  Masa tu dia tunjuk LIVE di RTM1.   Tapi, time anak (Prince William dan Kate Middleton) mendiang lady D kahwin, Mamakidz tak dapat tengok.




Wednesday, April 27, 2011

Ketahuilah rahsia gabungan Alfalfa dan Vitamin E.....

hasil nukilan: wafimamakidz at 5:24 PM 0 comments
Mommies tahu tak bahawa gabungan Alfalfa dan Vitamin E sebenarnya sangat bagus untuk menjadikan anda isteri dan ibu yang hebat?
Mommies tentu tahukan bahawa Alfalfa yang mommies makan untuk tujuan untuk membanyakkan susu tu juga boleh merawat masalah keputihan pada wanita?

Terima kasih semua....

hasil nukilan: wafimamakidz at 10:34 AM 0 comments
Salam U all....


Terasa bangga dan sayu dihati Mamakidz kerana walaupun blog Mamakidz tidak seglamer blog Abg. Ben,blog Mat Gebu, blog Mak Dara dan blog yang lain2.  Tetapi, sekurang2nya ada juga rakan2 siber yang sudi berkunjung di blog Mamakidz.  


Ribuan dan jutaan terima kasih Mamakidz ucapkan, kepada U all......kerana sudi menjadi followers di blog Mamakidz yang tidak seberapa glamer....



Monday, April 25, 2011

Set Shaklee yang menjimatkan

hasil nukilan: wafimamakidz at 4:57 PM 0 comments
Salam U all.....


Mamakidz ingin berkongsi info kepada pengguna supplement Shaklee.  
Tahukah anda dengan 3 supplement Shaklee ini, ia mampu menceriakan hari-hari anda dan dalam masa yang sama ia dapat menjimatkan budget kita. 
1. Meal Shake : Harga Mamakidz (RM91.00)
2.Sustaned Release Vita-C 500mg :  Harga Mamakidz (RM74.00)
3. Vitamin B Complex : Harga Mamakidz (RM43.00)


Info tambahan:

  • Meal shake: berfungsi seperti multivitamin, oleh itu jika kita mengambil meal shake, ia seolah-olah kite telah mengambil ESP dan vitalea
  • Vita-C: Mencegah kelenjar daripada rosak & berdarah. Penting utk pembentukan kolagen. Bertindak sebagai anti-oksidan.  Bertindak mengikut pelepasan masa.
  • B complex: "B" for beaty - true beauty radiates from within.  Perlu bagi urat saraf (essential to initiate nerve transmission).  membantu meninggikan sistem pertahanan badan.  Membantu mengurangkan stress dan bertindak sebagai penenang



Meal shake :RM91.00(WM) RM97 (EM)


Sustance release vita-c 500mg
RM74.00(WM) RM78.00(EM)
B- complex RM43.00 (WM) RM45.00 (EM)

Antara 5 Kesalahan Kandungan Blog

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:00 PM 0 comments
1. Slow loading page akibat terlalu banyak post / widget diletakkan kat mainpage.

2. Auto-play music / video.

3. Kurangnya ketepatan navigasi. Contohnya: warna background sama dengan warna text/button/title/icon menyebabkan pembaca tidak nampak text/button/title/icon  dengan jelas.

4. Susunan text yang berserabut. tiada header, paragraph, spacing

5. Membuat Auto pop-up windows.

Kesalahan ini boleh mengurangkan keselesaan pembaca blog kita.Sebarang idea korang boleh dikongsikan bersama ;)


sumber rujukan:blog apis

Kisah Tok Bomoh di Nottingham, United Kingdom

hasil nukilan: wafimamakidz at 12:20 PM 1 comments
Mamakidz memang suka buat terjahan ke blog-blog yang lain utk mencari info yang boleh dikongsi bersama...So, dipendekkan cerita...Mamakidz telah menerjahlah ke blog Bunga dan Coklat.  Mamakidz memang suka ke blog beliau...untuk melihat view di Nottingham.  Almaklumlah luas permandangan maka luaslah pengalaman....

Cerita di blog Bunga dan Coklat ialah begini;

Apakah Kepentingan Blog Stat?

hasil nukilan: wafimamakidz at 12:07 PM 0 comments
1. Untuk mengetahui topik popular atau yang tak popular

2. Untuk mengetahui browser manakah yang selalu mengunjungi blog anda

3. Untuk mengetahui informasi dari search engine ataupun referal site.

4. Untuk mengetahui apakah minat pembaca yang mengunjungi blog anda.

5. Akhir sekali untuk mengetahui adakah advertisement ada berkesan ? ;p

Semakin bijak anda menganalisis blog stat maka semakin cepat popularlah blog anda. Goodluck ;)

sumber rujukan:blog apis

Friday, April 22, 2011

Babywrap babywrap

hasil nukilan: wafimamakidz at 5:39 PM 1 comments
Salam U all.... 
Mama menggunakan wrap dan nursing cover
semasa ke MAHA ekspo(ini gambar masa Jr.masih kecil)
Sudah lama Mamakidz tidak bercerita perihal babywearing.  Terasa rindulah pulak...  Mamakidz masih teringat lagi, zaman Jr. masih belum boleh berjalan..(sekarang Jr. sudah berjalan dan berlari dengan riangnya).  


Pada ketika ini Jr. sentiasa melekat kat badan Mamakidz dan dalam masa yang sama Jr. sempat lagi menyusu.  


Sentiasa bahagia sekali..Jujur Mamakidz katakan, dengan Jr., barulah Mamakidz mengenali apa itu penyusuan susu ibu secara ekslusif, nursing shirt, nursing cover, babywearing, makanan untuk memperbanyakkan susu badan dan Supplement Shaklee.


So, dipendekkan cerita gadget Mamakidz yang wajib dikala outing ialah:-
1.  Nursing shirt
2.  Nursing cover
3.  Wrap


Untuk pengetahuan U all, Mamakidz amat mengemari menggunakan wrap yang berjenama  wombfruit wraps.  Ia sungguh selesa, tidak panas dan pemakaiannya amat mudah sekali...Jika U all, nak suruh Mamakidz tolong belikan tiada masalah...Mamakidz sedia membantu...

.....Apa anda perlu tahu perihal Mamakidz

hasil nukilan: wafimamakidz at 2:41 PM 0 comments
1.  Seorang Isteri kepada En. Hubbyku (En.Ahmad Nizam)
2.  Mama kepada 1 tuan Puteri 2 tuan Putera
3.  Seorang yang bekerja di syarikat swasta dalam masa yang sama pumping mum
4.  Seorang Mama yang fully breastfeeding
5.  Seorang skretari kepada En. Hubby (dalam segala hal)
6.  En.  Hubby minat memancing, 
maka Mamakidz telah dipertanggungjawabkan mencipta dan mencari resepi umpan ikan.  Dipendekkan cerita, jika pergi ke kedai pancing, kekadang Mamakidz pula yang over bab umpan apa yang en. Hubby perlu guna. (nak beri sokongan moral tau, bukan queen control)


7.  Mengikut En.  Hubby kemana sahaja, sentiasa menggunakan ayat " Isteri sentiasa disamping suami".  
Nak dijadikan cerita, semasa tempoh berpantang ketiga2 anak kami berdua, En. Hubby yang jaga Mamakidz.  En.  Hubbylah yang sediakan Jamu, berbengkungkan Mamakidz, bertungku ...., termasuk juga mandikan baby sebelum pergi kerja dan menyediakan makanan utk Mamakidz.


Nota:  Hari ini hari N3 mengarut kerana hari ini Mamakidz boring tahap gaban.  Oleh itu,memandangkan blog ini ana yang punya...maka suka hati analah....analah penulis N3,analah editornya dan ana jugalah publishernya...tiada siapa boleh larang ana.  Itulah untungnya dunia penulisan di alam maya.......

Mamakidz in the house

hasil nukilan: wafimamakidz at 2:18 PM 1 comments
Sorry...U all.  Sudah agak lama Mamakidz tak updated N3.  Untuk pengetahuan U all, sebabnya Mamakidz, Afiq dan Jr. telah dilanda demam panas...Hari ini, baru start keje...I'm sorry

Tuesday, April 19, 2011

Saya nak hadiah best dari MamaFaiz & Shaklee

hasil nukilan: wafimamakidz at 5:13 PM 1 comments
Salam semua.....


Mesti U all terkejut, apahal pulaklah Mamakidz ni kan, tiba2 saje nak hadiah dari Mama faiz & Shaklee.


Untuk pengetahuan U all, sahabat Mamakidz (nama manje beliau adalahCery),sedang menyambut anniversary setahun untuk penubuhan blog beliau.


Mama Faiz &Shaklee telah berbesar hati untuk berkongsi kegembiraan ini dengan kite semua... MAKANYA beliau telah menjadikan bulan APRIL ini sebagai bulan GIVEAWAY


Sebagai tanda pernghargaan Mama faiz & Shaklee juga telah memberi peluang buat para pembeli2 Shaklee dari blog beliau dan pembaca2 diluar sana yg sudi berkunjung ke blog Mama Faiz &Shaklee sepanjang April ini.


..hadiah2 menarik menanti kite semua ialah.. Setiap minggu Mama Faiz & Shaklee akan memilih seorang yang bertuah.. hadiah2nya



  • One pack of nutriferon (30 sticks). worth rm155 (1 org)
  • 1 set Body Care (Hand/Body moisturizer/Scrubs) from Crabtree/ Loccitane worth Rm150++
Pesanan penting:  Jika u all nak kan hadiah2 yang diatas ni, silalah layari blog cery iaitu www.mamafaiz.com utk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut

5 + 1 Sebab Kenapa Newbies Gagal Dalam Berblogging!

hasil nukilan: wafimamakidz at 3:19 PM 1 comments
Untuk pengetahuan U all, blog 2dayblogger adalah tempat Mamakidz membuat rujukan bagi menaiktarakan blog Mamakidz yang tidak seberapa glamer ini.  Maklumlah Mamakidz ni kan, newbie di dalam dunia blogging.  So, Mamakidz selalu pergi ke blog Otai2 yang tidak kedekut ilmu.  Sebab, Mamakidz ni bukannya pakar dan arif dalam bidang ini....
Berikut adalah beberapa petikan dari blog Otai(2dayblogger)
Hari ini nak kongsikan pendapat mengeani Sebab-sebab Kenapa Newbies Gagal Dalam Berblogging.Tips yang diberikan ini berdasarkan pengalaman sendiri kerana saya juga pernah melaluinya seperti mana para newbies sekalian.
Harap tips ini dapat membantu korang semua untuk improve kan lagi skill berblogging korang.Saya pun masih belajar dan akan terus belajar untuk meningkatkan ilmu pasal berblogging ini.Mana tahu oneday saya pun leh jadi Full Time Blogger..
Okey,jom layan…

Notis dari Google: Blog Yang Tidak Mengunakan Akaun Google Akan Dihapuskan.

hasil nukilan: wafimamakidz at 2:02 PM 0 comments
Just now Mamakidz telah buat bw ke blog http://memorisusuanku.blogspot.com(kepunyaan kak mieja)


Blog kak mieja adalah tempat Mamakidz menimba ilmu penyusuan susu ibu dan dunia IT.  memang pelbagai info terdapat di blog Kak mieja ni tau.  


So, sesiapa yang belum menukarkan  ke akaun google, lakukanlah dengan kadar segera.  Bukan apa rugi nanti, buat penat2 N3 yang menarik last2 ke block. 

Tapi sesiapa yang dah memang menggunakan akaun gmail, Baguslah....





P/S: Terima kasih kak mieja kerana memberi keizinan kepada Mamakidz untuk mengwarkan2 kepada semua rakyat jelata di alam maya.  Untuk cerita yang lebih detail bolehlah u all layari di blog ini http://www.myukhuwwah.com
Mamakidz minta maaf sebab tak boleh nak copy+paste N3 beliau sebab empunya blog tidak mengizinkan.

Dana Kecemasan.....Pt.3

hasil nukilan: wafimamakidz at 12:00 PM 0 comments
Dimanakah saya patut menyimpan "Dana Kecemasan" saya?


Dana kecemasan anda patut disimpan dalam satu akaun yang senang untuk anda keluarkan dalam waktu-waktu kecemasan.  namun ia tidak patu menjadi terlalu senang untuk kita menggunakannya dengan sesuka hati kita.


Kita mungkin memilih untuk membuka Akaun Simpanan dengan kad ATM.  Alternatifnya, kita juga boleh memilih untuk melabur sebahagian darinya kedalam mana2 dana Amanah Saham Kerajaan.


Ingatlah: Abila kita mendapat pendapatan, ingat untuk membayar diri kita sendiri terlebih dahulu.  Cara yang paling mudah ialah berdaftar dengan skim potongan gaji.  Kita mesti membuat satu ketetapan bahawa akaun ini adalah untuk kecemasan sahaja dan seboleh yang mungkin, kita tidak akan menggunakannya utk tujuan lain.

Dana Kecemasan.... Pt.2

hasil nukilan: wafimamakidz at 11:00 AM 1 comments
Bagaimana saya boleh menyimpan, sedangkan saya tidak mempunyai banyak duit?


kita memang berfikiran yang tiada baki duit yang dapat disimpan selepas membayar semua bil.  Ramai ornga, tidak kira berapa banyak duit yang mereka ada...dan terus membuat kesimpulan duit tak cukup untuk menyimpan.


Namun, hanya anda sahaja yang boleh mengubah keadaan ini.  Begini caranya:

  • Bayar diri anda sendiri terlebih dahulu
  • Cipa satu '"akaun simpanan automatik" yang membolehkan anda mengeluarkannya ketika kecemasan
  • Turunkan perbelanjaan anda dengan hidup secara bijak
  • Tetapkan beberapa syarat untuk menggunakan duit, iaitu syarat yang BENAR2 ketak!
  • cuba sehingga anda berjaya tetapi jangan putus asa!  
Apakah yang dimaksudkan "Bayar Diri Anda Sendiri Terlebih dahulu"?

Dana Kecemasan..... Pt. 1

hasil nukilan: wafimamakidz at 10:02 AM 0 comments











sumber rujukan: Utusan Malaysia, isnin 18 April  2011
Apakah yang dimaksudkan "Dana Kecemasan"?


"Dana Kecemasan" biasanya adalah satu dana yang anda cipta untuk membayar perbelanjaan diluar jangkaan.  Sebagai contoh:

  • Tayar-tayar kereta anda perlu ditukar dengan yang baru
  • Rumah anda penuh dengan anai-anai dan memerlukan rawatan
  • Anak anda mempunyai masalah apendiks dan memerlukan pembedahan
  • Gigi geraham anda perlu dicabut
  • Tiba2 syarikat anda bankrap
Senarai ini boleh berterusan panjangnya dan anda mungkin tidak mengalami hanya satu daripadanya, tetapi kesemuanya serentak.

Monday, April 18, 2011

Dynas buka butik nursing secara online

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:31 PM 2 comments
Wah terkezut sebentar mamakidz, google punya google terjumpalah blog butik nursing Dynas.  Menurut kata Dynas, tercetusnya idea utk membuka butik nursing ini adalah selepas beliau bersalin.  Almaklumlah, Dynas kan seorang artis dan dalam masa yang sama beliau masih ingin menyusukan baby kesayangannya.

Berikut adalah contoh baju nursing yang terdapat di butik nursing Dynas:

Perkara yang patut dielakkan untuk berjaya dalam penyusuan.- Huraian yang lebih detail. Pt2

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:30 PM 0 comments






Sambungan dari N3 semalam yang berkaitan dengan perkara yang boleh mengurangkan penghasilan susuibu...

Ramai yang menghantar mesej tidak kurang dengan email bertanya sebab untuk setiap point yang cuba ibu sampaikan:
1. Tidak mengepam atas alasan Breast tidak bengkak.
  Breast hanya akan cepat bengkak apabila pengambilan makanan yang tinggi kandungan protien seperti ESP dan alfalfa. Sesi mengepam yang konsisten akan membantu memberi signal kepada otak bahawa badan perlu menghasilkan lebih banyak susu kerana sentiasa ada permintaan.

Ramai ibu2 yang baru dalam penyusuan susuibu masih kurang faham bagaimana susuibu dihasilkan. Rata2 yang menjawab mengapa tidak mencuba beri susu badan...alasannya susu tiada. Susuibu akan terhasil bila ada signal melalui hisapan terus (direct feeding) atau perahan (mengepam) yang berterusan. Breast tidak bengkak adalah kerana pemakanan si ibu yang tidak seimbang. Pemakanan yang tinggi kandungan protein membantu susu cepat terhasil dan breast akan cepat bengkak.

Jadual pemakanan vitamin: kesesuaian masih bergantung kepada individu. Pt.2

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:00 PM 0 comments
Artikel Ini adalah kesinambungan dari artikle jadual pemakanan yang terdahulu...

APA YANG TIDAK DIGALAKKAN
Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.
Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.

Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.

Perkara yang patut dielakkan untuk berjaya dalam penyusuan. Pt1

hasil nukilan: wafimamakidz at 11:51 AM 0 comments





Untuk berjaya dalam penyusuan... cuba ELAKKAN perkara berikut:

1. Tidak mengepam atas alasan Breast tidak bengkak.
  Breast hanya akan cepat bengkak apabila pengambilan makanan yang tinggi kandungan protien seperti ESP dan alfalfa. Sesi mengepam yang konsisten akan membantu memberi signal kepada otak bahawa badan perlu menghasilkan lebih banyak susu kerana sentiasa ada permintaan.

2. Pengambilan minuman bergas dan ber ais.
Secara perlahan2 amalan ini akan mengganggu penghasilan susuibu. Walaupun mungkin tidak berlaku kepada semua ibu namun yang ibu pasti amalan ini akan menyebabkan si ibu mudah mendapat sakit urat disebabkan pengambilan ini yang berterusan.

3. Pengambilan minuman berkafien.
Kafein menggangu kelancaran saraf dalam jangka panjang. Walaupun ada yang membuat kenyataan, buah kopi mengandungi antioksida yang tinggi...namun kita tidak makan buah kopi ratah begitu sahaja...ianya diproses dan telah kita maklum kopi itu mengandungi kafein yang lebih tinggi berbanding teh.

Vitamin B Complex merawat Stress

hasil nukilan: wafimamakidz at 11:11 AM 0 comments
Pernahkah kalian mendengar... tak bagus makan B complex nanti gemuk?. Sebab perkataan ini dah didengari banyak kali maka ianya akan tersimpan di dalam memori di bawah sedar kita dan ianya akan menjadi sesuatu yang paling menakutkan terutama apabila badan kita menjadi besar kononnya akibat vitamin B complex tadi.

Hakikatnya vitamin B adalah vitamin yang dikenali sebagi vitamin starter plug yang menukarkan gula menjadi tenaga. Apabila makanan  ini tidak ditukarkan sepenuhnya menjadi tenaga, maka risiko kencing manis dan risiko masalah kegemukkan mudah berlaku.

Ramai yang beranggapan bahawa mereka tidak memerlukan B complex. Antara penyataan yang biasa kita dengari ;"Oh saya tidak stress." atau "Saya hanya surirumah, mana ada stresss". Hakikatnya keperluan B complex bukan sekadar untuk memastikan kita mampu menangani stress atau tekanan sebaik mungkin, tetapi ia memberi pengaruh yang besar kepada perasaan dan sikap kita secara tidak langsung.

Friday, April 15, 2011

Penyusuan susu ibu - untuk wanita bekerja

hasil nukilan: wafimamakidz at 2:31 PM 1 comments
Pict.Dynas sedang 
menyusukan anaknya
Setelah tamat tempoh berpantang, ibu-ibu yang bekerja pasti berasa runsing apabila memikirkan bayi kecil yang terpaksa ditinggalkan. Pilihan sama ada untuk menghantar ke taska/nursery/pengasuh menjadi satu isu yang mungkin telah ditangani. Isu untuk memastikan bayi anda terus mendapat bekalan susu ibu adalah satu isu lain yang sangat penting. Peluang untuk menyusukan bayi sehingga 2 tahun tidak patut dilepaskan untuk ibu-ibu terutamanya yang bekerja. Latihan memerah susu sepatutnya dimulakan seawal 2 minggu selepas bersalin.. Namun ia boleh dilakukan lebih awal mengikut keselesaan ibu-ibu.
Umum mengetahui susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi di bawah 6 bulan. Dalam masa ini juga pastikan bayi anda hanya minum susu ibunya. Tiada makanan pejal atau susu formula yang diberikan bagi memastikan bayi anda terus mendapat khasiat yang sebaiknya untuk tumbesaran. Bagi yang bekerja, isu untuk menyusukan bayi anda tentu menjadi sesuatu yang merunsingkan. Tapi, jika anda tekah bersedia dari segi mental dan info, tentu masalah ini bukanlah sesuatu yang besar.

Panduan untuk ibu kembali bekerja

hasil nukilan: wafimamakidz at 2:23 PM 0 comments
klik sini untuk lebih lanjut http://www.apcwomen.org/uploads/24224838a906ad8bec251af22b9c44f8/BTWbrochure.pdf
sumber rujukan:http://www.apcwomen.org

Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya

hasil nukilan: wafimamakidz at 2:00 PM 0 comments
Alasan 'Susu kite tak adelah nak bagi baby menyusu'..itu adalah ayat biasa yang digunakan bagi ibu-ibu yang bekerja, termasuklah mamakidz (dululah sebelum ada kesedaran).  Tetapi setelah banyak nasihat dan kaunseling diberikan, sekarang kesedaran mulai ada dan penyusuan susu ibu dapat diteruskan.

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja sedari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun.  Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur enam bulan.  Ini bermakna dari dari lahir hingga enam bulan bayi:

Down susu tak banyak??

hasil nukilan: wafimamakidz at 9:00 AM 0 comments
Oleh kerana ramai customer saya juga terdiri daripada ibu-ibu menyusu, Setiap SET B yang add on of ESP dan calcium akan memberi kesan yang lebih baik!
So mari kita baca tips dan jadual pemakanan yang betul sharing by Kak N
______________________________________
Pengambilan vitamin yang betul dan pada masa yang betul sangat membantu. Namun kunci utama ialah perlu amalkan 3 perkara ini secara konsisten dan berterusan. Bukan hari ni buat, esok tak buat, lusa buat...memang tak nampak kesan. Perlu buat setiap hari.

Thursday, April 14, 2011

Tips baby pintar

hasil nukilan: wafimamakidz at 5:45 PM 0 comments
sumber blog: aulawrites

All babies are genius.. Nape agaknya … 

Hah… this is because mereka banyak mengunak otak kanan -imaginasi dan warna. Perkembangan otak bayi very rapid dari lahir hingga 3 tahun… di mana otak kanan berfungsi sepenuhnya apabila die mencapai umur 3-11 tahun otak kiri pula akan perlahan-lahan mengambil alih dan akhirnya akan menjadi dominan…

Itu sebabnya if uols baca kat mane2 blog or product early education atau pembelajaran awal banyak melibatkan warna, gerakan dan muzik…. ini dimana otak kanan akan memberi respons lebih baik…

Saturday, April 9, 2011

Perbandingan khasiat susu ibu dan susu formula

hasil nukilan: wafimamakidz at 9:00 AM 0 comments
Susu ibu mempunyai lebih banyak khasiat yang bayi perlukan! 


moral of the story: Mamakidz minta maaf jika ada ibu2 diluar sana yang terasa.  Bukan niat mamakidz utk mempersendakan mana2 ibu yang tidak memberi susu ibu kepada simanjanya.

Friday, April 8, 2011

Pelindung ibu dan Bayi

hasil nukilan: wafimamakidz at 6:07 PM 0 comments
Sumber: Norlaila Hamima Jamaluddin (2010). Pelindung ibu dan bayi.MyMetro. 1 Ogos.,duniasusuibu

“TERLALU sikit, puas cuba beri anak susu badan tetapi dia macam tak puas, asyik menangis saja. Akhirnya saya dan suami mengalah, berikan Aina susu formula. Lebih senang, terutama bagi saya yang kerap bertugas di luar daerah. Kalau dipaksa beri, payudara saya yang terasa sakit.

“Kawan cerita, mereka tidak cukup tidur malam kerana terlalu kerap bangun menyusukan anak,” kata seorang wanita ketika menunggu giliran untuk pemeriksaan bulanan kehamilan.
Terpaksa bangun malam menyusukan anak? Letih dan mengantuk pada siang hari? Ia bukan masalah, sebaliknya itulah keistimewaan menjadi ibu, kata Sheemi Mayanti Abdul Jalil, 29, yang menyusukan anak sulungnya secara eksklusif selama enam bulan.

Wednesday, April 6, 2011

Selamatkah botol susu anak kite?

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:27 PM 0 comments
" BPA ini pula akan menyebabkan gangguan pada sistem hormon badan bayi.  Sekali gus menjejaskan sistem badan bayi.  Tetapi tiada sebarang kajian saintifik yang dijalankan lagi untuk mengesahkan fakta tersebut" Dr. Hanafiah Bashirun, Pegawai Perubatan Hospital Pantai Ampang

Tiga tahun lalu, Program Toksikologi Nasional Amerika Syarikat mengeluarkan laporan bahawa bahan kimia dikenali sebagai bisphenol A (BPA) mungkin menyebabkan masalah berkaitan hormon, termasuk baligh lebih awal dikalangan kanak-kanak dan ketumbuhan barah.

kandungan bahan kimia BPA lazimnya ditemui pada botol susu bayi. Bertambah buruk lagi apabila botol air yang digunakan untuk minum ketika hamil juga mengandungi kimia ini.

Tuesday, April 5, 2011

Tips blog: Waktu Yang Sesuai Untuk Post Entri

hasil nukilan: wafimamakidz at 6:57 PM 3 comments
sumber blog:unwanted


Adakah anda ambil kisah bilakah anda post entri untuk blog anda.?
Atau anda tidak kisah bila-bila masa asalkan ada mood.?

Jika anda ambil masa yang tertentu untuk post entri,
Bilakah waktu itu.?
Adakah ketika mood menaip anda sedang memuncak.?
Adakah ketika internet 'tengah laju'.?
Pukul 1 pagi?, 2 pagi?, atau pukul 3pagi.?.

Bilakah waktu sesuai untuk si Manja bercerai susu ibu

hasil nukilan: wafimamakidz at 2:56 PM 0 comments
BERCERAI SUSU. Inilah istilah digunakan untuk proses pertukaran daripada susu badan kepada susu botol (formula), susu badan atau botol kepada penggunaan cawan dan susu badan atau botol kepada makanan pejal.
Bayi anda akan melalui satu atau lebih daripada fasa bercerai susu ini. 

Biasanya proses bercerai susu akan berjaya jika dilakukan secara perlahan-lahan atau berperingkat dalam masa beberapa minggu atau bulan.
Memberhentikan penyusuan badan kadang kala boleh menyebabkan perubahan besar kepada ibu dan anak. Selain kesan fizikal, anda juga akan mengalami kesan emosi. Sesetengah wanita berasa sedih kehilangan keakraban antara ibu dan anak ketika menyusukan bayi mereka.

Tetapi anda akan berasa lebih bebas kerana ada ‘pihak’ lain yang akan menyusukan bayi mereka. Jangan terkejut jika anda berasa sedih dan gembira; anak anda akan belajar untuk berdikari.

Tempoh waktu menyusu si Manja

hasil nukilan: wafimamakidz at 2:49 PM 0 comments
Sumber: Dr. Abdul Hakim Al-Sayyid Abdullah (1999). Lama Waktu Menyusukan Anak. Air Susu Ibu : Fadilat dan Keutamaannya. Pustaka ILMI, hlm 31-36.

Mengenai lama waktu menyusukan anak, yang tentunya dilakukan untuk kepentingan sama ada anak mahupun ibu, sesungguhnya telah ada ketentuan dari  Allah SWT, sebagaimana firman-Nya:

Ertinya:
Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.
(Al-Baqarah, 233)
Namun demikian, pembatasan masa menyusukan anak dalam 2 tahun ini,  juga tidaklah dapat dinyatakan sebagai ketentuan wajib yang mutlak. Tetapi ditujukan bagi para ibu yang ingin menyempurnakan penyusuan anaknya itu.Lantaran ayat tersebut di atas, diikuti dengan pernyataan lain, sebagaimana firman Allah SWT:

Ertinya:
Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya.
(Al-Baqarah, 233)

Kerjaya bukan penghalang

hasil nukilan: wafimamakidz at 2:44 PM 0 comments
S : Saya keliru kerana akan kembali bekerja tidak lama lagi. Ibu dan kakak menasihati saya memberikan susu formula. Jauh di sudut hati, saya ingin terus menyusukan anak sehingga 6 bulan atau lebih. Apa yang boleh saya lakukan agar boleh berterusan memberi bayi hanya susu ibu?
Azizah, Banting, Selangor

J : Berkerjaya bukan faktor penghalang anda meneruskan penyusuan ibu.Penyusuan susu ibu adalah proses yang perlu dipelajari oleh ibu dan bayi. Persediaan paling penting ialah menimba sebanyak mungkin pengetahuan. Jadi, anda mampu untuk mempraktikkan kemahiran dan teknik yang betul. Kuncinya ialah menghadiri kelas persediaan penyusuan! Berikut ialah beberapa panduan yang dapat membantu anda apabila mula kembali bekerja.

Akhirnya terjawab sudah...

hasil nukilan: wafimamakidz at 2:07 PM 0 comments
Akhirnya semua persoalan siapa tenaga pengajar yang mengantikan Ahmad Dhani telah terjawab.  Tunjuk ajar dari Amy Search amat diperlukan bagi membimbing semua pelajar2 AF 9 menuju puncak yang diidamkan.

Walaupun pelbagai Pro dan Kontra yang dilemparkan.  Tapi apa yang penting kita tunggu dan lihat ye..Wei, comeonlah apabila pihak Astro telah memilih Amy Search sebagai Pengetua AF9, maka beliau memang berbakat.

Friday, April 1, 2011

Tips memilih bra menyusui

hasil nukilan: wafimamakidz at 6:14 PM 0 comments
Menggunakan bra menyusui memang tidak wajib untuk ibu menyusui, namun menggunakan bra menyusui akan membuat proses laktasi lebih mudah. Tidak hanya itu, bra menyusui sudah didisain sedemikian rupa untuk dapat menyangga payudara Anda yang berisi ASI, sehingga bentuk payudara Anda akan tetap terjaga baik. 

Jika Anda tidak ingin menggunakan bra menyusui Anda bisa menggunakan bra biasa yang elastis dengan pertimbangan-pertimbangan yang sama dengan bra menyusui. Namun memang salah satu rahasia menyusui sukses dan menyenangkan adalah menggunakan bra menyusui yang tepat! Apa saja yang perlu diperhatikan dalam memilih bra menyusui? Ini dia!
  1. Sebulan sebelum kelahiran adalah waktu yang paling tepat membeli bra menyusui, karena saat itu ukuran payudara Anda adalah yang paling mendekati saat-saat kelahiran dan menyusui.
  2. Penyangga yang cukup kuat untuk menyangga payudara sangat dibutuhkan ibu menyusui. Pilih yang memiliki banyak kaitan belakang agar dapat disesuaikan dengan kondisi payudara. Cup bra juga harus menutup seluruh payudara Anda.
  3. Disaiz yang tepat, yang memungkinkan Anda untuk membuka bra dengan satu tangan, dan bukaan bra harus cukup besar untuk bayi menyusu. Hindari jahitan yang bisa mengenai puting Anda yang sensitif.
  4. Saat tidur tidak ada salahnya jika Anda menggunakan bra menyusui, karena dapat membantu menyangga payudara yang terasa berat. Pilihlah bra khusus malam hari, yang lebih sejuk dan ringan daripada bra Anda di siang hari.
  5. Bentuk dan disain bra menyusui banyak juga lho yang menarik. Kini banyak perusahaan yang memroduksi bra menyusui yang praktis namun juga seksi.
  6. Perlu berapa banyak? Jika Anda ingin menyusui ekslusif selama 6 bulan sampai 1 tahun, 3 sampai 7 buah bra dengan kualitas yang bagus cukup untuk persediaan.
  7. Katun dan serat alami adalah bahan yang tepat untuk bra menyusui agar kulit dapat bernapas.
  8. Simpan yang baik. Anda tidak bisa menggunakan bra menyusui setelah Anda selesai meyusui karena bentuk payudara yang berubah. Namun, simpanlah dengan baik agar Anda bisa menggunakannya lagi untuk kehamilan berikutnya.
  9. Hindari penggunaan kawat penyangga selama menyusui, karena dapat menghambat saluran ASI.

Faedah penyusuan bagi Bayi dan Ibu

hasil nukilan: wafimamakidz at 6:03 PM 0 comments
Faedah penyusuan pada Bayi

ASI (Air susu ibu) menyediakan nutrisi lengkap bagi bayi. ASI mengandung protein, mineral, air, lemak, serta laktosa. ASI memberikan seluruh kebutuhan nutrisi dan energi selama 1 bulan pertama, separuh atau lebih nutrisi selama 6 bulan kedua dalam tahun pertama, dan 1/3 nutrisi atau lebih selama tahun kedua.  ASI juga menyediakan perlindungan terhadap infeksi dan penyembuhan yang lebih cepat dari infeksi. Imunoglobulin A terdapat dalam jumlah yang banyak di dalam kolostrum sehingga memberikan bayi tersebut kekebalan tubuh pasif terhadap infeksi. Terdapat faktor bifidus di dalam air susu ibu yang menyebabkan pertumbuhan dari Lactobacillus bifidus yang dapat menurunkan kumpulan bakteri patogen (menyebabkan penyakit pada manusia) penyebab diare.

Masa penyusuan susu ibu yang sesuai

hasil nukilan: wafimamakidz at 5:51 PM 0 comments
Masa menyusu
The American Academy of Pediatrics merekomendasikan ASI eksklusif selama 6 bulan pertama dan selanjutnya minima selama 1 tahun. WHO dan UNICEF merekomendasikan ASI eksklusif selama 6 bulan, menyusui dalam 1 jam pertama setelah melahirkan, menyusui setiap kali bayi mau, tidak menggunakan botol dan dot. Menyusui sebaiknya dilakukan sesegera mungkin setelah melahirkan. 

Bayi dan ibu yang melakukan proses menyusui dalam 1 jam pertama setelah melahirkan memiliki keberhasilan yang lebih besar dari mereka yang menundanya. Bayi baru lahir sebaiknya disusui setiap 2-3 jam sampai bayi merasa puas. 

Menyusui minimal 5 menit pada masing-masing payudara pada hari pertama setelah melahirkan dan semakin meningkat frekuensinya setiap hari sehingga dapat meningkatkan produksi ASI (Air susu ibu) optimal. Waktu menyusui 20 minit padasetiap  payudara cukup untuk bayi. 

Tidak perlu membatasi waktu menyusui. Frekuensi menyusui yang sering dapat meningkatkan produksi ASI, mencegah payudara nyeri dan sakit karena penumpukan dan penggumpalan ASI, dan meminimalkan kemungkinan bayi menjadi kuning.

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez