sumber blog:unwanted
Adakah anda ambil kisah bilakah anda post entri untuk blog anda.?
Atau anda tidak kisah bila-bila masa asalkan ada mood.?
Jika anda ambil masa yang tertentu untuk post entri,
Bilakah waktu itu.?
Adakah ketika mood menaip anda sedang memuncak.?
Adakah ketika internet 'tengah laju'.?
Pukul 1 pagi?, 2 pagi?, atau pukul 3pagi.?.
Tuesday, April 5, 2011
Bilakah waktu sesuai untuk si Manja bercerai susu ibu
BERCERAI SUSU. Inilah istilah digunakan untuk proses pertukaran daripada susu badan kepada susu botol (formula), susu badan atau botol kepada penggunaan cawan dan susu badan atau botol kepada makanan pejal.
Bayi anda akan melalui satu atau lebih daripada fasa bercerai susu ini.
Biasanya proses bercerai susu akan berjaya jika dilakukan secara perlahan-lahan atau berperingkat dalam masa beberapa minggu atau bulan.
Memberhentikan penyusuan badan kadang kala boleh menyebabkan perubahan besar kepada ibu dan anak. Selain kesan fizikal, anda juga akan mengalami kesan emosi. Sesetengah wanita berasa sedih kehilangan keakraban antara ibu dan anak ketika menyusukan bayi mereka.
Tetapi anda akan berasa lebih bebas kerana ada ‘pihak’ lain yang akan menyusukan bayi mereka. Jangan terkejut jika anda berasa sedih dan gembira; anak anda akan belajar untuk berdikari.
Categories
bercerai susu
Tempoh waktu menyusu si Manja
Sumber: Dr. Abdul Hakim Al-Sayyid Abdullah (1999). Lama Waktu Menyusukan Anak. Air Susu Ibu : Fadilat dan Keutamaannya. Pustaka ILMI, hlm 31-36.
Mengenai lama waktu menyusukan anak, yang tentunya dilakukan untuk kepentingan sama ada anak mahupun ibu, sesungguhnya telah ada ketentuan dari Allah SWT, sebagaimana firman-Nya:
Ertinya:
Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.
(Al-Baqarah, 233)
Namun demikian, pembatasan masa menyusukan anak dalam 2 tahun ini, juga tidaklah dapat dinyatakan sebagai ketentuan wajib yang mutlak. Tetapi ditujukan bagi para ibu yang ingin menyempurnakan penyusuan anaknya itu.Lantaran ayat tersebut di atas, diikuti dengan pernyataan lain, sebagaimana firman Allah SWT:
Ertinya:
Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya.
(Al-Baqarah, 233)
Categories
bercerai susu,
tempoh penyusuan susu ibu
Kerjaya bukan penghalang
S : Saya keliru kerana akan kembali bekerja tidak lama lagi. Ibu dan kakak menasihati saya memberikan susu formula. Jauh di sudut hati, saya ingin terus menyusukan anak sehingga 6 bulan atau lebih. Apa yang boleh saya lakukan agar boleh berterusan memberi bayi hanya susu ibu?
Azizah, Banting, Selangor
Azizah, Banting, Selangor
J : Berkerjaya bukan faktor penghalang anda meneruskan penyusuan ibu.Penyusuan susu ibu adalah proses yang perlu dipelajari oleh ibu dan bayi. Persediaan paling penting ialah menimba sebanyak mungkin pengetahuan. Jadi, anda mampu untuk mempraktikkan kemahiran dan teknik yang betul. Kuncinya ialah menghadiri kelas persediaan penyusuan! Berikut ialah beberapa panduan yang dapat membantu anda apabila mula kembali bekerja.
Categories
penyusuan ibu bekerjaya
Akhirnya terjawab sudah...
Akhirnya semua persoalan siapa tenaga pengajar yang mengantikan Ahmad Dhani telah terjawab. Tunjuk ajar dari Amy Search amat diperlukan bagi membimbing semua pelajar2 AF 9 menuju puncak yang diidamkan.
Walaupun pelbagai Pro dan Kontra yang dilemparkan. Tapi apa yang penting kita tunggu dan lihat ye..Wei, comeonlah apabila pihak Astro telah memilih Amy Search sebagai Pengetua AF9, maka beliau memang berbakat.
Categories
Af9 2011,
pengetua af9 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
FB Page daku