Friday, November 11, 2011

Keistimewaan Yassin 41

hasil nukilan: wafimamakidz at 11:21 AM 0 comments

Sepanjang arwah Ibu koma di wad ICU HUKM, Ayah Mamakidz telah membacakan ke cuping telinga arwah Ibu dengan bacaan Yassin 41.

Pada Mamakidz yang jahil ini, ini adalah pertama kali Mamakidz mendengarnya.  Oleh itu, untuk lebih memahami apa keistimewaan Yassin 41, seperti biasa Mamakidz menggoogle...maka terjumpalah ia.

Jika ia dibaca cara 41 (usaha dengan izin Allah jua) akan dapat mengelakkan kecelakaan dan bala daripada menimpa kita. Ilmu ini pun diperturunkan oleh ulama juga. Bolehlah dirujuk kitab abwabu al-faraju yang dikarang oleh Dr Muhammad Alwi ataupun kitab-kitab yang membicarakan tentang kelebihan surah-surah al-Quran. Cuma walau apa pun kita perlu insaf bahawa, di dunia ini kita hanya berikhtiar, yang mengkabulkannya (memujarabkan) adalah Allah SWT jua. Dan di dalam surah Yaasin itu sendiri Allah tegaskan bahawa: Sekiranya Allah menghendaki sesuatu itu terjadi, dengan berkata padanya “kun” maka ia pasti akan berlaku.
Manfaatnya

Jika orang bujang selalu baca (amalkan) Yaasin 41 ini, mudah dapat jodoh yang baik. Suami pula akan berjaya dalam pengurusan rumah tangganya. Isteri akan menjadi mudah taat pada suami. Ibubapa senang menangani karenah (kenakalan) anak-anak. InsyaAllah, anak tidak akan buat kabair (dosa besar).

Penyediaanya
Paling baik jika ia dibacakan ke atas air zam-zam dan dijadikan minuman sekeluarga setiap hari. Air zam-zam yang dibacakan pula ayat-ayat suci al-Quran itu sememangnya mampu membentuk diri ke arah yang lebih baik. Kerana unsur utama badan manusia merupakan air, jadi tidak dinafikan air yang suci mampu membentuk dan mengubah ke arah kebaikan. Juga ia dapat mengelakkan diri daripada terkena musibah batin seperti penyakit, sihir dan sebagainya. InsyaAllah.

Ilmu bacaan Yaasin 41 ini.
1. Sebelum memulakan bacaan Yaasin, elok dimulakan dengan Isti’azah, Basmalah, kemudian surah al-Fatihah dan disusuli pula selawat ke atas Nabi Muhammad sebanyak 11 kali.
2. Baca ayat pertama surah Yaasin 7 Kali.
3. Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat 38, ulang akhir ayat tersebut yang bermula dengan “zaalika taqdiru..” 14 kali.
4. Teruskan bacaan sehingga ayat 58 dan ulang sebanyak 16 kali.
5. Akhirnya apabila sampai ayat 81, ulanginya sebanyak 4 kali.
Semua sekali ayat-ayat yang diulang itu berjumlah 41 kali (7+14+16+4).

Isti'azah adalah lafaz: "A'uzubillahi minasy syaitaanir rajiim" (ﺍﻋﻮﺬ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﻴﻄﻥ ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ)
manakala basmalah adalah lafaz: "Bismillahir rahmaanir rahiim" (ﺑﺴﻢ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﺮﺤﻤﻦ ﺍﻟﺮﺤﻴﻢ).

Sesudah itu, ambillah air zam-zam tadi, kemudian bacakanlah pula doa. Luahkanlah hasrat hati anda yang ikhlas itu samada untuk suami, isteri, calon suami atau isteri, untuk kesihatan (ubat) ibu bapa, anak-anak, pelajar dan sebagainya.

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez