Tuesday, April 5, 2011

Tempoh waktu menyusu si Manja

hasil nukilan: wafimamakidz at 2:49 PM
Sumber: Dr. Abdul Hakim Al-Sayyid Abdullah (1999). Lama Waktu Menyusukan Anak. Air Susu Ibu : Fadilat dan Keutamaannya. Pustaka ILMI, hlm 31-36.

Mengenai lama waktu menyusukan anak, yang tentunya dilakukan untuk kepentingan sama ada anak mahupun ibu, sesungguhnya telah ada ketentuan dari  Allah SWT, sebagaimana firman-Nya:

Ertinya:
Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.
(Al-Baqarah, 233)
Namun demikian, pembatasan masa menyusukan anak dalam 2 tahun ini,  juga tidaklah dapat dinyatakan sebagai ketentuan wajib yang mutlak. Tetapi ditujukan bagi para ibu yang ingin menyempurnakan penyusuan anaknya itu.Lantaran ayat tersebut di atas, diikuti dengan pernyataan lain, sebagaimana firman Allah SWT:

Ertinya:
Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya.
(Al-Baqarah, 233)

Menerusi ayat ini, maka nampak semakin jelas bahawa, batas waktu menyusukan anak yang 2 tahun itu, bukanlah ketentuan wajib mutlak, namun semata-mata sebagai pedoman untuk menghindari timbulnya perselisihan antara suami dan isteri mengenai lamanya waktu menyusukan anak. Jadi, jika ayah menghendaki agar anaknya disapih sebelum mencapai usia 2 tahun, sedangkan ibunya tidak setuju, maka hendaknya perbezaan itu tidak membuat mereka berselisih. Atau dengan kata lain, keputusan untuk menyapih anak sebelum berusia 2 tahun, tidak boleh sepihak, tapi harus merupakan hasil mesyuarat mufakat.
Kemungkinan penyapihan anak sebelum berusia 2 tahun,memang boleh saja terjadi, lantaran misalnya, ibunya merasa bosan dan lelah dalam melakukan kegiatan menyusukan anaknya. Atau boleh pula kerana ayahnya menghentikan pembayaran upah menyusukan anaknya (bagi mereka yang diupahkan).
Keinginan dari kedua orang tua (ibu bapa) untuk menyapih anaknya sebelum genap berusia 2 tahun itu, hendaknya perlu dipertimbangkan secara matang, supaya tidak membawa kesan negatif bagi pertumbuhan dan kesihatan anak. Selain itu, penyapihan anak sebelum berusia 2 tahun, hendaknya hanya dilakukan dengan pertimbangan dan alasan yang tepat dan tidak semata-mata untuk kesenangan kedua orang tuanya. Ada baiknya jika rancangan menyapih bayi itu disampaikan terlebih dahulu kepada pihak ketiga (misalnya ulama atau doktor) untuk meminta pertimbangan mereka, agar akibat yang timbul dari keputusan menyapih itu kelak, dapat dipertanggung jawabkan dari segala segi.
Oleh sebab itu, Imam Ibnu Katsir berpendapat bahawa; “Jika keputusan menyapih anak sebelum 2 tahun itu merupakan hasil mesyuarat dari kedua orang tua dengan pihak lain yang lebih memahami, di mana keputusan semata-mata untuk kepentingan bayinya, maka boleh dilakukan. Namun jika antara kedua orang tua itu sendiri belum ada kata sepakat, hendaknya menyapih anak sebelum berusia 2 tahun itu, jangan dilakukan. Lantaran memberikan sesuatu yang terbaik untuk anak, merupakan kewajipan dari kedua orang tua anak tersebut. Jadi keputusan menyapih anak sebelum berusia 2 tahun, harus disokong bersama”.
Pendapat Ibnu Katsir ini, juga disokong oleh antara lain Imam Al Sauri dan Imam lainnya.
Begitu adil dan bijaksana serta sempurnanya berbagai petunjuk Allah SWT kepada manusia, dalam hal merawat dan melindungi bayi mereka yang memang tidak berdaya itu, sehingga diharuskan kepada kedua orang tua untuk memenuhi beberapa syarat tertentu sebelum memutuskan menyapih anaknya. Dan hanya jika syarat-syarat tersebut telah mereka penuh,maka barulah Allah SWT menyatakan “tidak berdosa bagi keduanya” (Al Baqarah: 233). Yang dengan kata lain, Allah SWT baru mengizinkan perbuatan menyapih bayi kedua orang tua itu,walaupun belum genap berusia 2 tahun.
Selain itu, ayat tersebut juga menunjukkan sisi lain dari kewujudan manusia yang sesungguhnya. Yakni bahawa, kemampuan manusia itu sangatlah terhad, baik fizikal mahupun akal dan fikirannya. Sehingga dalam keadaan yang seperti itu, manusia memang selalu memerlukan taufik dan hidayah Allah SWT untuk menyempurnakan keterbatasannya itu, supaya keselamatan manusia tetap terpelihara selamanya, dengan adanya jaminan perlindungan kehidupan pada anak keturunannya (bayi).
Yang menarik, ada lagi satu pendapat dari Ibnu Abbas yang menyatakan bahawa; “Bagi wanita yang melahirkan anank setelah mengandung 6 bulan, maka wanita itu harus menyusukan bayinya selama 2 tahun penuh. Sedangkan jika mengandungnya 7 bulan, maka ia harus menyusukan bayinya selama 23 bulan.
Pendapat Ibnu Abbas itu bertitik bertolak dari firman Allah SWT:
Ertinya:
 ”Mengandungya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan.”
(Al Ahqaaf: 15)
Menurut pendapat beliau, ayat ini menjelaskan 2 masa yang harus dilalui oleh setiap ibu yakni, masa hamil dan masa menyusukan bayi, yang lamanya atau jumlah waktu dari kedua-dua masa itu adalah 30 bulan. Oleh itu, lama waktu dari salah satu masa tersebut, akan mempengaruhi lama waktu masa yang lain. Ertinya, jika seorang ibu mengandung anaknya dalam waktu yang lama, maka masa menyusukan anaknya kelak akan menjadi singkat. Begitu pula sebaliknya, jika masa mengandung anaknya relatif cepat, maka masa menyusukan anaknya menjadi panjang. Yang jelas, jumlah waktu dari kedua-dua masa tersebut harus 30 bulan.
Namun demikian, tidak semua ulama fiqh sependapat dengan Ibnu Abbas, lantaran menurut mereka; kedua-dua masa itu telah lazim diketahui,agar sempurna susuan setiap anak yang dilahirkan.
Sedangkan menurut Imam Al Qurtubi; masa menyusui yang disebut dalam Al Qur’an; dua tahun itu, tidak selalu bererti 2 tahun penuh, atau 2 tahun mutlak. Akan tetapi, ertinya kurang lebih 2 tahun. Jadi, boleh 2 tahun penuh dan yang lain sebahagian saja, kerana apabila orang berkata: “Saya tinggal bersama si Fulan selama 2 tahun”. Yang dimaksud biasanya,1 tahun lebih beberapa bulan saja.
Dari berbagai hujah tersebut di atas, maka dapat diambil kesimpulan bahawa, perintah Allah SWT dalam Al-Qur’an agar ibu menyusukan anaknya, bukanperintah yang mutlak wajib. Namun, semata-mata merupakan rahmat Allah untuk kemaslahatanibu dan anak, atau dengan kata lain ditujukan untuk menjaga berbagai kemungkinan gangguan kesihatan ibu dan anak.
Dengan demikian, apabila dalam menyusukan anaknya, seorang ibu merasa mendapat kesulitan, halangan atau mudarat,maka kegiatan menyusukan anak tersebut boleh ditunda, diberhentikan atau diberikan kepada wanita lain yang mahu menerima upah menyusukan.

rujukan blog:duniasusuibu

0 comments:

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez