Sumber: Majalah Pa & Ma,duniasusuibu
Sesuatu yang klise apabila anak yang lebih tua merajuk dan menganggap dirinya disisihkan setelah hadir orang baru dalam keluarga. Namun, dengan amalan tandem nursing, hal ini tidak terjadi apabila dia menyedari dirinya masih terus menerima limpahan kasih ibu. Malah anak-anak ini lebih rapat apabila “belajar” berkongsi dan menghargai antara satu sama lain.
Sementara itu, anda perlu berterima kasih kepada anak yang tua kerana dia sebenarnya bertindak sebagai pam semula jadi dalam menghasilkan lebih banyak susu untuk keperluan seterusnya. Inilah kunci kejayaan tandem nursing. Lebih daripada itu, dia membantu mengurangkan masalah bengkak payu dara yang biasa terjadi di awal kelahiran bayi baru sekali gus mempercepatkan pengecutan rahim.
Hakikatnya, tandem nursing amat bermanfaat buat ibu yang melahirkan bayi pra matang. Ini kerana anak yang tua akan merangsang payu dara untuk mengeluarkan susu dengan lebih cepat. Tindakan ini membantu bayi baru lahir mencapai berat badan stabil untuk menyusu secara terus. Menyusu si kakak/abang akan membantu anda mengurangkan bengkak susu kerana dia menghisap dengan lebih cepat berbanding adiknya.