Friday, February 25, 2011

Pamplet PPPLM - Panduan penyusuan susu ibu

hasil nukilan: wafimamakidz at 5:17 PM 0 comments
Sumber asal :http://lovemummydaddy-rashliana.blogspot.com/2011/02/pamplet-ppplm.html






Moral of the story: Berjumpa dengan Insan bernama Hashliana adalah satu bonus bagi diri mamakidz.  Hashliana telah menyuarakan isihatinya untuk memberikan ilmu pengetahuan pada ibu-ibu yang mengambil anak angkat agar galakkan mereka memberi penyusuan susu ibu. 

Jika sekiranya, ibu-ibu diluarsana yang telah mengambil anak angkat dan teringin untuk memberi susu ibu, bolehlah hubungi hasliana. 

Wednesday, February 23, 2011

Drama TV1 - Drama Trilogi Cinta sedang hangat pada alaf ini

hasil nukilan: wafimamakidz at 3:20 PM 0 comments
Drama Trilogi Cinta diadaptasikan daripada kombinasi tiga novel popular Sharifah Abu Salem iaitu novel Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi, Mengangkat plot kisah berlatarkan percintaan di antara orang gaji dengan majikan.

Drama Trilogi Cinta
Tarikh: 2 Januari 2011,
Hari: setiap Ahad dan Isnin,
Masa: 10.00 malam
Episode: 40 episod
Pelakon: Fouziah Ghous, Rosyam Nor, Amyza Adnan, Mak Wan, Roslan Salleh, Siti Fazurina, Aida Khalida dan Nazim Othman



Drama Trilogi Cinta mencecah 1.3 juta penonton

Sinopsis Trilogi Cinta

Kisahnya bermula dengan mengambil latar situasi berlaku selepas tamat peperiksaan STPM, Norjinah terpaksa memilih untuk menjadi pembantu rumah Razif kerana tidak tahan selalu dimarahi oleh dileteri oleh bapa tirinya, Pak Badar.

Perkara itu dicadangkan abangnya, Anuar yang pernah menjadi pembantu peribadi Razif, pemilik Raz Corporation dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Mawar Holdings milik keluarga isterinya.

Kedatangan Norjinah ke rumah Razif, di saat Razif berdepan dengan masalah rumahtangga apabila isterinya Salmi, meninggalkannya untuk bersama lelaki lain, Amir. Salmi meninggalkan Razif kerana jatuh cinta dengan rakan perniagaannya itu.

Kerana cinta yang mendalam, Razif sanggup mengambil Salmi semula apabila Salmi dtinggalkan oleh Amir selepas terlibat dengan kemalangan. Salmi dibawa pulang ke rumah dan diberi layanan yang tidak berbeza oleh Razif. Sikap Razif membuatkan Norjinah kagum dan menghormatinya. Razif memaafkan semua kesilapan masa lalu Salmi. Salmi sangat terharu pengorbanan Razif.

Salmi yang menjadi serba-salah dan kekurangan telah menyarankan Razif berkahwin dengan Norjinah tambahan lagi anak-anaknya Balkis dan Ameera rapat dengan Norjinah. Badrul, adik Salmi amat kecewa dengan perkahwinan mereka kerana telah jatuh cinta dengan Norjinah. Pak Badar, bapa tiri Norjinah menabur fitnah bahawa mereka berkahwin kerana telah terlanjur. Norseha pula memberontak untuk ke Kuala Lumpur. Hasratnya tercapai dan menetap di rumah Razif dan Norjinah setelah Salmi meninggal dunia. Norseha selalu menggoda Razif dan tidak henti mencari peluang. Norseha didapati mengandung setelah dinodai Shahrul adik bongsu Salmi.

Salah satu babak di dalam Drama Trilogi Cinta
Kehidupan Norjinah terus dirundum pelbagai sengketa tapi mujur Razif dan ibunya Mak Nab selalunya menyokongnya serta anak-anak Razif memberi kekuatan kepadanya. Lalu bagaimanakah kesuadahannya? Mampukah Norjinah dan Razif mempertahankan ikatan cinta mereka meskipun pelbagai halangan yang mendatang? Sejauh manakah Razif dan Mak Nab mampu meneruskan usaha membela Norjinah? Untuk itu saksikan Trilogi Cinta mulai 2 Januari 2011, setiap Ahad dan Isnin, jam 10.00 malam di TV1.

SENARAI LAGU OST DRAMA TRILOGI CINTA 
  1. Siti Nurhaliza & Krisdayanti - Dalam Diam
  2. Siti Nurhaliza & Krisdayanti - Tanpamu
  3. Julfekar - Melakar Rindu
  4. Rahayudeen - Lafazkanlah
  5. Rifhan - Langkahku
  6. Niskala - Terbiasa
  7. Niskala - Wanita
  8. Han - Mungkin ada lagi
  9. Nora - Gelisah

LAGU TEMA DRAMA TRILOGI CINTA
1. JULFEKAR & The Stringers- Melakar Rindu (Music Video) Composed by Julfekar (versi lelaki)
2. Melakar Rindu - Jeslina Hashim (versi perempuan)

OST TRILOGI CINTA - MELAKAR RINDU

Terlalu singkat hubungan ini
Belum pun sempat melakar rindu
Baru semalam mimpi dicipta
Mengapa mendung melanda sukma

Kaulah segalanya maka digubah
Ketika cinta masih di dada
Punahlah jua kini akhirnya

Entah mengapa hati bertanya
Mengapa kasih terlerai kini
Ku tak salahkan dirimu sayang
Lantaran takdir sudah tersurat

Punahlah jua kini akhirnya

Ingin saksikan cerita Trilogi Cinta secara Online(sila klik disini)

sumber: http://ceritadimataku.blogspot.com/2011/01/trilogi-cinta-tv1.html
Sumber: budiey.com

Tuesday, February 22, 2011

Cara bersihkan kerang

hasil nukilan: wafimamakidz at 2:28 PM 2 comments
Kebiasaannya sebut sahaja kerang, mamakidzlah orang pertama yang angkat tangan TAK NAK. Bukan apa mamakidz sebenarnya geli nak makan kerang sebab tengok kulitnya yang berlumut dan nampak kotor berselut  Tetapi, sejak mamakidz makan tengahhari di rumah adik mamakidz.  Mamakidz sekeluarga dah jatuh cinta dengan kerang.  Kebiasaannya, kerang orang buat bakar.  Tapi, Adik ipar mamakidz telah membuat masakan kerang rebus.  Serius..mamakidz tidak pernah makan kerang masak cara rebus...  


Tapi..., mamakidz ada masalah sikit dengan cara pembersihan kerang ni.  Almaklumlah sebelum ini, Kerang tidak termasuk dalam senarai masakan kegemaran mamakidz....So, google punya google, tejumpalah petua ini...Marilah kite sama-sama mencubanya ye...



1.  Pelepah Pisang Bersihkan Kerang


Rendam kerang di dalam air. Kemudian ambil pelepah daun pisang. Buangkan daunnya sahaja. Potong pelepahnya halus-halus dan diramas-ramas dengan kerang. Kulit kerang tadi akan bersih dan putih.


 2.  Cuci guna daun senduduk. Mengadaplah aku kerang tersebut ramas dan tenyeh dengan daun senduduk.. Nampaklah putih sikit.Selain itu bonda juga memberi petua untuk bersihkan kerang dengan mengunaka asam keping. Jika tiada pokok senduduk gunakan aje asam keping dan juga soda bikarbonat untuk mencuci kulit kerang

cara-cara memasak kerang rebus:

serai diketuk, bawang putih diketuk, bawang merah dihiris, asam keping dan gula & garam secukup rasa

moral of the story:  Sorrylah adik kakak, mamakidz ni memang tak pandai memasak...itu yang kerja menggoogle je selain tanya dengan ibu mamakidz la...

Mama..Abah pastikan anak-anak kite bersarapan sebelum ke sekolah

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:52 PM 0 comments
Ibu bapa mesti mewajibkan anak-anak bersarapan pagi sebelum ke sekolah. Sarapan pagi dalam bahasa inggeris ialah "breakfast". Mari kita teliti makna "break" dan "fast". Secara literalnya "break" bermakna "pecah" dan "fast" bermaksud "puasa". Memang tepat sekali perkataan "breakfast" kerana ia apabila seseorang bersarapan pagi (katakan jam 6.30 pagi) ia seperti "memecahkan puasa" sebab kali terakhir mereka makan mungkin jam 8 malam, mungkin 9 malam sebelum anak-anak tidur, bermakna si anak (kita sekalipun) telah 'berpuasa' selama lebih kurang 10 jam.
Sebab itulah dalam Islam, bersahur untuk berpuasa adalah sunnat. Lebih afdal lagi kalau bersahur selewat yang boleh sebelum masuk waktu subuh. Saya juga teringat kata-kata pujangga yang berbunyi: "Makan pagi seperti seorang raja (king); makan tengah hari seperti anak raja (prince) dan makan malam seperti seorang miskin (pauper)". Pepatah Arab pula ada menyebutkan "Makan pagi seorang diri (makan banyak), makan tengah hari bersama kawan (berkongsi makan, jadi makan secara sederhana) dan makan malam dengan satu kampung (kerana terlalu ramai, hanya boleh makan sedikit)". Kedua-dua kata-kata di atas menekankanj peri pentingnya makan pagi dan makan dengan jumlah yang banyak. Malangnya budaya kita sekarang, jam 1 atau 2 pagi, berduyun-duyun orang di kedai nasi kandar makan (sambil menonton bola sepak di skrin besar). Itu amalan tidak sihat sebenarnya !
Sarapan pagi akan sebenarnya memberi tenaga kepada mereka untuk menghadapi pelajaran nanti. Menurut Carson Wade dalam bukunya Natural Energy Booster, "Sarapan yang baik adalah pembekal tenaga". Kata pakar pemakanan itu, "walaupun anda tidak merasa lapar apabila terjaga dari tidur, zat pemakanan yang diperlukan untuk memberi  tenaga sudah terhakis dari badan sewaktu anda tidur". Satu kajiann yang dijalankan oleh University Reading di UK mendapati "pelajar berumur 12 tahun yang tidak bersarapan pagi mempunyai kelembapan otak seperti orang tua berumur 17 tahun" Kelembapan otak diukur dari sudut "reaction time" (masa tindak balas) dan "mental agility" (ketangkasan berfikir).
Catherin Kong, seoeang pakar pemakanan dalam temubual di "Breakfast on 2" TV2 (Rabu, 11 Januari 2006) menerangkan dalam kajian yang dijalankan oleh UKM dengan kerjasama Nestle, majoriti yang tidak bersarapan pagi adalah pelajar Melayu manakala ramai yang bersarapan pagi adalah pelajar Cina. Apakah ini ada kaitan dengan keadaan yang wujud di mana secara umumnya, pelajar Cina lebih ke hadapan prestasi akademik mereka dari pelajar Melayu. Saya tak tahu. Kita fikir dan renunglah !
Ibu dan ayah, jangan bagi alasan tak ada masa. Itu alasan lapuk yang sering digunakan apabila ibu bapa cuba mencari alasan tertentu dalam soal pendidikan anak. Juga jangan bagi alasan "anak saya tak mahu makan pagi". Ya, memang betul sebab sejak dari kecil lagi mereka tidak dipujuk, tidak di ajak, dan tidak didisiplinkan bersarapan pagi. Fikir dan renung.

Nassier Wahab amal 44 jenis Akar kayu

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:33 PM 0 comments

Siapa yang tak kenal dengan nama Nassier Wahab..kan
SEKALI pandang, pasti ada di antara kita akan memikirkan lelaki bermisai nipis dan berkaca mata ini berusia dalam lingkungan awal 40-an.
Itu bagi sesiapa yang tidak mengenali penyanyi Nassier Wahab atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Abdul Wahab.
Ironinya, dia yang masih diminati sehingga kini menerusi lagu popularnya seperti Pesona Cinta, Pak Pandir Moden, Lambaian Perpisahan, Bayangan Wajah Duka dan Memori Cinta Luka ini sebenarnya sudah mencecah usia 49 tahun.
Istimewanya anak kelahiran Pulau Pinang ini tidak makan usia. Bukan itu sahaja, suaranya juga kekal seperti pada awal kemunculannya sewaktu era 80-an.
Percaya atau tidak, kalau kita menyaksikan persembahan Nassier, ramai yang akan terpegun dan tertanya-tanya adakah dia menyanyi secara mimik (miming) ataupun sedang membuat persembahan secara langsung? Sedangkan dalam sejarah penglibatan Nassier sebagai seorang penyanyi, dia lebih selesa membuat persembahan secara langsung kerana mutu suara yang dimilikinya tidak pernah berubah walaupun ketika peningkatan usia.
Sapu minyak zaitun
Bagi lelaki ini, penjagaan kesihatan luar dan dalam amat penting untuk seseorang.
Apatah lagi ketika usia semakin lanjut, penjagaan makanan yang teratur amat penting supaya kehidupan menjadi lebih sihat selain membolehkan seseorang itu kelihatan sentiasa muda.
Sebagai seorang yang mendambakan diri seratus peratus dalam bidang seni, Nassier mengakui dia amat mementingkan penjagaan kesihatan kerana ia adalah satu anugerah yang amat bernilai buat semua umat manusia tanpa mengira siapa mereka.
“Sejak 15 tahun lalu, saya selalu amalkan menyapu muka dengan minyak zaitun sebelum tidur pada setiap malam. Dalam sebotol minyak zaitun itu biasanya digunakan sehingga sebulan setengah.
Selepas itu saya banyak berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW kerana saya percaya tentang doa yang boleh membantu menambahkan seri seseorang.
“Selain itu, saya juga sudah sepuluh tahun mengamalkan meminum madu yang di campur dengan 44 jenis akar kayu yang telah direbus dan dijemur. Akar kayu itu dibuat oleh kenalan saya iaitu Wak Khalid yang saya anggap seperti tok guru dan doktor. “Tentang pemakanan, saya kurang makan nasi dan banyak mengambil suplemen untuk tenaga,” kata Nassier kepadaMingguan mStar ketika di rumahnya di Bandar Bukit Raja, Klang, Selangor.
Penyanyi yang baru muncul dengan single terbaru berjudul Andai Kau Di Sini itu turut tidak keberatan untuk memperlihatkan bilik mandinya yang menghimpunkan banyak produk keperluan harian yang digunakannya.
Antara jenama produk yang menjadi pilihannya adalah Nivea, St. Ives, Olay dan Listerine.
Disebabkan skop kerjanya sebagai selebriti, Nassier amat mementingkan penampilan apabila keluar dari rumah.
“Saya akan meletakkan bedak pada muka agar tampak sentiasa kemas dan rapi kerana kadangkala apabila berada di luar ada kalangan peminat yang mahu bergambar.
“Saya tidak mahu dilabel sebagai artis selekeh. Lebih-lebih lagi saya selalu mempunyai persembahan pada setiap Jumaat dan Sabtu.
“Selepas kembali ke rumah, saya akan pastikan muka dibersihkan sebelum tidur. Jika mempunyai masa lapang, saya membuat rawatan muka,” ujarnya lagi.
Di samping menjaga penampilan luaran, Nassier juga berkongsi tentang petua lain yang melibatkan jiwa dan muhasabah diri.
Nassier juga mengakui dia turut mengamalkan petua tidak suka menyimpan masalah dan sentiasa berusaha untuk sentiasa gembira kerana ia boleh menyebabkan dia kelihatan lebih muda dari usianya.
“Jika sesiapa sahaja yang rapat dengan saya dan orang itu nampak murung, saya akan tegur dan beri nasihat agar dia menyelesaikan masalah itu.
“Jadi apabila melihat orang lain gembira, secara automatik perasaan itu akan refleks kepada kita.
“Selain itu, saya mengamalkan doa yang diberikan oleh ibu seperti doa Nabi Yusuf yang dibaca sebelum tidur dan selepas sembahyang,” ceritanya.
Dalam masa yang sama Nassier juga gemar berpuasa kerana cara itu turut membuatkan seseorang bertambah sihat.
Katanya, amalan berpuasa bukan hanya untuk orang Islam semata-mata sebaliknya kaum-kaum lain juga boleh melakukan amalan serupa. Perkara itu turut diakui oleh doktor-doktor perubatan.
Borong baju batik
Beralih kepada pakaian, Nassier gemar berbelanja lebih untuk membeli pakaian. Antara pakaian yang menjadi pilihannya adalah kemeja batik Terengganu.
Ada di antara kemeja tersebut berharga mencecah ribuan ringgit dan prinsip Nassier ialah membeli apa sahaja barangan asal dia meminatinya selain perlu cantik pada pandangan mata.
“Sebagai artis saya tidak akan membeli pakaian yang biasa dibeli oleh orang lain dan kadangkala pakaian itu ada yang ditempah eksklusif.
“Saya akan ke Terengganu setiap bulan semata-mata untuk memborong baju batik,” ujarnya.
Menyelak sedikit perkembangan seninya, Nassier bakal muncul dengan dua lagu baru berjudulJangan Biar Aku Pergi dan Ungkapan Hati.
* Artikel ini dipetik dari mingguan mStar yang diterbitkan setiap Ahad bersama Sunday Star sekitar Lembah Klang.

Faedah sarapan pada anak-anak

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:15 PM 0 comments

Kita sedia maklum akan kepentingan mengambil sarapan. So, saya just nak highlight 4 kepentingan sarapan kepada anak-anak kita.
  • Kanak-kanak yang mengambil sarapan kebiasaannya lebih bijak. Kajian mendapati terdapat perbezaan antara kanak-kanak yang mengambil sarapan dengan kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan :
Markah lebih tinggi
Daya fokus lebih tinggi
Lebih kerap mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran
Lebih cekap membaca dan membuat matematik
Daya taakulan lebih cekap, terutama untuk latihan yang sukar
Kurang stress
  • Kanak-kanak yang mengambil sarapan kebiasaannya lebih sihat ; mempunyai daya ketahanan badan yang lebih tinggi berbanding dengan kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan. Mereka juga kurang 'ponteng' ke sekolah,
  • Kanak-kanak yang mengambil sarapan juga didapati mempunyai berat badan yang lebih ideal - kurang mendapat penyakit dan kecederaan berbanding kanak-kanak yang overweight. Kanak-kanak yang memulakan hari dengan keperluan nutrisi yang ideal (sarapan yang lengkap dan berkhasiat) cenderung untuk tidak mengambil kalori yang berlebihan pada meals yang lain.
  • Mereka yang bersarapan secara sihat akan makan secara sihat juga untuk sepanjang hari. Which means, sarapan sebenarnya menggalakkan kanak-kanak untuk cenderung kepada amalan pemakanan berkhasiat dan seimbang.
So, to all parents out there.. jangan malas-malas sediakan/ bagi anak bersarapan yea? Betapa sarapan ni penting sampai ada quote macam ni:


Eat breakfast like a king, lunch like a prince, and dinner like a pauper.
Adelle Davis
(1904 - 1974)
Kenapa sarapan menjadi hidangan yang sangat penting? Sarapan berfungsi menamatkan ‘puasa’ sepanjang enam hingga lapan jam tidur pada waktu malam dan mengembalikan bekalan glukos dan lain-lain khasiat yang digunakan sebagai tenaga sepanjang hari. Sarapan juga sangat penting untuk mengaktifkan fikiran dan badan pada waktu pagi.

Jika tidak bersarapan, badan secara automatik akan berada dalam fasa ‘puasa lanjutan’ (kerana kita sudah pun dianggap berpuasa ketika tidur) dan cuba menjimatkan tenaga dengan memperlahankan proses pembakaran lemak.Namun, jika kita bersarapan, badan tidak perlu memasuki fasa ‘puasa lanjutan’ ini dan ia secara tidak langsung memberitahu otak bahawa badan bersedia untuk membakar lemak sebagai tenaga bagi kegunaan sepanjang hari.


Kuantiti makanan untuk sarapan bergantung kepada keperluan masing-masing tetapi makanlah secara sederhana. Jika tidak sempat pun, memadailah mengambil segelas susu atau jus oren dan sekeping roti. Makanan seimbang mengandungi protein dan karbohidrat dianggap pilihan terbaik untuk merangsang proses metabolisme. Penemuan itu membuktikan bahawa sarapan amat penting untuk mengekalkan berat badan seimbang dan mengelakkan kegemukan. Lebih baik jika memilih sarapan yang berkhasiat dan menyihatkan. Penyelidik juga mencadangkan sarapan sihat dijadikan antara langkah penting dalam pengurusan berat badan dan rawatan obesiti.
Ini adalah antara langkah mudah untuk mengurangkan peratusan masalah kegemukan dan obesiti di negara kita yang semakin membimbangkan, terutama di kalangan kanak-kanak. Untuk mengelakkan masalah ini daripada membelenggu keluarga (ingat menurunkan berat badan adalah usaha yang sangat payah), mulakan amalan bersarapan bersama seisi keluarga. Ia bukan saja memberi kesan langsung kepada kesihatan badan dan mencerdaskan otak, tetapi mampu merapatkan hubungan kekeluargaan. 
Lebih awal kita bersarapan, lebih baik. Kajian menunjukkan orang yang bersarapan kurang berkemungkinan mengalami masalah kegemukan. Orang meninggalkan sarapan akan terdorong untuk makan lebih banyak kerana biasanya apabila sampai waktu makan mereka sangat lapar.
Ibu bapa perlu memastikan anak bersarapan sebelum ke sekolah kerana ia meningkatkan kepekaan, daya tumpuan dan prestasi di bilik darjah. Sarapan seringkas sandwic, susu atau bijirin memadai untuk memberi tenaga, memperbaiki emosi dan membantu kepekaan minda.
             2http://rasli.com/kepentingan-sarapa/

Monday, February 21, 2011

Faceblog..Jom ramai-ramai kite sertainya

hasil nukilan: wafimamakidz at 5:57 PM 0 comments
Mamakidz: Cuba teka apa itu.....FB????
Membermamamkidz: Facebooklah apalagi....
Mamakidz: Chop!!bukanlah FB ini adalah Faceblog



TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA.

MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA.


SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Untuk sertainya klik Banner ni

moral of the story: Harap-harap Janganlah lepas ni Faceblog(FB) pula  di block oleh Jabatan IT di ofis mamakidz...Tapi walaumacammanapun mereka tetap berhati perut kerana membenarkan kitaorang ber fb (facebook) dari pukul 1.00pm sehingga 2.00pm dan selepas pukul 6.00pm ..... Terima kasih orang IT kerana menjaga komputer kitaorang
Amin

Kod warna utk blog

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:33 PM 0 comments


Kod warna adalah penting bagi kemudahan menukar warna semasa membuat posting.Jika anda ingin meletakkan kod warna pada blog seperti dibawah ini.








































































































































































































Kode warna yang terpilih :


Sumber rujukan: teknikbuatblog

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez