Tuesday, March 29, 2011

Pengetua AF9 masih menjadi tanda tanya

hasil nukilan: wafimamakidz at 6:42 PM 0 comments

Pengetua Akademi Fantasia 9 akan diumumkan dalam Konsert Tirai AF9 pada 2 April ini! Jangan lupa saksikan Konsert Tirai Akademi Fantasia 9 secara langsung pada 2 April 2011, 9 malam di Astro Ria (104)

Senarai 12 0rang peserta AF9 2011

hasil nukilan: wafimamakidz at 6:35 PM 0 comments

12 PELAJAR AKADEMI FANTASIA 9 DIUMUMKAN!




Saat yang dinanti-nantikan sudah tiba. 12 pelajar Akademi Fantasia musim terakhir sudah pun diumumkan dengan rasminya pada 28 Mac 2011 dalam sidang media yang diadakan di Akademi Fantasia 9, Aeon AU2, Taman Setiawangsa. Seperti biasa 6 pelajar lelaki dan 6 lagi pelajar wanita telah terpilih mengikuti 10 minggu cabaran Akademi Fantasia 9 ini.


Barisan pelajar lelaki terdiri daripada AMIR, ERUL, AZRI, AFIF, RAQIB dan KAY, manakala 6 pelajar wanita pula ialah LENA, AIDA, LAIKA, MIZA, NERA dan EKA. Mereka semua akan menjalani sesi pembelajaran di lokasi baru dan pertama dalam sejarah Akademi Fantasia, di tempat terbuka!



Bagaimana prestasi 12 pelajar Akademi Fantasia musim terakhir ini? Nantikan Konsert Tirai Akademi Fantasia 9, 2 April 2011, 9 malam di Astro Ria (104)

Datuk Siti Nurhaliza Benar-Benar Mengandung....

hasil nukilan: wafimamakidz at 6:12 PM 0 comments

Tak tahu mengapa tetapi berita Datuk Siti Nurhaliza mengandung sememangnya menjadi topik hangat di dalam dunia hiburan tanah air. Kemungkinan besar kerana Datuk Siti adalah penyanyi dan selebriti nombor 1 Malaysia. Bukan sahaja peminat Datuk Siti, yang bukan peminat beliau pun turut sama menunggu hari gembira pengumuman kehamilan beliau.
Rakan media BeautifulNara iaitu RunWitMe ada menghantar beberapa keping gambar menarik untuk tatapan anda semua. Sekali tengok macam Datuk Siti Nurhaliza mengandung. 2 kali tengok kemungkinan besar perut beliau kelihatan begitu kerana baju yang dipakainya. 3 kali tengok dah tak tau nak cakap apa.
Mungkin anda yang expert atau dah mengandung banyak kali boleh bagi pandangan anda di ruangan komen. Lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
UPDATE: Siti di dalam Twitternya mengesahkan yang beliau belum mengandung. Perutnya hanya mengandungi lemak. Info lanjut boleh check Twitter Siti Nurhaliza. 
"Assalamualaikum & morning!wah! Kecoh semalaman ttg ct mengandung ye.sebenarnya ct blm mengandung.mengandungi lemak ye..tu kena diet nih!haha"

supplemen vs pemakanan sunnah

hasil nukilan: wafimamakidz at 4:32 PM 1 comments
Bila menyebut makanan sunnah, biasanya dikaitkan dengan tamar (kurma), kismis (zabit), buah zaitun, halia, delima, susu, madu lebah… Hingga ada yang risau tentang pengambilan makanan seharian yang tidak mengikut sunnah.
Sunnah Rasulullah SAW adalah makan makanan yang halal dan baik untuk kesihatan, sebagaimana Allah berfirman dalam surah al-Baqarah:
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu” (2:168)
Makanan yang baik adalah makanan yang halal dari segi sumbernya dan terbaik dari segi kualitinya, yakni mempunyai zat yang mencukupi. Kekurangan zat makanan bukan saja menjadikan seseorang itu lemah dari segi fizikal, mudah diserang penyakit, malah juga melibatkan kemampuan berfikir dan mengawal emosi.

Penyamun izinkan ibu susukan bayi menangis

hasil nukilan: wafimamakidz at 12:41 PM 2 comments
Oleh Ahmad Syakir Sazili
(KOSMO, Selasa 29 Mac 2011)


MAZIAN, mendukung
anaknya, Nur Batrisya
Najwa di Kampung Banjar,
Setiawan semalam
SETIAWAN - Tangisan seorang bayi perempuan berusia tiga bulan mengundang rasa kasihan  sekumpulan empat penyamun yang sedang menggeledah sebuah rumah di Kampung Banjar, Ayer Tawar disini awal pagi semalam.


Salah seorang penyamun yang bersenjatakan parang dan memakai topeng muka kemudian melonggarkan ikatan pada tangan ibu bayi membolehkan mangsa menyusukan bayi berkenaan.  Menurut mangsa, Leftenan Komander Mahazian Mat Lawi,32, ketika itu dia bersama suami, dua adik perempuan serta pembatu rumah diikat dan dikumpulkan didalam sebuah bilik.


"Saya tak sangka apabila anak saya, Nur Batrisya Najwa menangis, mereka benarkan saya menyusukannya" ujar Mazian.


Cerita lanjut bacalah di KOSMO, Selasa 29 Mac 2011


Moral of the story:  Sedangkan penyamun ada perikemanusiaan, takkanlah siibu yang suka membuang bayi yang dilahirkan tiada perasaan.  Bayangkan wahai ibu, walaupun kite telah melakukan satu dosa janganlah tambah lagi satu dosa. Oleh itu, insaflah...

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez