Wednesday, March 2, 2011

Kerajaan Malaysia melanjutkan tempoh bayaran saman trafik

hasil nukilan: wafimamakidz at 6:12 PM 0 comments
Berita gembira bagi rakyat Malaysia yang masih tidak berkesempatan membayar saman.  Terima kasih Kerajaan Malaysia

Kerajaan Lanjutkan Tempoh Bayaran Trafik Selama 10 Hari

PUTRAJAYA, 2 Mac (Bernama) -- Kerajaan melanjutkan tempoh pembayaran saman trafik selama 10 hari mulai Selasa hingga 10 Mac ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan di Putrajaya pada Rabu.
-- BERNAMA

Dua bulan bayar saman baru

Kuala Lumpur - Pengguna lalu lintas yang melakukan kesalahan trafik termasuk yang dekanakan saman ekor bermula semalam dan menerima suran saman, dikehendaki membayar saman tersebut dalam tempoh dua bulan.

..............mereka perlu menjelaskan saman tersebut sebelum 1 Mei.
"Jika mereka tidak membayar dalam tempoh dua bulan hingga 1 Mei, maka saman itu akan disenarai hitam" kata Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Aziz Yusof pada sidang akhbar disini semalam.

Jelas beliau saman yang bakal disenarai hitam itu adalah meliputi semua kesalahan trafik termasuk kesalahan meletak kenderaan ditempat yang salah.

sumber rujukan: KOSMO, Rabu 2 Mac 2011

moral of the story:  Bayar saman sekarang, dapatlah diskaun

Teknik perahan susu menggunakan tangan

hasil nukilan: wafimamakidz at 11:40 AM 0 comments
blog asal: mommyluna

Saya ingin mengajar Teknik Memerah Susu menggunakan tangan
Jujurnya saya hanya tau teknik ini semasa di dalam kelas
Sebelum ini sumpah saya tak pandai perah guna tangan
Kan dalam entri sebelum ni saya kata nak buat model payudara shanteks2 kan
Sudahnya saya hanya gunakan model yang lama dan tambah rantai kunci
Supaya model payudara ini boleh jadi keychain..hihihi


Mengapa perlu memerah menggunakan tangan?
  1. Mungkin ibu tak sangka akan berjauhan dengan bayi selepas melahirkan kerana sebarang kes kecemasan
  2. Ibu belum membeli pam
  3. Breast terasa penuh dan bengkak
  4. Ingin menambahkan production susu (Perah 3 jam sekali)
  5. Pam yang dibeli ibu tidak sesuai dan menyakitkan payudara ibu
  6.  Ibu ingin menyapu sedikit susu pada nipple bagi kes nipple crack
  7.  Ibu terlupa bawa pam atau aksesori ke ofis (Tiada alasan tidak mengepam lagi ye..hihi)
STEP 1 : Letakkan jari anda dalam bentuk C di bahagian luar aerola
Hati hati daripada terlalu rapat dengan nipple
Bagi ibu yang mempunyai aerola yang agak besar,
Agak agak letakkan jari anda di mana mulut bayi anda berada setiap kali menghisap susu



STEP 2 : Tekan inwards ke dalam bahagian tulang dada anda




















STEP 3 : Picit ke bahagian dalam nipple
Buat 5 ke 10 kali perahan 




















STEP 4 : Dan buat pusingan membulat sekeliling luar aerola anda



















Masa diambil 15 ke 20 minit sebelah breast
Dimana sehingga breast rasa kosong

Nota : Anda tidak perlu menumbuk2 breast, mahupun memicit mana mana bahagian lain breast kerana dibimbangi akan mencederakan tisu payudara dan menyebabkan blocked duct. 


















moral of the story: Untuk pengetahuan mommies, sebelum mamakidz belajar buat blog ini, mamakidz selalu melayari blog mommy luna atau lebih dikenali diyaluna dan copy info-info yang berguna kedalam word, print dan jilidkannya.  Tetapi, sejak dah ada blog sendiri ini, bolehlah kite berkongsi-kongsi informasi.  

Blog diyaluna memang berguna bagi saya yang baru nak menjinakkan diri dalam arena penyusuan susu ibu. Selain dari itu mommyluna ini bukan sebarangan orang tau.  Beliau pakar laktasi dan ada ruangan artikel di Pa&Ma.  Beliau juga tidak sombong jika kite ingin bertanyakan sebarang soalan berkaitan penyusuan dan produk lunatot's

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez