Monday, November 29, 2010

Set Bersalin (berpantang) bersama Shaklee... Pt 1

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:43 PM 0 comments Links to this post
Hari ini mamanior ingin berkongsi pengalaman member alam-maya 
mamanior iaitu kak nadia (credit kak nadia).  
Untuk mengetahuai kebaikan set ini, jom baca.....


credit to cerry
Untuk pengetahuan kalian...Set Bersalin shaklee terdiri daripada 4 jenis vitamin utama iaitu :-

1) Vitalea @ Multivitamin - 
2) Vitamin C
3) B Compleks
4) Zinc
Kenapa agaknya ke empat2 vitamin ini ada dalam set bersalin...amat2 lah berlainan dengan set2 bersalin yang lain...sejujurnya semasa ummi mengandungkan Qistyna, ummi belum bertemu dengan Shaklee (for sure kalau ummi dah kenal shaklee, memang ummi beli awal2 lagi)...

So, selepas melahirkan Qistyna...ummi beli satu set bersalin (jenama apa tak yah bgtau la ye) berbentuk jamu @ herba seperti kebanyakan set2 bersalin di pasaran hari ini...harganya sekitar RM 300++...mahal???memang ya sbb ummi terpengaruh dengan konon2nya ubat yg bagus mesti lah mahal...

Untuk pengetahuan semua, bagi kedua2 kelahiran anak ummi, ummi terpaksa melalui c zer...dan bagi czer kali yg kedua...bg ummi sakitnya lbh lagi...so, balik dr hospital (selepas 3 hari di hospital) ummi balik ke rumah untuk berpantang...kali ini ummi berpantang sendirian sbb mak mertua ummi ngasuh anak2 buah ummi (tak dpt nak jaga ummi)...tp takpe, rumahnya sekitar 15 minit je dr rumah ummi...apa yg menyedihkan, anak ummi kena tahan wad sbb kuning (jaundis)...so, balik ke rumah ummi dibekalkan dengan beberapa jenis ubat oleh doktor...antaranya yang masih ummi ingat, vitamin c (kata doktor vitamin c supaya luka2 cepar sembuh dan meningkatkan daya ketahanan badan ummi semasa berpantang)...ubat lain antaranya asid folik, ubat tahan sakit dan ubat kalau sembelit...

Bila ummi renung2 kembali...kenapa lah ummi tak diketemukan dengan shaklee lbh awal lagi...Jom tengok ek...

Dlam set bersalin shaklee ada :-
a) Vitalea @ multivitamin yang dilengkapi dengan iron formula(sangat2 bagus dan penting bagi wanita slps melahirkan)...alangkah bagusnya multivitamin ini sbb slps bersalin, sbb ummi tak berapa lalu makan dan kena sembelit teruk pulak, muka ummi jadi pucat sangat..lesuuu...tak bermaya...tambah2 takde sape yg jaga...syukur la suami ada dan bantu serba sedikit untuk masak makanan....


b) Vitamin C yang sangat bagus kerana ianya membantu dalam mempercepatkan penyembuhan luka dan memperbaiki tisu sel...dan serius ummi sgt suka dengan vitamin c shaklee sbb apabila ummi atau Qistyna demam atau selsema...ummi just ambil 2 biji vitamin c dengan di patahkan kepada 2 bahagian...memang serasi la...insya allah cepat je sembuh...



c) B Compleks yang di lengkapi dengan folic asid 
membantu dalam mengelakkan kemurungan, 
meroyan, anti stress dan menstabilkan
 hormon...tambah2 pula ianya dah lengkap 
dengan folic asid...memang masa Qistyna 
baby dahulu, kerap menangis(orang tua2 kata sawan tangis)...memang ummi stress giler...sudahlah 
kena berhati2 dengan luka operation, 
kena sembelit pulak, dengan qistyna 
asyik nangis jek...betul2 rasa nak pengsan...
hampir2 ummi kena angin meroyan tapi 
syukur lah, saudara ummi yg pandai mengurut membantu...hmmm..alangkah bagusnya 
kalau ummi ambil b compleks semasa itu...

d) Zinc berfungsi untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman...dulu, masa ummi 
dalam pantang, hari2 hubby ummi masak 
ikan haruan nak bagi luka dlmn ummi cepat s
embuh sampai nak termuntah ummi makan...
bila ummi teliti2 rupanya ikan haruan ni 
mengandungi zinc sbb tu la dinasihatkan 
makan ikan haruan atau patinya...tapi, 
kalau tak pandai masak, aduhai...hanyirr...
lagi la pati ikan haruan...ummi pangkah terus
...pernah ummi cuba minum....muntah balik
...dengan hanyir, loya semua bercampur
...ishhh...kalau lah ummi jumpa set bersalin 
ni dahulu lagi..tak lah ummi muak dan loya 
tgk ikan haruan hari2 kan...

Dan untuk pengetahuan semua, untuk set bersalin 
ini, kita boleh add on alfalfa...kalau add on RM 10 
dapat la alfalfa 60 biji(cukup sebulan je)  
tapi ummi syorkan tambah je RM 20 so, boleh 
la dpt 120 biji...at least kalau makan 2 atau 3 biji boleh la bertahan sehingga 40 hari kan...sampai habis pantang...alfalfa ni selain dr boost susu, 
ummi suka sbb sembelit ummi hilang (melawaskan perkumuhan)...kalau lah ummi jumpa awal lg...
tak la ummi menderita sakit sembelit...aduhaii...

Apapun...kalian yg baru ingin mencuba set 
bersalin shaklee yang sgt istimewa ini sgt lah 
bertuah...sbb set bersalin yg ummi beli dahulu
 akhirnya langsung terbiar dan tak berusik...
mengapa???sbb semuanya lbh kepada herba.
..oleh kerana anak ummi kuning (jaundis), 
so, nurse awal2 dah bgtau jgn makan dulu 
jamu atau herba sbb akan menyebabkan 
anak bertambah kuning...last2 langsung 
tak berusik sbb bila ummi cuba makan anak 
ummi akan cirit birit atau kembung (maybe sbb panas kot)...lagi satu, dlm set tu pun ada barut...
hmmm..ummi kan operate..tak leh nak pakai pun.
..memang sgt2 rugi la sbb membazir duit 
RM 300++ macam tu je...

So, apa yg ummi nampak, memilih set bersalin 
ni biarlah betul dan sesuai untuk diri kita 
dan anak kita...tidak panas, tidak menyebabkan 
anak kuning...menyembuhkan luka luar dan dalaman, membantu menstabilkan hormon dan memulihkan 
kekuatan badan semasa berpantang...
Sungguhpun begitu, kalian juga di galakkan 
ambil dalam full set sbb lebih berbaloi2 dan 
boleh consume up to 4 month...org kata alah 
membeli menang memakai...
so, macammana mommies semoga info yang 
yang dimaklumkan oleh Kak Nadia, benar-benar 
dapat membantu.

Berikut adalah harga bagi Vitamin 
Set Bersalin tersebut:-
  • Vitamin B-compleks - RP RM53.75 mamanior price RM43.00
  • Alfalfa Complex (s) - RP RM53.75 mamanior price RM43.00
  • Multivitamin (vitalea) - RP RM88.75 mamanior price RM 71.00
  • Vitamin C 500mg - RP 92.50 mamanior price RM 74.00
  • Zinc - RP RM 33.75 mamanior price RM 27.00
Nota :

  • Harga yang dinyatakan di atas adalah harga diskaun dari mamanior
  • Belum termasuk flat rate shipping charges RM10
  • Harga di atas adalah untuk Fullpack sahaja, tetapi jika sekiranya para mommies nak dalam bentuk trial pack harganya RM120.  Mamanior sedia membantu
  • Amalkan minum sekurang-kurang 3L air suam sehari
  • Jika berminat hantar je SMS @ no 012-9066653.  Insya Allah, saya akan membantu menyelesaikan masalah anda.
Moral of the story: Minta maaf, mommies, 
secara jujurnya.. mamanior memang tiada 
pengalaman berpantang bersama shaklee, 
coz mamanior lambat mengenali nya.  
Set bersalin ini amat sesuai untuk 
mereka yang tak suka makan jamu atau 
air akar kayu.  Ingatlah para mommies, 
kite perlu menjaga bahagian dalaman..
walaupun secara luaran, kite boleh 
adjust menggunakan pelbagai produk.  
So, mommies jadilah mommies 
yang bijak...renung-renungkan... 
nanti mamanior akan berkongsi 
lagi rahsia disebalik vitamin 
set bersalin ini..(Insya Allah)

Mamanior dan Family ke MAHA 2010@ Serdang

hasil nukilan: wafimamakidz at 12:23 PM 0 comments Links to this post

Siapa yang yang tak kenal dengan MAHA Expo, sejak diadakan buat kali pertama pada tahun 2008 dan kali kedua pula pada tahun ini 2010,  Mamanior tak pernah lepaskan peluang mengunjungginya.

Pada tahun ini pamerannya bermula dari pukul 10.00pagi sehingga 10.00malam.

Pelbagai jenis produk terdapat disini, bukan setakat pokok dan binatang ternakan sahaja dipamerkan, tetapi segala bentuk peralatan mesin, songket ternun tangan. songket ternun mesin dan pelbagai jenis makanan yang tidak pernah dilihat semua ada disana.

Tapi, faham-faham sajalah, kalau berjalan dengan anak-anak ni pelbagai ragam yang dipamerkan.  Pantang nampak jualan semua nak dibelinya...

Yang tak ketinggalan buat ragam adalah Jr.  Mommies lihatlah sendiri, mamanior terpaksa kendong dia dengan wrap wombfruit's dan ditutupi dengan nursing cover (sebab ada aktiviti yang sedang dilakukan di sebalik tabir nursing cover....)
mamanior & Jr. (aktiviti di sebalik tabir nursing cover)
Perlu diingatkan, jika para mommies pergi ke tempat-tempat begini, janganlah sekali-sekali bawa stroller, sebab ia akan membataskan aktiviti para mommies.
  
Untuk pengetahuan mommies, jarak antara sesuatu pameran itu agak jauh.  So, pengangkutan yang digunakan adalah tram dan bus rapid sahaja.  Para mommies bayangkanlah, mana nak tolak stroller lagi, mana nak tengok pameran lagi dan aktiviti bershopping lagi.  Ishh...ternyata ia memenatkan... 

Tapi, apa-apahal pun tepuk dada, tanya selera....renung-renungkan, selamat berMAHA expo

Mamanior, miera, jr. & afiq
Moral of the strory:  Kite kalau nak bershopping biarlah jadi pembeli dan pengguna yang berkhemah.  Almaklumlah rambang mata dibuatnya...macam-macam ada, macam-macam mau beli...Yang paling penting adalah pentingkan aspek keselesaan dan keselamatan.

Friday, November 26, 2010

Teruskan Berdoa

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:36 PM 0 comments Links to this post
SOALAN:Berdoa kepada Allah untuk memohon sesuatu adalah digalakkan, dan yang paling makbul doanya adalah yang paling hampir kepada Allah. Kita telah banyak berdoa, termasuk orang-orang yang soleh di kalangan kita, tetapi semacam tidak dimakbulkan, mengapa berlaku demikian, pernahkah doa Rasulullah s.a.w., tidak dimakbulkan Allah SWT.

-------------------------------- 

JAWAPAN:Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Mereka yang enggan berdoa kepada Allah, adalah orang yang bongkak.

Al-Quran memaparkan banyak ayat, antaranya firman Allah (mafhumnya): "Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu..." (Surah al-Ghafir, ayat 60)

Firman Allah (mafhumnya): "Apabila hamba-Ku bertanyamu tentang Aku hai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah, ayat 186)

Dalam as-Sunnah, terdapat banyak hadis-hadis fi'li (perbuatan) dan hadis-hadis qauli (percakapan) yang jelas baginda Rasulullah s.a.w., berdoa ke hadrat Allah SWT.

Berdoa sememangnya dituntut, itu tugas kita sebagai hamba Allah. Sama ada terima atau tidak, ianya adalah urusan Allah SWT.

Terserahlah kepada Allah dan memohonlah apa sahaja dengan penuh yakin bahawa Allah akan mengkabulkan doa kita. Nescaya Allah akan memenuhinya sama ada cepat atau lambat.

Nabi Allah Ibrahim a.s. sebagai contoh, telah berdoa ke hadrat Allah agar hati-hati manusia tertarik untuk mengunjungi Makkah beramai-ramai, pada waktu Makkah masih menjadi sebuah lembah yang gersang.

Baginda berharap umat manusia datang beramai-ramai menunaikan haji dan membuat umrah, dan dipohonkan rezeki mereka melimpah ruah. 

Doa itu dilafazkan ribuan tahun dahulu ketika baginda mendatangi Makkah bersama anak dan isterinya.

Alhamdulillah, Allah SWT memakbulkan doa baginda selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w., malah sehingga hari ini semakin jelas doa Nabi Ibrahim a.s., seolah-olah baru dimakbulkan.

Cuba bayangkan, doa Nabi Ibrahim yang disebut sebagai 'khalilullah' - kekasih Allah - sahabat setia Allah, berdoa ke hadrat Allah, ribuan tahun kemudiannya baru jelas dimakbulkan.

Apabila kita sering berdoa, jangan sesekali membuat kesimpulan bahawa doa kita tidak akan dimakbulkan.

Mungkin Allah telah makbulkan doa itu, mungkin dalam bentuk diberikan yang lebih baik daripada apa yang kita pinta.

Kadang-kadang doa kita dimakbulkan cepat, kadang-kadang lambat. Ertinya, apa yang dipohon, tidak semestinya diberi atau ditolak.

Ia adalah suatu ujian kepada kesabaran seseorang hamba. Sama ada Allah berikan sesuatu yang lebih baik, atau Allah berikan ganjaran sewajarnya pada hari akhirat kelak dalam bentuk pahala yang banyak.

Antara sebab-sebab nyata Allah tidak makbulkan doa, seperti yang difirmankan Allah dalam ayat 186, Surah al-Baqarah tadi, iaitu orang-orang yang keimanannya kepada Allah itu, masih berada pada tahap yang boleh dipersoalkan dan kemaksiatan yang dilakukan.

Ada hadis Nabi s.a.w. yang menyebut tentang doa yang tidak dimakbulkan, antaranya (mafhum): "Makan minumlah kamu dengan yang halal, nescaya doamu akan dimakbulkan."

Pada suatu ketika ada seorang yang keadaannya begitu terdesak, mengangkat tangan setinggi-tinggi yang boleh, dan berdoa ke hadrat Allah SWT, memohon kepada Allah, tatkala Nabi s.a.w. melihatnya, lalu baginda bermadah kepada para sahabat, mafhumnya: "Lihat orang itu, makan minumnya haram, pakai memakainya haram, bagaimana mungkin Allah menerima doanya."

Sememangnya semakin hampir seseorang hamba kepada Allah, semakin suci bersih jiwa dan amalannya, maka semakin mudah Allah memakbulkan doanya.

Seperti yang disebut dalam sebuah hadis qudsi, mafhumnya: "Apabila hambu-Ku mendampingi daku, dengan amalan-amalan yang banyak, khususnya amalan-amalan sunat, maka Aku menyukainya, maka apabila Aku menyukainya, akan-Ku tunaikan doanya (hajat)."

Walau hampir dan akrabnya seseorang insan kepada Allah SWT, tidaklah menjadi syarat utama untuk Allah memakbulkan doanya.

Ini kerana, hanya Allah sahaja yang mengetahui kemaslahatan hamba-hamba-Nya. Allah amat mengetahui apa yang hendak diberi dan apa yang tidak perlu diberikan.

Harus kita sedari bahawa dalam kehidupan kita, selain daripada Allah memberi apa yang kita minta, banyak juga kebaikan, rezeki dan sebagainya Allah berikan kepada kita walaupun tidak kita diminta. 

Amat sedikit yang tidak diberi, itu pun ada kemaslahatannya.

Mengenai soalan saudara, pernahkah doa Rasulullah sendiri ditolak Allah, jawapannya, ya. Memang doa Nabi s.a.w. pernah ditolak. Kadangkala doa baginda pun ditolak.

Ketika Nabi Muhammad s.a.w., pada zaman awal kebangkitan baginda sebagai Rasul, menghadapi banyak tekanan daripada kaum Quraisy dan anggota keluarganya tidak mahu memeluk Islam.

Malah baginda pernah disakiti sehingga berdoa ke hadrat Allah (mafhumnya): "Ya Allah! Berilah petunjuk kepada kaumku, mereka ini tidak mengetahui."

Doa Nabi ini tidak ditunaikan sepenuhnya. Bukan orang lain, kalangan anggota keluarga, bapa saudaranya, seperti Abu Lahab meskipun didakwah bertubi-tubi, namun mereka lebih bertegas mempertahankan kekufuran mereka.

Malah sampai kepada peringkat menantu Nabi s.a.w sendiri, ada yang tidak beriman, atau lambat beriman.

Apa yang nyata, kaum kerabat Nabi, yang didoa dan diusahakan untuk mereka beriman, akhirnya mati dalam keadaan kufur.

Dalam Kitab Sahih Muslim, hadis 2889 disebut (mafhumnya): "Suatu hari Rasulullah s.a.w. singgah di masjid Bani Muawiyah, ditunaikan solat sunat dua rakaat bersama sahabat, selepasnya baginda berdoa panjang dengan doa yang panjang. Selepas berdoa baginda berpaling ke arah sahabat dan bersabda, "Saya berdoa kepada Allah, tiga perkara, Allah tunaikan dua sahaja dan menolak yang satu lagi. Saya memohon agar umat Muhammad tidak dibinasakan dengan kelaparan, Allah tunaikan. Saya memohon agar jangan mereka dibinasakan dengan banjir yang menenggelamkan mereka, Allah tunaikan. Namun apabila saya berdoa agar jangan mereka bergaduh dan berperang sesama sendiri, Allah tidak tunaikan."

Bagaimanapun kebanyakan doa-doa Nabi s.a.w. dimakbulkan Allah SWT. Doa yang tidak dimakbulkan itu memang ada kemaslahatannya.

Oleh itu berdoalah ke hadrat Allah SWT, kerana ia adalah ibadah. Ibadah dilakukan bukan semata-mata untuk keperluan keduniaan.

Jika kita ikhlas beribadah, insya-Allah Allah akan memberikan ganjaran yang sebaiknya di hari kemudian.

Solat, puasa, zakat, haji, berjihad dan ibadah-ibadah, kita lakukan kerana berhajatkan keredaan Allah atau pahala yang dijanjikan kepada kita pada hari akhirat. Wallahua'lam.

Why Breastfeeding is Best for Babies & Mothers

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:16 PM 1 comments Links to this post


According to the American Academiy of Pediatrics, babies that are breastfed experience:
 1. Fewer allergies
 2Long-term protection against diabetes and Crohn’s disease
 3. Enhance brain growth and eye development
4. Boosted protection against colds and ear infections. In addition, mothers that choose to breastfeed reap the benefits of:
5. Stronger bones
6. Reduced risk of ovarian cancer and premenopausal breast cancer
7.  Increased ability to lose weight, as breastfeeding burns 200 to 500 calories a day

Thursday, November 25, 2010

Jangan salah faham...

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:43 PM 2 comments Links to this post
Saban hari banyak blog yang menulis mengenai testimnoni diri mereka sendiri tentang pengambilan vitamin Shaklee.

Rata-rata adalah dari golongan ibu yang menyusukan anak mereka.

Antara perkara yang dicoretkan 

·    susu berwarna kuning dan pekat
·    anak minum sedikit dan mudah kenyang, senang nak    buat stok susuibu
·    ibu lebih bertenaga
·    hubungan suami isteri bertambah intim
·    penghasilan susu meningkat

Namun bagi yang baru menjadi ibu, ibu yang sedang dalam masalah penyusuan dan ibu yang tercari-cari milk booster akan terus membuat andaian...
Vitamin Shaklee bagus untuk membanyakkan susuibu!

Jujurnya statement ini kurang tepat kerana
 anda perlu tahu mengapa anda perlukan vitamin.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pada dasarnya saya mengambil vitamin Shaklee sejak masa mengandung kerana mahukan kesihatan yang optimum serta saya mahukan anak saya lahir dengan otak yang bijak dan tubuh badan yang sihat!

Pada dasarnya saya mengambil vitamin Shaklee semasa menyusukan mereka kerana pengambilan diet makanan saya yang tidak seimbang dimana pengambilan sayur yang jarang-jarang, minum susu yang sekali sekala, makan buah kadang-kadang dan kerana saya sendiri tahu kekangan yang saya lalui akan membuatkan kandungan nutrisi dalam susuibu akan diserap daripada tubuh saya dan
 JIKA  perkara ini dibiarkan berlarutan tanpa diganti dengan sepatutnya maka saya akan senang letih, senang sakit, mood bersama suami akan berkurang, diri dan rumahtangga jadi tak terurus dan akhirnya saya akan kelihatan lebih tua dari umur saya. Serta inilah perkara-perkara yang dilalui oleh ibu-ibu yang bekerjaya dan disamping menyusukan anak mereka.

Kerana tidak mahu berlarutan dan mendapat padah serta akibat, saya membuat keputusan untuk makan vitamin secara konsisten!

HAKIKATNYA pengambilan vitamin oleh ibu yang mengandung dan menyusukan anaknya adalah untuk memastikan si ibu dan si anak mendapat khasiat yang seimbang sepenuhnya.
Kereta yang dijaga maintainance nya akan bergerak lebih lancar di atas jalanraya.

Sama juga dengan ibu-ibu yang mengandung dan menyusu. Jika si ibu itu sihat, insyaAllah kandungannya tidak meletihkan baginya.
Jika si ibu itu sihat, insyaAllah badannya dapat menghasilkan susu dengan lebih lancar dan efisien.

Secara jujurnya saya maklumkan: pengambilan vitamin memberi kesan yang positif bagi ibu yang mengandung dan menyusukan anaknya.  Bagi ibu yang menyusukan anaknya dengan susuibu...pengambilan vitamin akan memberikan kesan berikut adalah
 benar sama sekali

·    susu berwarna kuning dan pekat
·    anak minum sedikit dan mudah kenyang, senang nak  buat stok susuibu
·    ibu lebih bertenaga
·    hubungan suami isteri bertambah intim

Vitamin yang dimaksudkan ialah vitamin asas seperti multivitamin, b complex, vitamin C, protien @ESP, kalsium dan alfalfa. Setiap vitamin ini memberi fungsi yang berlainan namun atas satu tujuan iaitu kesihatan yang menyeluruh. JUJURNYA PENGAMBILAN VITAMIN MENGKAYAKAN NUTRISI DALAM SUSUIBU!

Namun bagi mendapatkan hasil seperti  ini.....
penghasilan susu meningkat

Saya selalu tekankan 3 perkara :

1. Pam dengan konsisten setiap 3 jam atau kerapkan bayi menyusu untuk menghasilkan ransangan kepada payudara untuk menghasilkan lebih susu. Jangan sesekali tidak mengepam atas alasan payudara tidak bengkak. Jarak sesi perahan yang terlalu jauh iaitu melebihi 3 jam boleh menyebabkan penghasilan susu akan mula merosot dan lama kelamaan susuibu akan kering.

2. Minum sekurang-kurangnya 3L air sehari...ini kerana air diperlukan untuk penyerapan vitamin dengan lebih menyeluruh.

3. DOA yang berterusan. Doa ini yang membantu keyakinan kita kepada Allah kerana dengan izin Allah jualah rezeki susuibu itu mengalir dengan lebih banyak.

Kepada mereka yang membuat pesanan trial pack vitamin, diharapkan mengambil perhatian atas notifikasi yang saya nyatakan di sini.


Jika anda membaca tulisan saya dan membeli produk dengan rakan sepejabat mahupun jiran anda, sila dapatkan konsultasi dari orang tersebut terlebih dahulu supaya hasilnya adalah sama seperti yang saya nyatakan dan beliau bertanggungjawab atas apa yang disyorkan.

(**credit to N)


So, para mommies, dapatkan trial pack hari ini untuk merasakan perbezaan yang ketara dalam hidup anda! Hanya RM80 dengan penghantaran adalah PERCUMA!. 
(SMS je @ 012-9066653)

Wednesday, November 24, 2010

DOA for BF Mom

hasil nukilan: wafimamakidz at 3:59 PM 1 comments Links to this post
"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."

Para mommies yang BF anak rajin-rajinlah amalkan doa ini...InsyaALLAH..berkesan...apa yang penting di fikiran para mommies....banyak mana pun usaha kita buat untuk banyakkan susu badan..."REZEKI SEMUANYA DATANG DARI ALLAH SWT & YAKINLAH BAHAWASANYA DIA MAHA PEMBERI"

Dan juga amalkan membaca surah al-Hujurat; al-Kautsar sedari mengandung lagi dan selepas melahirkan antara amalan-amalan yg bagus untuk mommies yg breastfeed anak...Sambil2 tu niat dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite ; banyakkan susu kite...Baca dan cuba fahamkan melalui tafsir lagi bagus!

Lagi satu amalan yg bagus untuk mommies yg BF anak, amalkanlah membaca surah al-Baqarah: ayat 60. Sambil baca ayat tu letakkan tangan pada breast, usap2, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kite; supaya kite mampu provide susu yg cukup pd anak kite hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah
YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah...insyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kita istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas....


Selain dari itu para mommies juga boleh cuba mengamalkan doa ini:


" Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini, penuhilah dengan rahmat Mu dan keberkatan di sisiMu.  Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku."


Yakinlah dengan sebarang doa yang kita baca, kerana dengan bacaan doa itu Insya Allah ia akan dapat mengubah hidup seseorang..


Disamping berdoa, para mommies perlu jugalah berusaha dengan mengambil supplemen yang sesuai.  Macam mamanior sendiri, mamanior mengamalkan vitamin supplemen Shaklee, iaitu Set B + ESP. Dengan izin dari Nya, hasil gabungan kedua-duanya ternyata ia memberi kesan kepada Mamanior.  So, Mamanior pun amat berharap ia juga dapat membantu para mommies yang kebuntuan.  Insya Allah.


Berikut adalah harga bagi Vitamin Set B + ESP tersebut:-
  • Vitamin B-compleks -  Retail Price:RM53.75 mamanior Price : RM 43.00
  • Alfalfa Complex (s) – Retail Price:RM53.75 mamanior price Price : RM 43.00
  • Multivitamin(vitalea) – Retail Price:RM88.75 mamanior Price : RM71.00
  • vitamin C 500mg  – Retail Price:RM92.50 mamanior Price : RM74.00
  • ESP (Energizing Soy Protein)  – Retail Price:RM150.00 mamanior Price : RM121.00
Nota :
  • Harga yang dinyatakan di atas adalah harga diskaun dari mamanior.
  • Belum termasuk flat-rate shipping charges RM10.
  • Harga diatas adalah untuk Full pack sahaja, tapi jika sekiranya para mommies nak  trial pack, mamanior ada sediakan juga.  Harga nya adalah RM80.00 sahaja (tapi tak termasuk ESP tau, sebab ESP tak boleh buat trial pack disebabkan faktor keselamatan dan kesihatan, harap maaf)
  • Amalkan minum sekurang-kurangnya 3L air suam sehari.
  • Jangan lupa pump setiap 3 jam
  • Jika berminat hantar je PM pada YM @ SMS pada no. 012-9066653 Insya Allah saya akan membantu menyelesai masalah anda.
  • Jangan lupa Klik disini utk membuat pesanan (pergi ke ruagan order form)


Moral of the story:  Apa yang penting para mommies, usaha itu tangga kejayaan dan para mommies juga perlu ingat pentingkan KUALITI PADA AIR SUSU KITA, PEDULIKAN KUANTITI Insya Allah para mommies tidak akan merasa tekanan seperti Mamanior.(ikutilah kisah Mamanior pada blog yang sebelum ini)

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez