Monday, December 19, 2011

Kekalkan Tubuh Sihat Dengan Protein Ikan

hasil nukilan: wafimamakidz at 4:33 PM 0 comments
Pada kebiasaan pagi Mamakidz akan menonton MHI bagi mengetahui info-info terkini.  Topik yang menarik perhatian Mamakidz hari ini ialah khasiat ikan dan yang paling menarik penasihat pemakanan tersebut ikan yang paling berkhasiat ialah ikan Siakap.  Tahukah kalian apakah khasiat  ikan Siakap?  Oleh itu, dikesempatan ini Mamakidz ingin berkongsi di N3 ini.

Ikan membekalkan di antara 60 hingga 70 peratus protein haiwan kepada manusia.
Protein penting untuk pertumbuhan dan perkembangan semua anggota badan dan berfungsi membina tisu, kulit, rambut, kuku dan organ dalaman termasuklah otak serta jantung.  Protein digunakan sebagai sumber haba dan tenaga sekiranya bekalan lemak serta karbohidrat dalam badan tidak mencukupi.
Kandungan protein dalam isi ikan berbeza mengikut corak pemakanan, jantina, umur, kandungan lemak dan air di persekitaran.  Ikan yang kurang berlemak mengandungi protein lebih tinggi berbanding ikan berlemak dan ia menyimpan lemak di dalam hati.  Ikan siakap, kerisi, merah, kerapu dan jenahak dikategorikan sebagai kurang berlemak.  Ikan yang berlemak pula ialah ikan yang menyimpan lemak dalam tisu badan yang lain.   Ikan pelagik seperti kembung, cencaru, bawal, tenggiri dan selar kuning adalah antara jenis ikan berlemak.


Selain membekalkan protein, ikan mengandungi nutrien lain seperti asid lemak, vitamin dan mineral.  Kandungan kalori lemak dalam ikan juga rendah.  Kesedaran mengenai kaitan antara diet dan kesihatan menyebabkan pengguna lebih mengambil makanan kesihatan berasaskan ikan.

Pengambilan ikan secara kerap dalam diet harian juga dikatakan dapat membantu menurunkan paras kolesterol darah, mencegah penyakit jantung dan kanser.  Selain daripada itu, ianya juga menggalakan perkembangan otak bayi.

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez