Sumber:Breastfeeding made simple(initiate by NUtrition Society Malaysia),mamafaiz
Masalah Payudara
Apa patut saya lakukan jika puting saya leper atau tenggelam?”
Bermula daripada penyusuan kali pertama,galakkan bayi untuk memasukkan sebahagian besar mulutnya ke dalam payudara. Tarik keluar puting anda sebelum mula menyusukan bayi dengan merangsangnya, menarik areola atau menggunakan pengepam payudara
“Payudara saya bengkak, keras dan ia menyakitkan saya. Apa yang berlaku?”
Payudara bengkak memang perkara yang biasa berlaku 2 hingga 4 hari selepas bersalin. Ini menandakan susu tidak mengalir keluar dengan betul. Bagi mengatasi masalah ini, susukan bayi secarakerap dan gunakan jaram panas atau suam keatas payudara anda. Jika payudara masih rasakeras, perah sedikit susu sebelum dan selepas menyusukan bayi. Namun begitu, usah bazirkan susu ini; simpanlah untuk diberikan kepada bayi dalam tempoh 24 hingga 48 jam.
“Puting saya pedih!”
Puting rasa pedih mungkin disebabkan oleh posisi penyusuan yang tidak betul, jangkitan payudara, penggunaan pengepam payudara yang tidak betul dan sebagainya. Untuk mendapat kepastian, bertanyalah kepada doktor. Pada penyusuan yang berikutnya, pastikan posisiyang betul dan pastikan bayi menghisap puting dan areola dengan betul.
Mulakan penyusuan pada puting yang kurang rasa pedih. Pakai pakaian yang longgar untuk memberi ruang kepada puting terdedah kepada udara dan melegakan rasa pedih. Tukar pelapik coli secara kerap dan gunakan pelindung puting untuk mengelak puting daripada bergesel dengan pakaian. Oleh kerana puting anda terlalu sensitif pada waktu ini, elakkan daripada menggunakan sabun,krim atau losen ke atas puting. Sebaliknya,sapukan sedikit perahan susu ke atas puting untuk membantu menyembuhkannya.