Wah terkezut sebentar mamakidz, google punya google terjumpalah blog butik nursing Dynas. Menurut kata Dynas, tercetusnya idea utk membuka butik nursing ini adalah selepas beliau bersalin. Almaklumlah, Dynas kan seorang artis dan dalam masa yang sama beliau masih ingin menyusukan baby kesayangannya.
Monday, April 18, 2011
Perkara yang patut dielakkan untuk berjaya dalam penyusuan.- Huraian yang lebih detail. Pt2
Sambungan dari N3 semalam yang berkaitan dengan perkara yang boleh mengurangkan penghasilan susuibu...
Ramai yang menghantar mesej tidak kurang dengan email bertanya sebab untuk setiap point yang cuba ibu sampaikan:
1. Tidak mengepam atas alasan Breast tidak bengkak.
Breast hanya akan cepat bengkak apabila pengambilan makanan yang tinggi kandungan protien seperti ESP dan alfalfa. Sesi mengepam yang konsisten akan membantu memberi signal kepada otak bahawa badan perlu menghasilkan lebih banyak susu kerana sentiasa ada permintaan.
Ramai ibu2 yang baru dalam penyusuan susuibu masih kurang faham bagaimana susuibu dihasilkan. Rata2 yang menjawab mengapa tidak mencuba beri susu badan...alasannya susu tiada. Susuibu akan terhasil bila ada signal melalui hisapan terus (direct feeding) atau perahan (mengepam) yang berterusan. Breast tidak bengkak adalah kerana pemakanan si ibu yang tidak seimbang. Pemakanan yang tinggi kandungan protein membantu susu cepat terhasil dan breast akan cepat bengkak.
Categories
Breastfeeding,
tips penyusuan
Jadual pemakanan vitamin: kesesuaian masih bergantung kepada individu. Pt.2
Artikel Ini adalah kesinambungan dari artikle jadual pemakanan yang terdahulu...
APA YANG TIDAK DIGALAKKAN
Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.
Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.
Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.
Categories
Breastfeeding,
tips pengambilan vitamin,
tips penyusuan
Perkara yang patut dielakkan untuk berjaya dalam penyusuan. Pt1
Untuk berjaya dalam penyusuan... cuba ELAKKAN perkara berikut:
1. Tidak mengepam atas alasan Breast tidak bengkak.
Breast hanya akan cepat bengkak apabila pengambilan makanan yang tinggi kandungan protien seperti ESP dan alfalfa. Sesi mengepam yang konsisten akan membantu memberi signal kepada otak bahawa badan perlu menghasilkan lebih banyak susu kerana sentiasa ada permintaan.
2. Pengambilan minuman bergas dan ber ais.
Secara perlahan2 amalan ini akan mengganggu penghasilan susuibu. Walaupun mungkin tidak berlaku kepada semua ibu namun yang ibu pasti amalan ini akan menyebabkan si ibu mudah mendapat sakit urat disebabkan pengambilan ini yang berterusan.
3. Pengambilan minuman berkafien.
Kafein menggangu kelancaran saraf dalam jangka panjang. Walaupun ada yang membuat kenyataan, buah kopi mengandungi antioksida yang tinggi...namun kita tidak makan buah kopi ratah begitu sahaja...ianya diproses dan telah kita maklum kopi itu mengandungi kafein yang lebih tinggi berbanding teh.
Categories
Breastfeeding,
tips penyusuan
Vitamin B Complex merawat Stress
Pernahkah kalian mendengar... tak bagus makan B complex nanti gemuk?. Sebab perkataan ini dah didengari banyak kali maka ianya akan tersimpan di dalam memori di bawah sedar kita dan ianya akan menjadi sesuatu yang paling menakutkan terutama apabila badan kita menjadi besar kononnya akibat vitamin B complex tadi.
Hakikatnya vitamin B adalah vitamin yang dikenali sebagi vitamin starter plug yang menukarkan gula menjadi tenaga. Apabila makanan ini tidak ditukarkan sepenuhnya menjadi tenaga, maka risiko kencing manis dan risiko masalah kegemukkan mudah berlaku.
Ramai yang beranggapan bahawa mereka tidak memerlukan B complex. Antara penyataan yang biasa kita dengari ;"Oh saya tidak stress." atau "Saya hanya surirumah, mana ada stresss". Hakikatnya keperluan B complex bukan sekadar untuk memastikan kita mampu menangani stress atau tekanan sebaik mungkin, tetapi ia memberi pengaruh yang besar kepada perasaan dan sikap kita secara tidak langsung.

stress,
Vitamin B kompleks
Subscribe to:
Posts (Atom)
FB Page daku