Friday, April 15, 2011

Penyusuan susu ibu - untuk wanita bekerja

hasil nukilan: wafimamakidz at 2:31 PM
Pict.Dynas sedang 
menyusukan anaknya
Setelah tamat tempoh berpantang, ibu-ibu yang bekerja pasti berasa runsing apabila memikirkan bayi kecil yang terpaksa ditinggalkan. Pilihan sama ada untuk menghantar ke taska/nursery/pengasuh menjadi satu isu yang mungkin telah ditangani. Isu untuk memastikan bayi anda terus mendapat bekalan susu ibu adalah satu isu lain yang sangat penting. Peluang untuk menyusukan bayi sehingga 2 tahun tidak patut dilepaskan untuk ibu-ibu terutamanya yang bekerja. Latihan memerah susu sepatutnya dimulakan seawal 2 minggu selepas bersalin.. Namun ia boleh dilakukan lebih awal mengikut keselesaan ibu-ibu.
Umum mengetahui susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi di bawah 6 bulan. Dalam masa ini juga pastikan bayi anda hanya minum susu ibunya. Tiada makanan pejal atau susu formula yang diberikan bagi memastikan bayi anda terus mendapat khasiat yang sebaiknya untuk tumbesaran. Bagi yang bekerja, isu untuk menyusukan bayi anda tentu menjadi sesuatu yang merunsingkan. Tapi, jika anda tekah bersedia dari segi mental dan info, tentu masalah ini bukanlah sesuatu yang besar.


Info selanjutnya mengenai penyusuan susu untuk ibu bekerja.
PANDUAN MENYIMPAN SUSU PERAHAN

1. Bekas menyimpan susu mestilah bersih dan steril.
2. Simpan di dalam peti sejuk.
3. Simpan kuantiti yang mencukupi dalam satu bekas untuk sekali penyusuan.
4. Labelkan bekas dengan tarikh dan masa mula memerah.
5. Jika susu dibekukan, tinggalkan sedikit ruang udara.
6. Gunakan susu yang lama terlebih dahulu.

CARA MENYIMPAN SUSU PERAHAN
1. Pastikan susu ibu yang bari diperah segera disimpan dalam peti sejuk atau bekas berisi ais. Susu ini boleh digunakan dalam tempoh masa 24-48 jam.
2. Jika tiada peti sejuk atau bekas berisi ais, simpan susu perahan di tempat sejuk sehingga 8 jam.
3. Jangan dicampur susu yang baru diperah dengan susu perahan yang telah disimpan.

TEMPAT PENYIMPANAN
1. Suhu bilik - (suhu 25-37 deg C) -- 4 jam
2. Peti sejuk 2 pintu - (rak atas 2-4 deg C) -- 3-5 hari. Lebih 5 hari, masuk 'freezer'
3. Peti sejuk 2 pintu - (bahagian beku -20 deg C) -- 3 bulan
4. Peti sejuk - (deep freezer -20 deg C) -- 6 bulan

MENGGUNAKAN SUSU PERAHAN
* Letakkan susu beku di bahagian rak bawah peti sejuk semalaman.
* Rendamkan bekas yang berisi susu di dalam air suam
* JANGAN panaskan dalam ketuhar gelombang mikro, atas dapur dan air panas yang baru masak.
* JANGAN bekukan semula susu yang telah dicairkan
* Susu yang telah dicairkan dan dipanaskan dengan air suam, bakinya boleh guna selama 24 jam

CARA MEMBERI SUSU PERAHAN MENGGUNAKAN CAWAN
* Dudukkan bayi di atas peha
* Letakkan cawan kecil berisi susu perahan pada bibir bawah bayi dan condongkan sedikit
* Pegang cawan dan biarkan bayi menghirup sendiri
* Bayi akan berhenti sendiri apabila kenyang..

sumber rujukan blog:fiezaradzi

1 comments:

wahida on April 28, 2011 at 3:41 PM said...

hesco

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez