Monday, February 14, 2011

14 Februari.....

hasil nukilan: wafimamakidz at 5:10 PM 1 comments Links to this post
Bukan niat mamakidz nak mendewa-dewakan tarikh 14 Februari ini.  Tapi hanya ingin berkongsi jer...



Disini mamakidz ingin berkongsi maksud tersirat disebalik warna bunga ros:-

1. Bunga Ros Merah: Si dia mencintaimu setulus hati dn ingin bersama selamanya.
2. Bunga Ros Kuning: Sidia mahu kamu menjadi sahabatnya atau ia menandakan perasaan cemburu terhadap kamu.
3. Bunga Ros Putih: Rasa cinta yang ada dalam dirinya adalah cinta sejati dan sesuci Ros putih itu.
4. Bunga Ros Merah Jambu: Kamu adalah cinta pertama si dia dan ini menjadi rahsianya sejak sekian lama.  Maknanya kamu adalah insan yang menjadi idamannya selama ini.

Pemilihan warna yang bijak untuk perniagaan

hasil nukilan: wafimamakidz at 4:26 PM 0 comments Links to this post
Sumber asal: blog irfankhairi

Pernah saya tulis sebelum ni mengenai kepentingan warna dalam perniagaan. Hari ni, nak kongsi pula beberapa maksud warna yang digunakan dalam perniagaan. Oleh itu, bila buat logo, atau memilih corporate color, pilih lah dengan bijak. Menurut buku perniagaan Al & Laura Reis
  • Putih = Kesucian
  • Hitam = Kemewahan
  • Kuning = Amaran
  • Biru = Kepimpinan
  • Purple = Royalty
  • Hijau = Alam semulajadi
  • Merah = Menarik perhatian
Oleh kerana warna-warna tertentu memberi fokus yang berbeza pada retina mata, maka, pemilihan warna yang bijak juga akan menjadikan jenama perniagaan anda lebih menarik dan mesej perniagaan anda juga dapat disampaikan dengan warna.  Di atas kiranya 7 warna sahaja, tetapi, daripada warna-warna ini, kita juga boleh mendapat ton-ton warna yang berbeza.
So, sekarang anda tahu mengapa laman web saya RahsiaInternet.com dan IrfanKhairi.com menggunakan warna merah & hitam!
Fikirkan logo-logo dan warna koprat jenama-jenama yang terkenal disekeliling anda. Kini anda tahu rahsia di sebalik warna perniagaan :)
moral of the story:...ingin berjaya seperti jutawan internet IrfanKhairi follow la caranya...

Penawar utk yang mengalami rambur gugur....

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:42 PM 0 comments Links to this post
Bagi menjawab solan dari salah seorang member mamkidz berkaitan dengan supplement yang sesuai utk seseorang yang mengalami rambut gugur, supplement yang diperlukan ialah zinc


Zinc dikatakan bertanggungjawab serta terlibat di dalam melebihi 100 proses enzim badan. Enzim ialah kimia-kimia penting yang menjadikan asas kepada fungsi-fungsi tubuh badan. 


Enzim membantu mengawalselia (regulate) semua proses –proses biokimia badan. Umpamanya enzim berkerja dengan sel darah merah untuk memindahkan carbon dioxide dari tisu-tisu ke paru-paru, proses pengeluaran tenaga dan Synthesis Protein (pembinaan protein) dan metabolisma.

Sukacita mamakidz mahu berkongsi dengan para mommies antara tanda-tanda KEKURANGAN ZINC:- 

- Deria rasa dan bau hilang atau menurun sensitivitinya.
- Terdapat tanda putih di bahagian kuku jari. 
- Kurang selera/ tidak boleh mengawal selera.
- Muka kelihatan pucat.
- Ketidak suburan atau mandul (Infertility)
- Mudah/ sering di serang infansi
- Kulit bermasalah – Jerawat, jeragat, jangkitan kulit, 
- Keguguran rambut

Zinc boleh musnah disebabkan oleh

• Stress
• Merokok
• Peminum
• Berpeluh yang banyak
• Kekerapan seks

Bagi ibu2 yang selepas bersalin dan yang sedang menyusukan anak dan mempunyai masalah keguguran rambut boleh mencuba set C.

Walau bagaimanapun, ianya adalah sebahagian dari usaha. Doa tetap perlu dan istiqamah sangat penting dalam mencapai kejayaan yang dihajatkan.
Selain pengambilan supplement yang disarankan, antara langkah lain yang boleh diambil ialah:

  • menggunakan syampu rambut yang "mild" dan tidak terlalu kuat sehingga boleh merosakkan kutikel rambut.
  • membiasakan menggunakan minyak rambut Johnson & Johnson atau minyak zaitun untuk memastikan rambut tidak terlalu kering dan rapuh.
Walau bagaimana pun, pasti ada yang bertanya apakah fungsi setiap vitamin untuk keperluan rambut...penerangannya adalah di sini:


1. Multivitamin ialah untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan.


2. Vitamin C adalah untuk memastikan sel dilindungi dari sebarang bentuk karsinogen serta memelihara sel rambut dari rapuh.


3. B complex memastkan agar rambut nampak terurus dan tidak kusam.


4. Zinc adalah untuk menggalakkan pertumbuhan rambut serta menguatkan lagi kutikel rambut.


RISIKO KEKURANGAN ZINC:- 

Kekurangan zinc boleh menyebabkan penyembuhan luka menjadi lambat – penyembuhan akan berlaku dengan cepat sekiranya sel baru lagi kuat dapat dibina untuk mengganti sel yang telah rosak dan musnah 
Kehilangan deria rasa dan bau – ia mengubahkan kimia air liur (saliva). Akibatnya apa yang di rasa dan dihidu terasa berlainan / pelik berbanding dengan orang normal. Ia juga memberi kesan pada otak untuk memproses maklumat-maklumat untuk deria rasa dan bau. Kesannya ia akan mempengaruhi cara makan dan minum --akhirnya menyebabkan individu itu hilang selera (anorexia), dan Bulimia
Kekurangan zinc juga dikatakan antara sebab kemandulan – Istilah yang di gunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud di bawah paras kesuburan. Ia mempengaruhi bilangan sperm (sperm count) dan pergerakannya (sperm motility)
Selain itu kekurangan zinc boleh mengakibatkan ruam (Rashes),pembesaran yang tak optimal (kerdil), rambut mudah gugur,masalah buah pinggang, masalah hati, penyakit usus dan rheumatoid arthritis .

Secara ringkasnya dapat mamakidz nyatakan ialah;

Zinc sangat penting dari pertumbuhan sel sehingga ‘sex maturation’, membantu mengukuhkan system pertahanan badan dan membantu dalam deria rasa dan bau ( taste & smell)

Apabila system pertahanan kuat ia membantu mencegah batuk (colds), selsema(flu), sakit mata (conjunctivitis), rheumatoid arthritis, lupus (sejenis sakit kulit), fibromyalgia, sclerosis, AIDS... 
Zinc juga memberi kesan terhadap berbagai hormon termasuklah hormone sex, hormone thyroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostate, thyroid yang tidak aktif dan yang nyata zinc membantu pengeluaran insulin – sangat berguna bagi pengidap kencing manis 

Berkesan untuk kebanyakan sistem badan. Ia berguna untuk pengeluaran tenaga – B6 diperlukan untuk proses pengeluaran tenaga dari makanan. Zinc membantu merawat acne – jerawat/jeragat, kebakaran kulit (burns), eczema, psoriasis (sakit kulit – bersisik), kekuatan rambut, scalp, penglihatan (vision loss people over 50 years), tinnitus (ringing in the ear), osteoporosis ( kekuatan tulang), haemorrhoids, ulcers
and also inflammatory bowel disease

Siapa sebenarnya yang memerlukan zinc? Pada hakikatnya semua orang dan terutama kanak-kanak yang membesar , mereka yang berumur lebih 55 tahun ke atas, ahli sukan,orang yang Diet (Dieters),penyalahggunakan arak dan drugs, perempuan mengandung dan yang menyusukan anak, pengamal pil perancang, mereka menjalani pembedadahan,kulit terbakar dan kecederaan (severe burns or injuries), mereka yang menghadapai stress yang berpanjangan, berkerja di tempat panas dan pekerjaan yang menyebabkan individu itu sentiasa berpeluh

SUMBER ZINC

Kita boleh memperolehi zinc daripada daging – kambing juga lembu, oyster, ikan haruan, kuning telur, makanan tenusu ( Dairy Products), kekacang, gandum hitam dan juga bijiran seperti oats. Bagi mereka yang mempunyai kekangan untuk mengambilnya dari sumber asli boleh mendapatkannya dalam bentuk tablet.



Semoga penjelasan ini membantu kalian mengamalkan pengambilan supplement dengan penuh hikmah.  Mamakidz lebih suka seseorang itu makan dengan ilmu kerana dari situ akan wujudnya istiqamah


Moral of the story: Masalah rambut gugur selepas bersalin dan semasa proses penyusuan telah berlaku pada diri mamakidz sendiri...Pelbagai cara mamakidz telah lakukan....Setelah dirujuk pada N, jawapannya adalah ZINC.  Setelah mamakidz mencuba dengan penuh istiqamah...dengan izin dariNya, Alhamdullillah masalah keguguran rambut mama berjaya diselesaikan...Nak tumpang buat iklan sikit ye...Dulu rambut mamakidz berguguran tetapi sekarang tidak lagi.....


credit to N

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez