Beliau telah membesar di Tokyo dan kini menetap di New York, Amerika Syarikat. Naomi pernah mengalami pertambahan berat lebih 10 kg dengan ketinggian hanya 150cm ketika menuntut di kolej kerana banyak menikmati makanan Amerika.
Apabila beliau dan suaminya kini bertukar kepda cara makanan tradisional Jepun, mereka lebih langsing dan bertenaga. Beliau sedia berkongsi strategi pemakanannya yang digelar tujuh rahsia dapur Tokyo.