Monday, September 12, 2011

EBM - cara menyimpannya kedalam bekas penyimpanan susu

hasil nukilan: wafimamakidz at 3:52 PM 0 comments Links to this post

Menyimpan susu payudara anda dengan selamat adalah penting untuk kesihatan bayi anda. Terdapat  pelbagaicara yang berbeza, anda boleh menyimpan susuanda. Berikut adalah beberapa sistem dan bekas penyimpanan untuk menyimpan susu anda dengan selamat selepas pam.

Terdapat beberapa jenis sistem penyimpanan susu payudara dan anda boleh menemui botol susu, beg penyimpanan susu payudara, cawan susu ibu dan sebagainya.

Bekas-bekas ini boleh didapati dalam harga yang berbeza bergantung kepada jenama dan bahan-bahannya.

Avent Breast Milk Containers

Avent VIA Breast Milk Containers

Avent VIA Cups Breast Milk Containers
Medela Pump & Save Breast Milk Bags

YouHaveABaby.com Breast Milk Storage Bags
Autumnz - Zip Lock Breastmilk Storage Bag (25 bags)
Autumnz - Zip Lock Breastmilk Storage Bag (25 bags)

Mamakidz lebih suka yang jenis storage bags kerana ia dapat menjimatkan ruang di dalam peti sejuk. 

credit to kak mieja blog
(Mamakidz memang suka menjelajah blog kak mieja ni.)
Terdapat pelbagai info penyusuan dan tips Mamakidz pelajari darinya.  Beliau memang yang tidak kedekut ilmu.  Bukan saje dalam bidang penyusuan dalam bidang teknologi internet pun beliau pakar.  
So, di bawah ini Mamakidz letakkan cara-cara penyimpanan EBM kedalam plastik yang telah kak Mieja paparkan di blog beliau.  Tujuan simpan di dalam plastik adalah untuk menjimatkan ruang di dalam peti sejuk.  Sebenarnya, terdapat pelbagai jenis breast milk storage bag di dalam pasaran.  Ia terpulang kepada kemampuan budget masing-masing 
cara-cara nak store EBM (k.mieja telah letakkan cara-cara nak store EBM sebagai panduan):

Bahan-bahannya seperti dibawah:

  1. ebm
  2. plastik susu (breast milk storage bags)
  3. getah utk pengikat
  4. gunting
  5. masking tape
  6. pen

Sebelum pack ebm, lekatkan masking tape utk date/time/oz.



Pack ebm mengikut sukatan berapa banyak bb minum setiap persession, cthnya kalaou bb minum 5oz, kalau rasa was-was nak tuangkan ke plastik, try buat macam kat bawah nie...plastik tu masukkan dlm mulut botol, dan tonggang cepat2...


Goncangkan bukan dgn cara kasar/kuat (golekkan)dahulu, bg sebati lemak+air susu tu, dah sebati tuangkan ebm cepat-cepat dari botol keplastik, sebab takut tumpah. Mula-mula rasa kekok, lama-lama dah rasa ok...


















Bila dah siap masukkan kedalam plastik, make sure ikat ebm jangan terlalu padat. Berikan ruang udara dlm 1cm atau lebih, supaya bila sudah dicairkan senang nak sebatikan lemak+air ebm tuh.













Pesanan dari kak Mieja:
Pack yang dah siap, boleh simpan dlm fridge dahulu, selepas 24jam boleh bekukan terus utk simpanan. Ramai ibu-ibu bila sudah siap mengepam, susu masih suam-suam selepas pam, terus dibekukan....silap tu...tak boleh bekukan terus, kena msk dlm fridge biasa dahulu utk samakan suhu ebm. Cara paling mudah, pack ebm adalah selepas pam, tak banyak kerja kat rumah...kalau pack kat rumah, mcm leceh sebab memakan masa nak menguruskan ebm2 nie..













Kebiasannya mamakidz mengepam di ofis saje, sebab sewaktu di rumah Mamakidz lebih selesa Direct feeding dengan Jr.  So, secara tidak langsung pengurusan ebm2 Mamakidz lakukan di ofis sahaja dan selepas itu Mamakidz akan memasukkannya ke dalam cooler beg.  Sebaik sahaja sampai di rumah, Mamakidz melakukan seperti kak mieja...demi untuk menjaga kesegaran dan khasiat ebm kite.

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez