Tuesday, February 1, 2011

Boostkan susu dengan AisKrim??

hasil nukilan: wafimamakidz at 2:08 PM 2 comments

Mesti U all terperajat dan terkezut dengan kenyataan di ataskan.  Almaklumlah, dengan musim selsema pulak ni.  Wah, adakah ia penawar atau sebaliknya?  

Walaupun mamamkidz dan Jr. sedang selsema, set B Shaklee memang membantu.  Syukurlah, mamakidz dan Jr. ada protection...

Pernahkah mommies terfikir aiskrim boleh menambahkan susu kite.  Mesti mommies fikir, cerita ini adalah fakta ataupun auta (bak kata fafau hot.fm)..Tapi percayalah, mommies ini adalah cerita kenyataan dan bukan cerita rekaan.  Ini adalah kisah benar seorang kawan siber mamakidz.

petikan asal blog Kad Nadia

Resipi baru ESP...Nyum Nyum...Sedapp!!!

Salamm sayang semua...hari ni ummi nak kongsi 
dengan kalian satu lagi resepi hebat dan 
sedap sgt yang baru sahaja ummi try...actually, 
ummi dan anak - anak ummi penggemar aiskrim 
tp bila ummi belek2 kotak aiskrim penuh dengan 
pewarna tiruan la...perasa tambahan la...tu 
tak campur dengan ntah berapa sudu 
gula dia letak...hmmm...
nak larang bebudak 
mkn makanan 'rasminya' tu amatlah 
payah...puas ummi 
pikir mcmana nak buat...last2 belajar dgn 
member cara buat aiskrim yg menyihatkan 
dan yang pastinya sedap beb....berkhasiat 
lg...(sbb letak campuran ESP dan Meal Shake)
...memang terbaekkk la...susah???Tak susah 
pun...tersangat la senang...masa di perlukan 
setengah jam aje...bahan2nya pun tak susah...
kebanyakkannya ada kat rumah...memang sejak 
itu, ummi tak beli dah aiskrim kat luar
...buat sendiri dan lagi jimattt....jom kita share...


So, ni lah bahan - bahan nak buat aiskrim tu...
1 Biji Putih Telur
4 sudu gula perang( sbb gula perang kadar 
kemanisannya agak kurang berbanding gula putih)
..tp kalau nak guna gula putih pun boleh
1 penutup esen vanila
1 sudu besar ovelette (boleh cari kat 
kedai kek atau supermarket-warna kuning)
1 tin susu cair
1 1/2 sudu ESP dan 1 1/2 sudu Meal Shake

Cara Buat 
Mix kan guna mixer putih telur dan gula 
sehingga kembang
Dah kembang, masukkan ovelette 1 sudu dan 
mix lg hingga sebati
Kemudian, masukkan 1 penutup esen vanila 
dan mix lagi hingga sebati
Masukkan susu cair dan mix sampai kembang
Akhir sekali, taburkan ESP (kalau ada Meal Shake 
boleh masukkan juga) lagi sedap dan kacau 
hingga sebati...
Kalau suka, blend biskut oreo atau badam 
atau tambahkan chocolate chip untuk bg 
lbh sedap...
masukkan dlm freezer dlm sekitar 8 jam 
dan SIAPPP...


MEMANG MAVERLLOUSS..SEDAP BANGETT..DAN MENYIHATKANNN...
ni anak2 ummi dah tak sabar2 (dah mkn sikit)...
so, slmt mencuba...-susu pun banyak beb 
sbb sedap dan i 
really like ittt...dah la makanan yg 
kita suka..ada 
esp lak tu...lps makan susu mencurah2 
je...cuba la...
u will like it...

So, jika mommies berminat dan mencuba ESP. hubungi dan SMS jer mamakidz di 012-9066653 dan hantar email di p3zaf5y@gmail.com

moral of the story:  Walaupun sekarang ini musim hujan, musim limau, musim selsema....apa yang penting mesti ada protection...Tips, dari mamakidz ialah jika u all mengamalkan set B Shaklee.  Semasa nak telan vitamin C, pastikan pil tersebut dipatah 2 terlebih dahulu dan ambil sebanyak 2 biji.  Sebab dikala selsema kite memerlukan 1000mg vitamin C.  Dalam masa yang sama jangan lupakan vitamin B complexs tu.  Ia bertujuan untuk tenangkan jiwa kite yang kacau...

Selamat hari Wilayah

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:09 PM 0 comments
Sebenarnya mamakidz terlupa yang hari ini adalah 1 Februari 2011, iaitu hari cuti umum bagi Wilayah Persekutuan.  Hari Wilayah disambut di Kuala Lumpur pada setiap 1 Februari setiap tahun sempena meraikan Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia


Walaupun mamakidz bekerja di Bangi, Selangor.  Ibu,Ayah,abang dan adik mamakidz, berada di Setapak Jaya, Kuala Lumpur.  


So, mamakidz nak wish 2 all my family di Setapak Jaya "SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI WILAYAH PERSEKUTUAN"


Ini adalah serba sedikit sejarah penubuhan Wilayah Persekutuan


Petikan asal dari blog zulkbo




Wilayah Persekutuan ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan. Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong.

Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan ibu kota Persekutuan, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan.  Kuala Lumpur ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, lalu menjadi ibu negara Malaysia.

Pentadbiran Kuala Lumpur diletakkan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan menempatkan Bangunan Parlimen. Pada 16 April 1984, Labuan yang dahulunya sebahagian daripada pentadbiran Sabah dibawa masuk kedalam Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Labuan.

Pada 1 Februari 2001, Putrajaya ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan ketiga dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Putrajaya. Putrajaya kemudiannya menjadi pusat pentadbiran yang baru bagi Malaysia sehingga kini. 

 Pembentukan Kabinet baru pada 27 Mac 2004 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah membawa kepada penubuhan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). Tugas kementerian ini ialah memberi tumpuan khusus terhadap kemajuan Wilayah Persekutuan.




Bendera WP Labuan




Bendera WP Putrajaya




 
Bendera WP Kuala Lumpur

Semasa Sukan Malaysia di Kedah pada tahun 2006, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah disatukan ke dalam kontinjen tunggal Wilayah Persekutuan.BenderaWilayah Persekutuan memiliki bendera rasminya yang sendiri. Bendera ini telah mula digunakan pada 23 Mei 2006. Sungguhpun begitu, bendera-bendera milik setiap wilayah masih boleh dipakai guna.







LAGU RASMI WILAYAH PERSEKUTUAN

"MAJU DAN SEJAHTERA"


Inilah Wilayah Bumi Yang Bertuah
Maju Membangun Dijulang Megah
Aman Sentosa Disepanjang Masa
Teguh Disemai Sentiasa
Membara Semangat Setiap Warganya
Cergas Mindanya Semangat Waja
Pada Wilayah Ditumpah Setia
Hormat Hormati Penuh Mesra
Bersatulah
Berbaktilah
Semua Warga Wilayah
Sayangilah
Lindungilah
Sepenuh Jiwa Raga
Kita Jaga Keharmonian Semua
Maju Sejahtera
Wilayah Persekutuan

Mamakidz bergossip...

hasil nukilan: wafimamakidz at 11:57 AM 0 comments
Pada alaf ini cerita tengang Fasha Sandah dan Jejai dah putus sedang menjadi topic hangat di mana-mana media.  So, tak salahkan mamakidz nak bergossip sikit.......  


Petikan asal blog: Butterfly & LifE


Fasha Sandha PUTUS dengan Jejai??!!! 2 - Fasha nafikan kenyataan Nora Danish
Last entry I ada post about Fasha & Jejai dah putus,,

Nora Danish wat kenyataan, pulak kat myMetro:-

“Saya nafikan gosip yang mengaitkan percutian saya dengan keluarga Jejai di Jepun sebagai punca perpisahan mereka sedangkan hubungan sudah putus dua bulan sebelum itu,” kata Nora Danish.

Fasha pun balas lah semula kenyataannya,,

KUALA LUMPUR: “Saya menyangkal kenyataan Nora bahawa Jejai dan saya berpisah sejak dua bulan lalu dan menghubungi saya sebagai seorang sahabat untuk bertanya khabar. Kenyataan Nora itu adalah salah.
“Saya meletakkan noktah hubungan kami pada 18 Januari lalu,” kata pelakon Fasha Sandha, 27, mengenai kenyataan Nora Danish, 29, yang juga bekas isteri Jejai atau Rizal Ashram Ramli, semalam.


Katanya, kenyataan Nora dalam akhbar ini semalam menguji kesabarannya untuk memberi kenyataan balas dengan mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku antara dia dan Jejai. Ketika dihubungi, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandh Hassan berkata, segala kenyataan yang dinyatakan Nora itu tidak benar sama sekali. Tegasnya, memang mereka sudah berpisah tetapi bukannya dua bulan lalu.

Katanya, ketika Jejai di Jepun dan Ninseko, Jejai menghubunginya lebih daripada 10 kali setiap hari dan menghantar SMS setiap waktu. “Selalunya, kami bercakap selama hampir sejam. Ini jelas, kenyataan Nora bahawa dua bulan kami berpisah dan Jejai menghubungi saya hanya untuk bertanyakan khabar adalah salah.

“Nora tidak perlu bercakap perkara yang tidak betul dan Nora juga tidak perlu masuk campur di atas kronologi hubungan saya dan bekas suaminya sekiranya benar dia bukan punca perpisahan kami. “Cukuplah Nora sekadar memberikan kenyataan dia lega kerana bekas suaminya itu cuba mempertahankan yang bukan dia punca perpisahan kami. Nora mengambil langkah tidak betul kerana memberikan kenyataan tanpa mendapat fakta yang benar. “Dengan ini, lagi sekali saya menegaskan kami berpisah pada 18 Januari. Biar saya dan Jejai saja yang tahu punca perpisahan kami. Saya harap Nora lebih berhati-hati dan mendapatkan fakta bukti yang kukuh serta tepat sebelum memberikan kenyataan pada media. Sekiranya dia di pihak benar, tidak perlu dia melatah dan meyakinkan pembaca dengan memberi informasi yang tidak benar,” katanya.

“Sekiranya, keadaan memaksa saya tidak keberatan melampirkan bukti. Kenyataan Nora semalam memaksa saya untuk memberikan penjelasan berserta bukti yang kukuh. “Saya masih menyimpan semua SMS, BB Messenger dan semua senarai panggilan telefon. Ini saya jadikan bukti untuk menegakkan perkara yang benar. Malah ibu saya juga ada menyimpan SMS Jejai pada hari Jejai bertolak ke Jepun.

“Pengurus saya dan pembantu peribadi saya juga masih menyimpan semua SMS Jejai pada mereka. Saya harap ini jelas dan tiada lagi spekulasi selepas ini mengenai perpisahan saya dengan jejai. “Cukuplah pengakuan kami sudah berpisah pada 18 Januari lalu. Biar hanya kami berdua tahu puncanya. Saya tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak. Ingin juga saya jelaskan di sini saya tidak akan melayan sebarang tuduhan atau fitnah tanpa bukti pada masa akan datang.

“Sebelum ini diri saya sering difinah dan ditindas oleh sesetengah pihak tanpa bukti. Jadi kali ini adalah masa untuk saya menegakkan kebenaran diri saya fakta Nora adalah salah,” katanya.


Yang nie plak kat tweeter Fasha..




next picture I dapat dari mygosip




Sources berita & picture from 


So, kalau U all nak bace lagu bende2 nie semua,,boleh ke link kat atas ni yerk,,

Semoga masing bertindaklah secara matang & selesaikan kat luar xpayah nak guna keras2 kat mane medium,, 

masing2 akan jumpa kebahagian disebalik semua masalah nie nnt,,percayalah~

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez