Tuesday, May 24, 2011

Mula2 gemuk... kemudian obes...

hasil nukilan: wafimamakidz at 6:00 PM 0 comments Links to this post
*credit to blog chilun
saya tertarik dengan satu entry di blog cari duit. dulu saya pernah terfikirkan, kenapa makan sikit pun boleh jadi gemuk. pada andaian saya, ini disebabkan kadar metabolisme yang rendah. makan sedikit pun boleh gemuk... makan banyak apatah lagi. saya kongsikan entry dari blog yang saya nyatakan di atas.

Anda mungkin fikir disebabkan pemakanan anda yang kaya dengan lemak menyebabkan anda gemuk. Ini mungkin separuh benar tetapi yang sebetul-betulnya ialah respons badan anda terhadap karbohidrat yang berlebihan menyebabkan badan anda menjadi gemuk sehingga sukar dikawal lagi. Pemakanan yang tinggi dengan gula dan karbohidrat (seperti roti, tepung dan makanan ruji) meningkatkan perembesan hormon insulin dari kelenjar pankreas. Bila paras insulin itu tinggi, makanan yang dimakan lebih mudah ditukarkan menjadi lemak badan dalam bentuk trigliserida. (Paras trigliserida yang tinggi sebenarnya merupakan antara faktor yang penting bagi mendapat penyakit jantung).

alfalfa & herblax untuk usus kita

hasil nukilan: wafimamakidz at 4:00 PM 0 comments Links to this post


sharing dari blog cery.
Sistem penghadaman yang baik adalah asas kepada tubuh yang sihat..Semasa proses pembersihan badan, bahan buangan akan disalurkan kepada 5 organ perkumuhan yang utama untuk dikumuhkan iaitu kulit, buah pinggang, kolon, paru-paru dan hati.. Jika kita berusaha untuk membersihkan badan kita tetapi membiarkan sisa buangan terkumpul dengan banyak di dalam organ perkumuhan tanpa memastikan ia dibuang dengan cara yang sepatutnya, sisa buangan ini pasti akan diserap semula ke dalam sel badan kita..i...Badan yang dibebani dengan kandungan toksin akan menunjukkan simptom-simptom seperti penghadaman yang tidak sempurna, sembelit, kembung perut, kelesuan, berat badan naik, keadaan kulit yang tidak sihat, tekanan mental, tidur yang tidak lena, ruam kulit, sakit tekak, daya tumpuan lemah, sakit kepala, mulut berbau, tahap glukos darah yang tidak seimbang, mukus berlebihan dan badan berbau. Pengamal perubatan semula jadi percaya bahawa simptom-simptom ini menunjukkan tahap toksin dalam badan yang sangat tinggi...

3 barang yang mesti ada di rumah

hasil nukilan: wafimamakidz at 3:00 PM 0 comments Links to this post
salam semua
N3 hari ini berkisar 3 barang yang wajib ada kat rumah Cerry & N, pengasas trial pack shaklee. Jom tengok apa yang dia ada.

Ibu nak kongsikan beberapa produk yang ibu akan pastikan ianya sentiasa ada supaya bila masa kecemasan dan ianya diperlukan, ibu tak kalut di rumah.

waktu yang sesuai untuk makan supplement -pt2

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:49 PM 0 comments Links to this post
*credit to cery"..i nak tanya..bile sepatutnya makan supplemen set B dan ESP tu..."
jadi..persoalan sebenar kat sini ialah....bilakah waktu pengambilan vitamin yang sesuai?Tahukah anda kalau ambil semua sekaligus.. kesannya juga akan berbeza dengan mereka yang mengambil mengikut masa yang disyorkan.. Kenapa?... kerana ada kesan pada kadar penyerapan.. 

The basic rule are:
VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air
VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.
Ostematrix (Kalsium) : Seeloknya diambil sebelum tidur bersama segelas susu
*APA YANG TAK DIGALAKKAN : Elakkan pengambila alfafa bersama vitamin E kerana akan mengganggu penyerapan vitamin E
Berikut adalah jadual pemakanan Vitamin Shaklee yang asas yang saya berikan kepada yang baru nak start mkn supplemen

Wednesday, May 18, 2011

Pengumuman dari Mamakidz untuk rakan2 cyber.

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:14 PM 0 comments Links to this post
Salam semua..

Untuk sementara waktu ini, Mamakidz tidak dapat update N3 kerana network mengalami masalah teknikal.  N3 ini, Mamakidz main cak-cak dengan network.  Ini adalah kerana, kadangkala line ok dan kadangkala line tidak ok.

Walaubagaimanapun Mamakidz cuba jugalah update dari henset utk entri yang simple2 sahaja.  Kalau untuk yang panjang berjela tu...I'm sorry.  Saya ni, bukan pakar bab2 dunia blogger ini, masih kena belajar lagi dengan yang lebih pakar dan arif.

Harap maaf atas kesulitan yang berlaku.  Dengan izin dari Nya, kita akan bersua kembali...

Sunday, May 15, 2011

Semangat abang menolong adiknye

hasil nukilan: wafimamakidz at 4:46 PM 0 comments Links to this post

Gambar ini diambil semasa menemani en.abah memancing di sebuah tasik di Putrajaya. Oleh itu, pelbagai gelagat anak2 tunjukkan.
Sent from my Nokia phone

Monday, May 9, 2011

Tiada alasan untuk menyusukan Si Manja...

hasil nukilan: wafimamakidz at 2:00 PM 0 comments Links to this post









































sumber rujukan: nutriweb

Kebaikan Susu Ibu kepada Si Manja

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:16 PM 0 comments Links to this post
Menggalakkan penghadaman dan
penyerapan nutrien dengan lebih baik
Beberapa bahan biologi di dalam susu ibu menyebabkan
bayi dapat menyerap nutrien dengan berkesan:
• Enzim penghadam lemak membantu penghadaman dan
penyerapan lemak
• Protein pengikat zat besi membantu bayi menyerap
kebanyakan zat besi di dalam susu ibu
• Kandungan laktosa yang tinggi meningkatkan penyerapan
kalsium, magnesium, fosforus dan mineral yang lain

Thursday, May 5, 2011

Kemurungan selepas bersalin - Set C menjadi penawarnya

hasil nukilan: wafimamakidz at 10:05 PM 0 comments Links to this post
Salam semua.....
''Selama sebulan saya mengalami tekanan perasaan. Adakalanya saya menangis, menjerit dan terasa seperti mahu mencederakan diri sendiri'' ujar Wardina Safiyyah Fadlullah
Menurut pakar2, tekanan perasaan selepas bersalin adalah penyakit umum yang dihadapi oleh sebahagian wanita ketika berpantang yang dikenali sebagai kemurungan selepas bersalin atau dalam masyarakat Melayu ia dipanggil sebagai meroyan.

Tips Ekslusif bagi Ibu2 yang menyusui - Adakah anda mahukannya

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:28 PM 0 comments Links to this post
Set penyusuan Shaklee membantu ibu-ibu yang mahu menjayakan misi penyusuan susu ibu mereka. Anda boleh mencuba sama ada SET B ( Basic Breastfeeding), ataupun SET B bersama ESP, ataupun dengan SET TRIPPLE M.
Kepada customers Mamakidz, anda berhak mendapat TIPS EKSLUSIF ini. Sila hantar email kepada saya dengan tajuk “SAYA MAHU TIPS EKSLUSIF ITU”, dan nyatakan nama penuh anda, tarikh terakhir beli dengan saya dan no telefon anda.
Pilihan terletak di tangan anda. Boleh dapatkan free consultations daripada Mamakidz

Wednesday, May 4, 2011

Pict.2 Mamakidz sekeluarga bercuti

hasil nukilan: wafimamakidz at 8:46 PM 0 comments Links to this post

Ini adalah gambar en. hubby, Afiq dan Jr. sedang mengharungi ombak kecil di Taman Negara....

N3 post via nokia

Mamakidz sekeluarga pergi bercuti

hasil nukilan: wafimamakidz at 8:41 PM 0 comments Links to this post

Salam semua....
Semenjak Mamakidz dapat ilmu blogging yang baru iaitu update N3 hanye menggunakan hanset.
Maka, sekarang ini apalagi...keluarlah gambar yang terperap di henset yang mana tak sempat nak dipindahkan ke komputer dan dipostkan di N3.
Gambar ini adalah gambar percutian Mamakidz sekeluarga ke Taman Negara semasa cuti tahun baru cina tahun ini (2011).
Mamakidz sekeluarga telah menaiki sampan panjang mengharungi ombak kecil di Taman Negara. Pengalaman itu amat menyeronokkan....
N3 post via Nokia

Mamakidz dan Jr.

hasil nukilan: wafimamakidz at 6:29 PM 0 comments Links to this post

Salam u all...
Inilah anak Shaklee....nak tahu kenapa Mamakidz berkata demikian? Ini adalah kerana, sejak Mamakidz lahirkan Jr. pelbagai supplemen Mamakidz amalkan utk membanyak susu Mamakidz. Sehinggalah pada satu hari dipendekkan cerita Mamakidz telah terbaca N3 di blog N mengenai Shaklee. Mamakidz mulai dgn mengamal trialpack terlebih dahulu. Ternyata pilihan Mamakidz adalah tepat....

Melaka pun ada monorel

hasil nukilan: wafimamakidz at 3:05 PM 0 comments Links to this post

gambar dihantar via nokia

Pict.2 santai d'melaka cruise

hasil nukilan: wafimamakidz at 2:34 PM 0 comments Links to this post

Linda bertindak sebagai pemandu pelancong kepada mamakidz sekeluarga. Mamakidz memang orang Melaka, tapi...kurang mengenali negeri Melaka kerana Mamakidz membesar di K.L.

Kelas ~ Live Posting Guna Henpon

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:38 PM 0 comments Links to this post
Wah wah ... sejak ada kemudahan menge'post' update menggunakan tepon ... makin malas la pulak aku nak menghapdet aku nyer blog secara manual yer. Ye lah kan ... sekarang kan teknologi dah memacam ... baik ler kita gunakan

Laie pun pakai tepon nih aku rasa senang sket kot. Terutama nak menghapdet menda yang sket² cam nak pie makan² ke, jejalan ke ... menda yang spontan gitu lah. Kalo setakat nak amik gambo guna kamera, pehtu nak load masuk PC, pehtu nak upload kat photobucket ler bagai ... pehtu nak celoteh pok pek pok pek pasal gambo tu plak ... by the time ko nak start type ... idea ko pun ilang ... ko pun terus malas ... simpan je la dalam draft

Mari kita mulakan sesi Tutorial ~ Live Update Guna Henpon
1. Tips untuk pengguna blackberry - send MMS - which address -phone atau email - pilih email
2.  Tips untuk pengguna Nokia - send MMS 
3.  MMS perlu dihantar ke email xxxxxx.blogger.com

Santai d'melaka cruise

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:28 PM 0 comments Links to this post

Potong Kuku Hari Jumaat Sunat Ke?

hasil nukilan: wafimamakidz at 12:32 PM 0 comments Links to this post

potong kuku Potong Kuku Hari Jumaat Sunat Ke?
Memotong kuku termasuk dalam sunnah fitrah. Ini jelas apabila Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
“Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur.” (Riwayat Muslim)

Rahsia Mendapat Anak Soleh

hasil nukilan: wafimamakidz at 12:16 PM 0 comments Links to this post

anak soleh Rahsia Mendapat Anak Soleh
“Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Al Furqan, 74]

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez