Wednesday, November 10, 2010

Teknik Penyusuan & Lekapan yg Betul

hasil nukilan: wafimamakidz at 7:01 PM 0 comments


Today nak story  secara ringkas tentang correct positioning and latching atau dalam Bahasa Melayunye teknik posisi penyusuan dan lekapan yg betul. Sy nak kongsi dengan kawan-kawan semua tentang peri pentingnye posisi penyusuan dan lekapan yg betul kerana ianya merupakan SALAH SATU kunci dan perkara penting yang menentukan keberjayaan (hape ayat nih!) kite semua menyusukan anak dalam tempoh yg lame - 2 years! 

Pada mulanye mamanior juga x tau-menahu tentang posisi menyusu/lekapan yg betul...semasa di hospital dan apabile sampai di rumah sy main taram je nyusukan Jr.. Asalkan die menghisap tu bagi saya dah kire okay la. Untuk pengetahuan U all, sebenarnya Jr. adalah anak mamanior yang no.3. Untuk Kakak (mira) dan Abang (Afiq), mamanior hanya berjaya menyusu takat umur 2bulan sahaja iaitu dalam tempoh berpantang.  Lepas start keje, susu pun hilang (sebenarnya kurang ilmu).  So, apabila mamanior dimaklumkan mamanior mengandungkan Jr.  Mamanior telah bertekad akan belajar cara-cara lekapan yang betul dan posisi penyusuan yang betul.

So, macam biase, i did some research on this issue...dan ape yg sy temui ialah antara KUNCI untuk berjaya menyusukan anak dlm tempoh yg lame ialah mengetahui teknik posisi penyusuan (POSITIONING) dan lekapan (LATCHING) yg betul.

Cara nak pegang baby semasa nak mulakan proses penyusuan :-

-   Pastikan anda duduk dengan selesa. Betul-betul selesa ye....sbb proses menyusukan baby ni ambil masa yg lama (kalau saya 20-minit ke 45 minit)

 Pegang baby rapat2 dan pastikan badan baby menghadap ke arah kite

-  Perut baby kena bersentuhan dengan perut kite (ade skin to skin contact)

-  Kepala, leher dan belakang badan baby kite ampu elok2 and make sure badannye lurus

-  Jangan membongkok coz ini akak menyebabkan kite rase tak selesa and sakit belakang.


Okay, next, cara yg betul untuk melekapkan/latching baby ke payudara untuk disusukan :-

-  Sentuh bibir bayi dan tunggu mulutnye terbuka luas. From my reading, ade teknik nak bagi baby buka mulut luas2. Caranye, kite gesel-geselkan nipple kite kat bahagian atas mulut baby, antara hidung dan mulut. So, baby kite akan mendongak sedikit dan menganga luas-luas untuk dapatkan nipple kite. Seriously it works!

-  Bile baby dah nganga luas-luas kite gerakkan baby ke arah breast kite. Maksudnye, tangan yg mengampu baby td, kite gerakkan untuk tolak kepala baby perlahan-lahan ke arah breast. Bukan kite yg halakan breast ke mulut baby, tapi kepala baby yg harus ditujukan ke breast kite.

-   Bile baby dah start sucking, kite kena make sure yg mulut baby mencakup 2/3 kawasan areola. Setiap orang mempunyai keluasan areola yg berbeza-beza. Ade yg luas dan ade yg x brp luas. Jadi perkara ni subjektif. Kite kena tengok and check sendiri. Maksud sebenar mulut bayi harus melitupi sebahgian besar kawasan areola ialah kite nak memastikan yg baby kite tidak menghisap puting semata-mata. Breasfeeding means "menghisap payudara", BUKAN nipple-feeding atau "menghisap puting".

-  Dan bile kite dah cek dan pasti yg baby dah melekap dgn betul, buat pegangan "C" dgn menggunakan tangan yg lagi satu untuk mengampu payudara. Ini akan membantu untuk melancarkan pengeluaran susu dr breast.

Untuk memastikan baby mmg dah melekap dgn betul, kite cube cek perkara-perkara kat bawah ni :-

Mulut nye terbuka luas
Mulut baby merangkumi sebahagian besar kawasan areola
Dagu baby akan mencecah breast
Mulut atas dan bibir bawah baby tak tertutup/terlangkup ke dalam. Kalau terlangkup ke dalam, kite kena betulkan balik ye...
Pipi baby nampak menggelembung
- Breast nampak penuh dan bulat
We heard the gulping sound...baby akan hisap-telan-hisap-telan susu

Bleh refer video ni ye... 

 

Kalau kite betul2 ikut teknik ni, takkan ade masalah nipple sakit/berdarah, breast still penuh even dah bagi baby nyusu, engorgement (bengkak susu), baby kembung (colic) dsb.

Okay...take ur time to learn this. Remember..breastfeeding is a learning process... =)

(**credit to harlindahalim)


Benarkah wanita kelihatan hodoh selepas melahirkan anak?

hasil nukilan: wafimamakidz at 3:20 PM 0 comments
credit to google
Ada beberapa orang yang ibu kenali tidak mahu mempunyai anak atas alasan berikut:
Nanti aku gemuk bila beranak, badan tak solid dah...
Perut akan buncit...
Nipple akan hitam dan hodoh...
Perut akan penuh dengan stretchmark ...
Pigmentation yang banyak...
Keinginan seks berkurang....
Muka mula nampak tua ....
Buah dada akan lembik dan melayut jika menyusukan anak....
Benarkah ini semua akan terjadi selepas kita melahirkan anak?
Jawapannya: Ya jika kita tidak menjaga pemakanan.

Bagaimana nak mengatasinya?

1. Jika takut gemuk, pastikan si ibu menyusukan anaknya exclusively 6 mths dan lagi bagus sehingga 2 tahun. Penghasilan susuibu itu sendiri akan membantu si ibu membakar kalori dalam badannya. Pengambilan vitamin sekadar cadangan agar badan lebih sihat, pembakaran gula menjadi tenaga, pembakaran lemak melalui pengambilan lecitin dan omega dan membantu dalam mendapatkan metabolisme yang optimum.

2. Bagi mengelakkan perut buncit, pastikan si ibu tidak mengamalkan minuman berais dan jangan sesekali mandi selepas makan. Ini antara faktor yang membantu perut si ibu cepat kelihatan buncit.


3. Nipple pastinya akan sedikit gelap dan kawasan earola akan membesar. Melalui kajian ibu sendiri, lagi ramai anak maka lagi gelaplah kawasan earola tersebut. Bagaimana nak mengatasi? Jika berkemampuan, makanlah vitamin E beserta selenium ...kawasan earola akan pulih seperti sediakala dan warnanya akan kembali asal. Ibu dah lakukan ujian ke atas ramai ibu dan mereka mengakuinya.

4. Perut akan penuh dengan stretchmark jika si ibu tidak menjaga pemakanan. Amalkan memakan buah2 yang tinggi kandungan vitamin C. Vitamin C juga dikenali sebagai vitamin yang membantu menghilangkan selulit disamping protien dan b complex.

5. Pigmentation yang banyak...ada ibu2 yang mengalami pigmentation yang teruk terutama di kawasan muka. Bagaimana nak mengatasinya? Pengambilan vitamin C, Vitamin E beserta selenium dan Protien sangat membantu mengurangkan dan menghilangkan pigmentation jika diamalkan dengan konsisten.

6. Keinginan seks yang berkurang selalunya dikaitkan dengan faktor hormon terutama buat ibu yang menyusu. Semasa penyusuan hormon estrogen yang merundum dan hormon prolaktin akan meningkat maka si ibu akan merasa dingin untuk bersama selain kekeringan. Untuk mengatasinya ialah pengambilan vitamin E beserta selenium di samping pengambilan alfalfa yang konsisten.

7. Muka kelihatan tua dari umur atau ertikata lain kelihatan kusam. Ianya boleh terjadi jika si ibu tidak menjaga pemakanannya. Pemakanan yang seimbang sangat membantu ibu2 mendapatkan semula zat yang telah digunakan sepanjang mengandung dan penyusuan. Jika zat ini tidak diganti dengan sempurna, si ibu akan kelihatan kusam, tidak bermaya, lesu , swing mood dan stress serta akhirnya susuibu akan mula merundum kerana si ibu sendiri tubuhnya tidak sustained dengan kesihatan yang sering terganggu.

8. Buah dada akan lembik dan melayut... ini akan terjadi apabila pemakaian coli yang tidak menampung bentuk buah dada itu sendiri selain pemakanan yang tidak seimbang. Makanan yang mengandungi kandungan protien yang baik membantu mendapatkan keanjalan buah dada serta pengambilan alfalfa membantu mencantikkan bentuk buah dada itu sendiri. Namun ini tidak akan berlaku ke atas lelaki yang mengamalkan pengambilan alfalfa.

dan akhirkata:
Melahirkan anak adalah satu tuntutan dalam agama kerana meramaikan umat... dan mendapat pahala meramaikan umat nabi Muhammad. Kecantikan itu bersifat subjektif namun kita boleh berusaha ke arah kecantikan. Bak kata orang kecantikan adalah milik setiap insan.
(**Credit to N**)

Daku dan PhotoScape

hasil nukilan: wafimamakidz at 12:43 PM 0 comments
Hasil kreativiti mamanior selepas menggunakan PhotoScape
Inilah hasilnye jika kite tak tahu@tiada ilmu bile berkongsi dengan orang yang arif (iaitu kak mieja dari memorisusuan).  Ia nampak lebih kemas. Nanti nak belajar buat watermark pulak. Tunggu ye...

Ternyata sebelum (seperti dibawah) dan selepas banyak perbezaannya.  Terima kak mieja, kerana sudi mengajar mamanior yang baru belajar berblog

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez