Tuesday, April 19, 2011

Dana Kecemasan..... Pt. 1

hasil nukilan: wafimamakidz at 10:02 AM











sumber rujukan: Utusan Malaysia, isnin 18 April  2011
Apakah yang dimaksudkan "Dana Kecemasan"?


"Dana Kecemasan" biasanya adalah satu dana yang anda cipta untuk membayar perbelanjaan diluar jangkaan.  Sebagai contoh:

  • Tayar-tayar kereta anda perlu ditukar dengan yang baru
  • Rumah anda penuh dengan anai-anai dan memerlukan rawatan
  • Anak anda mempunyai masalah apendiks dan memerlukan pembedahan
  • Gigi geraham anda perlu dicabut
  • Tiba2 syarikat anda bankrap
Senarai ini boleh berterusan panjangnya dan anda mungkin tidak mengalami hanya satu daripadanya, tetapi kesemuanya serentak.

Mengapa saya perlu ada "Dana Kecemasan"?

Pepatah yang dipetik dari kata2 Forrest Cump didalam filemnya "Hidup ini seperti sekotak coklat...anda tidak akan tahu apa yang anda akan dapat!"

Maksudnya; kehidupan setiap orang mempunyai turun naiknya.  Kadangkala hari cerah dan kadangkala hari hujan.  Apabila anda menyimpan untuk waktu kecemasan anda melindungi diri anda dan keluarga anda.  Anda bersedia untuk situasi-situasi yang tidak diduga, pada waktu itulah  anda memerlukan lonjakan tambahan "vitamin M" (duit kecemasan).

Jika tidak mempunyai duit simpanan, amat mudah untuk kita terperangkap dalam hutang (hutang kad kredit dan "Ahlong")

0 comments:

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez