Thursday, March 3, 2011

Teknik lekapan dan penyusuan susu ibu

hasil nukilan: wafimamakidz at 6:48 PM 2 comments
Cara Merangsang Bayi Memulakan Penyusuan:
  1. Dukung bayi dalam posisi yang selesa (rujuk posisi penyusuan ibu)
  2. Sentuh pipi bayi agar dia berpaling pada payudara ibu
  3. Sentuh bibir bayi dengan puting payudara agar dia mula membuka mulutnya dengan luas
  4. Gerakkan badan bayi ke arah payudara ibu
  5. Pastikan mulut bayi merangkum sebahagian besar kawasan areola payudara
  6. Pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit bahagian bawah payudara ibu






















Cara Mengampu Payudara:
  1. Ampu payudara dalam keadaan Pegangan "C" (C-hold
  2. Ibu jari berada di atas payudara manakala jari-jari lain mengampu bahagian bawah payudara
  3. Ampu dengan lembut, jangan memicit atau menekan payudara dengan kuat dalam keadaan ini




















Teknik Lekapan Bayi:
  1. Mulut bayi terbuka luas
  2. Dagu bayi memcecah payudara
  3. Bibir atas dan bawah melengkup keluar
  4. Mulut bayi merangkum sebahagian besar kawasan areola
  5. Pipi bayi menggelembung
  6. Ada nada hisapan glup..glup..  hisap-telan-hisap-telan
Teknik lekapan dan penyusuan yang betul adalah penting kerana:
  1. untuk mengelak kesakitan, luka atau melecet pada puting payudara ibu
  2. memastikan bayi mendapat susu secukupnya dalam keadaan tenang
  3. mengelakkan bayi meragam, putus asa dan keletihan
  4. mengelakkan bengkak payudara ibu
Adaptasi daripada Booklet Penyusuan Susu Ibu, PPUM
Sumber gambar: Le Leche League International

credit to http://www.momschoice.com.my/blog/?p=152

127 Hours

hasil nukilan: wafimamakidz at 2:18 PM 0 comments
FILEM: 127 Hours
ARAHAN: Danny Boyle
PELAKON: James Franco, Kate Mara, Amber Tamblyn dan Sean Bott
GENRE: Drama Thriller
TAYANGAN: 17 Februari 2011
ULASAN: Amirul Haswendy Ashari (harian metro)
Sinopsis 127 Hours
127 Hours ialah kisah benar Aron Ralston yang berjuang untuk menyelamatkan diri selepas jatuh di celah batuan. Lebih parah, tangan kanannya dihempap batu, lantas menyebabkan dia terperangkap di lembah terpinggir di Utah.


Detik2 cemas tangan Aron tersepit di celah batu




Detik2 cemas
Selama lima hari, Ralston melihat kembali kehidupan yang pernah dilaluinya selama ini yang akhirnya membuka ruang kepada hati dan semangatnya untuk terus bertahan dalam situasi getir itu.

Bagi penulis, filem ini sememangnya mempunyai tarikan moden kontemporari sendiri dan wajar ditonton oleh mereka yang masih mencari ruang kehidupan sebagai pembakar semangat untuk jangan berputus asa, biarpun nyawa di hujung jari.



Beberapa babak seperti ketika Aron terpaksa minum air kencing untuk kelangsungan hidup selama empat hari di lembah kering kontang itu dan memotong tangan sendiri tampak realistik hinggakan penulis sendiri rasa mual (jangankan penulis mamakidz sendiri pun rasa mual). Pun begitu ia adalah satu kelebihan kerana berjaya membawa perasaan itu kepada penonton.


sumber rujukan:http://ceritadimataku.blogspot.com/2011/02/127-hours.html


moral of the story: Cerita ini adalah kisa benar yang berlaku pada diri Aron sendiri.  Mamakidz dan keluarga telah menyaksikan cerita ini.  Bagi diri mereka yang sukan cerita aksi, cerita ini memang best (walaupun ia hanya berkisar tentang diri Aron dan keadaan sekeliling).  Saat yang menyayat hati dan mengerikan bagi mamakidz ialah semasa beliau nak mencabutkan tangannya dari tersepit celah batu.  Percayalah...,tengok jangan tak tengok

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez