Thursday, February 10, 2011

Babywearing

hasil nukilan: wafimamakidz at 5:15 PM 0 comments

Very crafty...

hasil nukilan: wafimamakidz at 5:13 PM 0 comments
credit to http://www.mamaiscomic.com/very-crafty-mamas-read-this/

Posisi penyusuan bagi kaum ibu yang menyusukan

hasil nukilan: wafimamakidz at 12:36 PM 0 comments
Hari ni mamakidz akan menerangkan tentang posisi-posisi penyusuan. Ada pelbagai posisi yg boleh kita aplikasikan mengikut KEADAAN &KESELESAAN kite. Mengikut KEADAAN maksudnya di mana kita sedang berada (rumah, shopping mall, kenduri kawen etc) dan KESELESAAN maksudnya posisi bagaimanakah kita rasa lebih mudah, selesa dan tidak memenatkan  atau menyakitkan mana-mana bahagian badan kita seperti terpaksa membongkok, menyenget dsb.

Secara asasnya, terdapat 5 posisi yang lazim di praktikkan oleh mommies yg menyusukan baby. Di sini mamamkidz sertakan ilustrasi bergambar untuk memudahkan pemahaman kawan-kawan sekelian...

Ok..disini mamakidz ingin terangkan sikit tentang posisi-posisi di atas mengikut pengalaman mamakidz sendiri semasa menyusukan Junior (masih menyusu hingga sekarang.  Umur Jr. sekarang 1thn 6bln).  Pengalaman menyusu pada Mira (kakak) dan Afiq (abang), hanya bertahan hingga 2bulan sahaja.  

Hingga sekarang mamakidz terasa ralat kerana kurangnya ilmu pengetahuan terhadap penyusuan susu ibu.  Itulah tujuan mamakidz wujudkan blog ini, agar boleh berkongsi info pada yang sudi, walaupun kadang-kala mamakidz terpaksa copy+paste daripada blog orang lain. 

1) Cradle hold / mendukung
CRADLE HOLD
This is the the most common way of holding your baby while nursing. Kira bagi saya cara ni adalah cara paling natural seseorang ibu akan pegang baby utk disusukan. Sebab apa saya kata natural ialah masa 1st time saya susukan Junior, tanpa perlu diajar saya terus angkat dia and pegang dia cara ni. Tapi nurse kat hospital tu ada la jugak la betul-betulkan sikit cara saya dukung Jr. supaya lebih selamat dan selesa. Dan cara ni saya praktikkan di dalam hampir kesemua keadaan samada saya di rumah, shopping mall, kenduri, umah sedara dan lain2 tempat. In terms of keselesaan --> SANGAT SELESA


2) Cross cradle hold / Mendukung bersilang


CROSS CRADLE HOLD
Posisi ni plak saya belajar melalui buku. Saya cuba praktikkan semasa di dalam pantang. Tetapi kadang-kadang je buat sebab lebih selesa dgn cara cradle hold. Posisi ini sesuai untuk ibu-ibu yg mempunyai saiz payudara yg agak besar ye. Tapi yg "agak kecil" pon bleh gak...

3) Football hold / mendakap

FOOTBALL HOLD
Yg ni pun pernah jugak cuba buat. Tapi agak sukar tanpa bantuan nursing pillow/bantal menyusu. Sebab kite kena alas baby dengan bantal yg diletakkan di bahagian tepi badan/bawah ketiak kite supaya baby berada sama level dengan breast. And then kita kene kepit badan baby kat bawah ketiak, pegang kepalanya and halakan mulutnye ke breast. Teknik ini sesuai dipraktikkan oleh ibu-ibu yg melahirkan baby secara caeserian untuk mengelakkan bahagian perut tidak tertekan oleh berat baby.

4) Lying down/ berbaring

LYING DOWN
Haa... mommies, ini adalah mamakidz FAVOURITE POSITION! Boleh kata sepanjang berada di rumah, saya akan susukan Jr. dgn posisi ini. Sangat selesa! Benefitnye kite menyusukan baby cara ni ialah kite boleh co-sleep atau berehat sekali dgn baby. Tambahan pula, selepas balik kerja, saya akan mandi, solat dan tidurkan Jr. terlebih dahulu sebelum melakukan house chores yg lain. So, saya akan susukan die sambil co-sleep dgn dia dan bangun semula apabila Jr. dah tidur nyenyak, kekadang tu tidur sekali..... 

5) Tandem
TANDEM
This one is applicable for mommies yg ada twins or mommies yang ada toddler yg masih menyusu dan bayi yg baru lahir. Sorry, mamakidz tiada pengalaman penyusuan secara tandem.

Kesimpulannya para mommies boleh mencuba kesemua position dan cuba kenal pasti posisi yang mana paling selesa dan mudah untuk diaplikasikan mengikut keadaan, tempat dan keselesaan. Samada kita menyusukan si manja kita di rumah atau di tempat awam tidak akan menjadi masalah. Jikalau kita berada di tempat-tempat awam spt shopping mall atau di kenduri-kendara sbg contoh, boleh pergi ke nursing room yg disediakan atau tumpang aje bilik-bilik yg ada. Kalau mahu lebih senang dan stylish, boleh gunakan nursing cover (blogshop mamakidz ada menjualnya). 

Bestkan jadi mommies alaf baru ni? Kesimpulannya, HENDAK 1,000 DAYA, TAK HENDAK 1,000 DALIH. Tiada lagi alasan bagi ibu-ibu zaman sekarang untuk tidak menyusui anak sendiri.... 

Moral of the story: Hendak 1,000 daya, tak hendak 1,000 dalih, tepuk dada, tanye selera

Gambar ihsan dari  www.babycenter.com
credit to harlindahalim

Kurus bersama Shaklee

hasil nukilan: wafimamakidz at 11:02 AM 2 comments
Sumber asal: blog hanisamin

Testimonia hanisamin (Pt.1)

Assalamualaikum…
Saya tidak pasti sama ada kenyataan di atas benar atau tidak tetapi saya hilang 3kg sejak makan shaklee! Selepas habis pantang saya tidak berharap berat saya akan turun walaupun saya memang mahu menghilang lemak-lemak degil yang ada pada badan. Saya naik 20++kg semasa mengandung, selepas melahirkan saya hilang 10kg dan semasa dalam pantang saya hilang 5kg. jadi saya perlu buang lagi 5++kg lagi.
Orang kata breastfeeding boleh membantu menguruskan badan. Mungkin itu juga salah satu faktor. menyusukan anak menjadi cepat lapar tetapi saya makan seadanya. saya masih makan nasi separuh kerana dah cukup mengenyangkan tetapi kalau diberi nasi penuh pun saya boleh habiskan. tongue
Selepas pantang hampir setiap hari saya timbang untuk check sama ada berat saya turun atau tidak. tetapi cuma +-1kg. kadang-kadang kurang kadang-kadang bertambah. (saya memang susah nak kurangkan berat badan). akhirnya saya malas nak timbang dah. tapi still pakai bengkung moden untuk memastikan perut tak buncit semasa di pejabat dan kadang-kadang waktu malam (kalau ingat la. )
Isnin lepas, sempena Muadz genap 3 bulan 
dan ramai kata saya nampak kurus
saya cuba timbang dan mengejutkan. Saya kurang 3kg dari bulan sebelumnya. Mungkinkah sebab shaklee? wallahua’lam. mungkin alfalfa yang mengandungi klorofil tu menyebabkan badan mudah lawas. dan kalau tak silap ada baca vitamin yang meningkatkan metabolisme. tak ingat yang mana satu. mungkin juga sebab itu.
tapi pemakanan pun mestilah kena jaga, jangan makan lewat malam. Saya amalkan makan malam sebelum jam 8. selain tu, banyak makan sayur, banyak minum air dan berhenti makan sebelum kenyang sampai tak larat bergerak.
Rasanya semua orang pun tahu, lepas melahirkan akan sembelit. Selepas pantang saya masih sembelit walaupun tidak terlampau teruk. Tetapi lama kelamaan saya perasaan, saya makin mudah lawas. Hari ni alhamdulillah, saya dapat membuang dengan mudahnya. (ops…sorry kalau ada yang geli ye.)
Patutlah hari tu suami saya kata dia sakit perut, ada sekali tu dalam sehari ada 4 kali dia membuang. agaknya sebab dia memang jenis lawas jadi terlebih lawas. tapi dia kata biasa je bukan macam cirit-birit pun. sekarang dah ok. mungkin sebab badan dah adjust kot untuk buang apa-apa yang tak patut dalam badan. ini cuma pendapat saya ye. tiada info dari shaklee atau shaklee distributor.

Testimonia hanisamin (Pt.2)

Assalamualaikum..
Ada yang dah tahu gambar kami (saya & Muadz) masuk dalam majalah Pa&Ma Feb 2011?

cover Pa&Ma Feb 2011
Ini gambarnya..

Muadz berusia 1 hari
tembamkan? hubby siap kata pipi sama tinggi dengan hidung. Tapi sekarang…

Muadz 9 bulan
Apa rahsianya? Selain menyusukan dengan susu ibu sepenuhnya, saya percaya Shaklee turut membantu. Ingat entry saya yang ini?
Jujurnya, sebelum mengandung berat saya 55kg. Check-up saya yang terakhir iaitu sebulan sebelum bersalin, berat saya 75kg. hohoho. Banyak betul saya naik kan. Masa nak bersalin tu agaknya berat saya naik lagi. Selepas melahirkan berat saya cuma kurang 10kg. Maka berat saya 65kg dan selepas pantang alhamdulillah, berat saya turun ke 60kg. Tapi selepas tu memang susah nak turun.
saya memang jenis yang agak sukar turun berat badan. Sehinggalah saya ambil Shaklee. Perubahan yang saya dapat selain susu bertambah dari segi kuantiti dan bertambah pekat, sistem perkumuhan saya juga semakin lawas. Daripada 2 biji alfalfa sehari saya naikkan ke 4 biji sehari kerana susu sedikit kurang.
Sekarang saya ambil 4 biji alfalfa sehari dan membuang 2-3 kali sehari. Tapi bukan sakit perut yang memulas. Saya juga makan tak berhenti sampai orang meja sebelah asyik tanya, tak breakfast ke tadi? tak lunch ke tadi? huhu.
Cuba teka berat saya berapa sekarang? Kalau timbang di pagi hari selepas mandi, berat saya 52kg. Jika timbang di malam hari sebelum tidur berat saya 53kg. Ada yang kata ibu yang menyusu anak terutama pada 6 bulan pertama memang mudah turun berat badan.
Alhamdulillah, kini Muadz dah pun 9 bulan tapi berat saya masih maintain lingkungan itu. Sebelum ni risau sebab ramai yang terkejut saya terlalu kurus. Risau adakah muka saya kusam dan macam tak cukup makan? rupanya sebab saya lebih kurus dari masa saya belajar dulu. Tapi alhamdulillah, masih healthy. Mungkin saya perlu ambil Vit E supaya muka saya nampak lebih healthy.   winking
Apa yang saya ambil? Saya cuma ambil Set B+ESP+Ostematrix.

Jika mommies berminat hantar je SMS di no. 012-9066653 atau emailkan aje di p3zaf5y@gmail.com.my

Moral of the story:  Siapa yang tak ingin kuruskan badan kan....so, jom mommies kite follow cara hanisamin.  Jom kurus bersama Shaklee...

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez