Blog ini bukannye, mengambarkan mama pilih kasih kepada putera dan puteri mama, tetapi mama nak mengabadikan yang selama ini sepatutnya mama lakukan.
Kerana Junior, mama mula mengenali ASI, babywearing dan Shaklee. Walaupun mama dah mempunyai seorang puteri(sulong), dua orang putera (no. 2 dan no.3). Tetapi mama rasakan masih belum terlambat untuk mama mengenali ketiga-tiga perkara tersebut. Malah mama berasa bangga.
Kenapa terciptanya nama Junior. Ini adalah kerana putera mama yang nombor dua masih mahu dipanggil adik. So, sicilik kenalah mengalah.
Berbalik pada kisah Junior. Kehadiran Junior pada 03hb Ogos 2009 (bersempena bulan susu ibu), telah menyebabkan mama bertekad untuk menyusuinya selagi dia inginkannye. Pada mulanya mama ingatkan, mama tidak akan berjaya menempohi tempoh 6 enam pertama, tetapi dengan keizinan dariNya, mama berjaya.
Diteruskan lagi hingga setahun, dengan izinNya mama berjaya lagi. So, sekarang mama tekad sehingga 2 tahun atau selagi Junior mahu minum susu mama, maka mama harus teruskan perjuagan.
Ok, hingga bersua lagi. Nanti mama akan cerite pula macammana mama hadapi saat-saat Junior tumbuh gigi pulak. Bukannya apa pelbagai mitos yang mama dengari. Tetapi bila mama sendiri menghadapinya, ternyata ia hanyalah donggenggan sahaja. Tunggu...