S : Saya keliru kerana akan kembali bekerja tidak lama lagi. Ibu dan kakak menasihati saya memberikan susu formula. Jauh di sudut hati, saya ingin terus menyusukan anak sehingga 6 bulan atau lebih. Apa yang boleh saya lakukan agar boleh berterusan memberi bayi hanya susu ibu?
Azizah, Banting, Selangor
Azizah, Banting, Selangor
J : Berkerjaya bukan faktor penghalang anda meneruskan penyusuan ibu.Penyusuan susu ibu adalah proses yang perlu dipelajari oleh ibu dan bayi. Persediaan paling penting ialah menimba sebanyak mungkin pengetahuan. Jadi, anda mampu untuk mempraktikkan kemahiran dan teknik yang betul. Kuncinya ialah menghadiri kelas persediaan penyusuan! Berikut ialah beberapa panduan yang dapat membantu anda apabila mula kembali bekerja.
1. Buat persediaan sebelum kembali bekerja seperti mengumpul stok susu ibu perahan, melatih pengasuh memberikan susu ibu perahan selain mengajarnya melayan anak anda dan lain-lain. Anda boleh rujuk kepada laman web berikut: http:// www.breastfeeding.asn.au/bfinfo/caregivers.html untuk mendapatkan panduan untuk pengasuh menjaga bayi yang menyusu susu ibu.
2. Pastikan anda mempunyai simpanan susu ibu perahan mencukupi.
3. Usah memberi tekanan pada diri dan jangan lupa dapatkan rehat walaupun sekejap.
4. Pemakanan harus berkhasiat dan seimbang serta minum secukupnya.
5. Bangun 30 minit lebih awal dan susukan bayi walaupun dia separa tidur.
6. Bersarapan pagi yang baik dan susukan bayi sejurus sebelum ke tempat kerja. Ini akan melegakan keresahan untuk berpisah dengan bayi.
7.Bagi memastikan bayi tidak terlalu kenyang ketika pulang ke rumah, minta pengasuh memberi susu ibu dalam kuantiti yang sedikit sebelum anda mengambilnya. Ketika tiba di rumah, payu dara mungkin penuh dan anda bolehlah menyusukan bayi dengan segera.
8. Susukan bayi dalam 1 jam pertama setelah kembali ke rumah. Susukannya secara terus di payu dara akan memberikan anda ketenangan dan mengurangkan sebarang stres. Saya nasihatkan, urus diri dahulu, tukar pakaian, mandi dan makan sebelum menyusukan bayi kerana dia mungkin akan “memerap” dengan anda untuk seketika.
9. Dalam beberapa minggu pertama bekerja, anda mungkin perlu memerah dengan kerap. Setelah beberapa hari, payu dara akan menyesuaikan diri dengan jadual baru dan anda akan berasa lebih selesa. Anda mungkin hanya perlu memerah 2 kali ketika bekerja (10 pagi dan 2 petang atau ketika waktu makan tengah hari).
10. Jangan sesekali tidak memerah lebih daripada 3 – 4 jam. Ia boleh mengakibatkan bengkak susu. Urut perlahan sambil mengepam
agar anda lebih selesa.
11. Jika payu dara bocor secara tiba-tiba, beri tekanan pada puting menggunakan tapak tangan selama 1 minit. Melipat lengan anda di payu dara turut membantu menghentikan kebocoran. Gunakan pelapik payu dara di dalam coli untuk menyerap sebarang kebocoran, jika perlu.
12. Pastikan payu dara dikosongkan dengan efektif setiap sesi pemerahan atau penyusuan agar penghasilan susu optimum. Pengosongan payu dara yang efektif memberi signal “permintaan” yang betul kepada otak supaya lebih banyak susu dihasilkan. Penghasilan susu bergantung pada permintaan bayi, amalan dan teknik penyusuan yang betul, BUKAN kepada sebarang produk atau pemakanan tertentu. Anda tidak perlu meminum “susu khas” ataupun “produk khas” untuk menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti.
13. Jika boleh elakkan pemberian susu ibu perahan menggunakan botol kerana ia boleh menjejaskan penyusuan susu ibu. Cara bayi menghisap dari botol dan payu dara sangat berbeza!
14. Setiap cabaran penyusuan yang dihadapi pasti ada penyelesaian jika anda meminta bantuan segera daripada kaunselor atau
perunding laktasi bertauliah.

sumber rujukan:duniasusuibu,majalah pa&ma
0 comments:
Post a Comment