Dana kecemasan anda patut disimpan dalam satu akaun yang senang untuk anda keluarkan dalam waktu-waktu kecemasan. namun ia tidak patu menjadi terlalu senang untuk kita menggunakannya dengan sesuka hati kita.
Kita mungkin memilih untuk membuka Akaun Simpanan dengan kad ATM. Alternatifnya, kita juga boleh memilih untuk melabur sebahagian darinya kedalam mana2 dana Amanah Saham Kerajaan.
Ingatlah: Abila kita mendapat pendapatan, ingat untuk membayar diri kita sendiri terlebih dahulu. Cara yang paling mudah ialah berdaftar dengan skim potongan gaji. Kita mesti membuat satu ketetapan bahawa akaun ini adalah untuk kecemasan sahaja dan seboleh yang mungkin, kita tidak akan menggunakannya utk tujuan lain.
Bagaimana saya boleh tahu bila " Dana Kecemasan" dapat digunakan?
Soalan2 ini mungkin boleh membantu kita dalam menetapkan beberapa syarat:
- Adakah perbelanjaan ini satu keperluan atau kehendak
- Adakah saya benar2 perlu membelinya hari ini?
- Apa yang akan berlaku jika saya tidak membelanjakannya sekarang?
- Bolehkah saya mendapat pengganti yang lebih murah?
- Adakah cara lain untuk saya membayar perbelanjaan ini tanpa perlu berhutang?
- Jika saya menggunakan duit ini hari ini bagaimana perasaan saya tentang keputusan saya ini pada bulan hadapan?
Moral of the story: pada pendapat Mamakidz, N3 ini amat berguna sekali. Oleh sebab itulah, Mamakidz meletakkan N3 ini di blog. Ingatlah ini adalah" Dana Kecemasan" kita dan jika ia bukan kecemasan, kita tidak akan menyentuhnya! Tiada alasan!... Selain dari itu, kite boleh juga membuat satu dana lain yang dipanggil "Dana untuk Enjoy". Bukan apa, diri kita dan keluarga juga perlu enjoy utk merelease semua tekanan yang bersarang di kepala kita. Ini hanya pendapat Mamakidz saja....
0 comments:
Post a Comment