Thursday, November 10, 2011

Ibu kini dalam kenangan

hasil nukilan: wafimamakidz at 4:30 PM 0 comments
Al-fatihah utk arwah Ibu 

 
Kemana Mamakidz menghilang selama ini ???  Untuk pengetahuan kalian, Mamakidz masih dalam mood berkabung atas pemergian Ibu Mamakidz.  Mesti kalian masih ingat N3 sebelum ini, Mamakidz pernah melaporkan yang Ibu Mamakidz tidak sihat dan telah dimasukkan kedalam wad di HUKM.

Pada tarikh 26hb Oktober 2011 bersamaan 28 Zulkaedah 1432 (Rabu) jam 12.30am adalah satu tarikh dan masa keramat yang akan Mamakidz ingat hingga ke akhir hayat.

Episod titik permulaan sejarah ini bermula pada tarikh 25hb Oktober 2011, Mamakidz telah diamanahkan oleh adik bongsu Mamakidz untuk menjaga Ayah di rumahnya.  Kerana menurut beliau, doktor telah meminta seorang waris untuk menunggu sepanjang arwah Ibu nak melakukan dialisis.  Memandangkan perjalanan Mamakidz dari Bangi ke KL agak jauh dan sementara menunggu ketibaan Mamakidz, maka Mamakidz telah meminta adik-adik yang duduk sekitar KL pergi menemankan Ayah.

Kebiasaannya En. Hubby menggunakan laluan lebuhraya Kajang atau Bangi untuk pergi ke K.L, tetapi nak dijadikan cerita pada hari tersebut En. Hubby telah menggunakan laluan Cheras yang menuju ke HUKM.  Di sepanjang perjalanan En. Hubby telah bertanya kepada Mamakidz, kenapa Mamakidz tidak memaklumkan yang beliau sudah tersilap jalan.  En. Hubby membebel kerana perjalanan itu menjadi jauh untuk menuju ke K.L.  Mamakidz hanya berdiam diri sahaja kerana tidak ingin memanjangkan cerita kerana nanti akan timbul pula pergaduhan.

Ketika itu juga, handphone Mamakidz berdering, hati Mamakidz tidak kerauan.  Ia adalah panggilan dari adik bongsu Mamakidz (Arul).  Beliau telah memaklumkan bahawa doktor telah meminta seluruh ahli keluarga datang dengan kadar segera.  Rupa-rupanya, itu adalah petunjuk dari Allah, kerana Mamakidz pernah berdoa agar walaupun Mamakidz duduk jauh di Bangi, Mamakidz tak nak orang yang terakhir menerima berita atau terakhir berjumpa dgn Arwah Ibu.  Akhirnya doa Mamakidz dimakbul oleh yang Maha Esa.

Sebaik sahaja sampai di wad ICU HUKM, Arul telah meminta Mamakidz dan En.hubby masuk secara bergilir untuk melihat arwah Ibu.  Mamakidz ada merisik-risik pada Ketua Jururawat, tetapi beliau tidak berkata apa-apa dan meminta bersabar sementara menunggu penerangan dari Doktor yang merawat arwah Ibu.

Doktor telah memaklumkan melihat keadaan arwah Ibu yang tidak berapa stabil, beliau telah memaklumkan bahawa beliau mesti berjumpa dengan seluruh ahli keluarga dengan kadar segera.  Secara pantas, Mamakidz dan Arul telah membuat panggilan kepada mereka.  Sebaik sahaja mereka sampai, maka Doktor telah meminta kami semua berkumpul di satu bilik khas dan perlu bertenang.

Doktor telah memaklumkan bahawa dialisisi tidak sempat dilakukan pada arwah Ibu kerana, secara tiba2 tekanan darah arwah Ibu menjadi rendah, maka demi mengelakkan arwah Ibu terkena strok, maka katil di bahagian kepala ibu direndahkan dan di bahagaian kaki beliau pula  dinaikkan.  Tetapi selalin dari itu, Doktor juga telah memaklumkan Ibu sah terkena jangkitan tibi semasa beliau koma.  Demi menyelamat nyawa arwah Ibu, beliau telah membuat keputusan memberi suntikan tibi kepada arwah ibu.  Kami semua terkejut, kerana setahu kami, arwah Ibu tidak pernah mengidap penyakit tibi.  Tetapi, Doktor telah memaklumkan arwah Ibu senang terkena penyakit tibi kerana, beliau adalah pengidap kencing manis. Doktor telah menerangkan, jika seseorang itu telah ada penyakit kencing manis, maka secara tidak langsung imune di dalam badan menjadi kurang.

Semasa sepanjang arwah Ibu ditempatkan di wad ICU, beliau telah terkena demam panas yang agak tinggi iaitu sekitar 38.6 darjah celcius sehingga 40.6 darjah celcius.  Sepanjang tempoh tersebut, pihak hospital telah memandikan arwah Ibu dengan air ais dan selimutkan selimut ais, tetapi ia tidak menunjukkan sebarang perubahan yang positif.

Berbalik kepada cerita yang asal, apabila Doktor telah memaklumkan beliau telah memberi suntikan tibi kepada arwah Ibu, beliau telah memaklumkan beberapa risiko iaitu hati dan buah pinggang arwah akan rosak.  Oleh itu peratusan utk arwah segar seperti sediakala adalah tipis.  Doktor telah memaklumkana bahawa peratusan utk arwah Ibu adalah 70:30 peratus.  Maka jika arwah ditakdirkan tiada, beliau tidak akan meminta izin ahli keluarga tapi beliau akan bertindak mengikut rasional beliau.

Kami semua akur tanpa bantahan, kerana kami semua telahpun redha kerana arwah ibu telah puas menanggung pelbagai penyakit sebelum ini.  Maka kami semua telah membuat Solat Hajat dan membaca Yassin, agar menentukan keputusan yang terbaik utk arwah Ibu.  Ayah pernah memaklumkan sebelum ini lagi beliau telah membaca Yassin 41untuk arwah Ibu.  Tujuan kami sekeluarga adalah tidak bermaksud apa2 tapi Jika arwah ditakdirkan sihat, maka sihatkanlah arwah Ibu.  Tetapi jika arwah Ibu ditakdirkan pergi, pergilah dengan tenang.  Maka, tepat 26hb Oktober bersamaan 28 Zulkaedah 1432 pada jam 12.30am, Doktor telah memakluma arwah Ibu telah tiada lagi.  Bertapa sayu hati kami semua kerana, kini tiada lagi kasih dan belaian dari insan bergelar Ibu.  AL-FATIHAH utk BASIAH BINTI ABU.

Kesinambungan dari itu, tahun ini adalah tahun pertama kami sekeluarga menyambut Hari Raya AidilAdha tanpa arwah Ibu.  Hari raya tahun ini disambut dalam keadaan sederhana sahaja.

Semoga roh arwah Ibu ditempatkan di kalangan orang yang solehah. Amin

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez