Thursday, December 30, 2010

Tahniah Malaysia @ Piala Suzuki AFF

hasil nukilan: wafimamakidz at 3:34 PM 2 comments Links to this post
Semua surat khabar memaparkan  kejuaraan Malaysia kerana berjaya membawa pulang piala suzuki AFF selepas berjaya menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta pada tarikh 29hb Disember 2010.

Setelah 14 tahun, menunggu untuk muncul sebagai negara keempat merebut kejuaraan itu selepas Thailand, Singapura dan Vietnam, tahun 2010 adalah tahun penuh bersejarah bagi ngara Malaysia.  Ini adalah hadiah sebagai penutup tirai 2010.

Oleh kerana itu, Pendana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak teragak-agak mengisytiharkan pada hari Jumaat ini (31/12/10) adalah cuti umum utnuk meraikan kemenangan tersebut.

Moral of the story: Mujur 1-2 kalau 4-0, mau cuti umum 4hari kan...

Tuesday, December 28, 2010

Mamakidz bukan lagi Mamanior

hasil nukilan: wafimamakidz at 2:13 PM 0 comments Links to this post
Mulai sekarang saya ingin dikenali sebagai mamakidz bukan lagi mamanior.  Ini adalah kerana bagi mengelakkan pilih kasih diantara anak-anak mamakidz.

Pada pandangan dan pendapat mamakidz ini adalah biasa, tetapi apabila diamaati betullah pendapat hubby mamakidz, iaitu ia mengambarkan seolah-olah mamakidz lebih cenderung dan fokus kepada jr.@nior sahaja.

P/S:  Mama minta maaf padamu Miera dan Afiq.  Mama tidak berniat ingin meminggirkan kalian.  Masakan mama boleh lupakan yang mama telah membawa kandungan mama selama 9bulan.  Ini mungkin disebabkan mama terlalu excited ingin berceritakan pengalaman dan pengembaraan mama dalam bidang penyusuan ibu, menggunakan produk nursing dan supplement shaklee.  Yang mana sebelum ini mama tidak pernah ambil tahu.  Malahan mama telah membesarkan kalian dengan susu formula.  Sekali lagi anak-anak mama, maafkan mama...

Tak kenal maka tak cinta....

hasil nukilan: wafimamakidz at 2:01 PM 0 comments Links to this post
Mama ambil petikan inti dari blog N (Credit to N)


Ini email dari seorang ibu yang menyusukan anaknya :

Saya mendapat tahu pasal vitamin Shaklee dari kawan tempat kerja saya. Saya cuba google dan terjumpa blog akak. Saya seorang ibu yang menyusukan anak dan anak saya berumur 3 bulan. Saya baru start kerja dan saya rasa penat dan keletihan saya buatkan saya tak mampu nak buat kerja rumah selepas balik dari kerja. Saya pernah amik vitamin dulu itupun masa mengandung sahaja namun bila sekarang ramai yang sibuk cerita pasal vitamin, saya rasa tertarik nak cuba. Soalannya :

1. Benarkah Shaklee ini berkesan untuk penyusuan?

2. Adakah ianya selamat, halal dan mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia?

3. Adakah trial pack masih ada untuk saya cuba dahulu?

4. Bolehkah saya membeli dengan harga ahli atau saya perlu jadi ahli untuk dapat harga ahli?


Maaf jika saya banyak tanya namun saya perlu yakin sebelum menggunakan sesuatu produk. Harap akak dapat jawab email ini segera kerana saya memang nak cuba.

Salam

Nisa
 

Terima kasih buat Nisa yang sudi menghantar email ini. Ibu dah pun reply email Nisa secara personal namun ibu nak kongsikan jawapan soalan Nisa itu agar lebih ramai yang tahu :)

1. Benarkah Shaklee ini berkesan untuk penyusuan?

Alhamdulillah setakat ini ramai yang sangat berpuashati dengan Shaklee. Mereka bukan sekadar makan namun telah memperkenalkan ibu dengan ramai kenalan baru. Namun Shaklee akan lebih ketara kesannya jika perkara ini di lakukan dengan istiqamah iaitu :

1. Bayi disusukan sekerap mungkin atau sesi perahan yang sentiasa konsisten....jangan TIDAK PAM hanya kerana payudara tidak bengkak. Namun jika nak rasa payudara penuh dengan susu, amalkan makan alfalfa 6 biji sehari dan minum ESP bagi yang amalkan supplement. You can feel it! TETAPI KENA INGAT! Pastikan pam sehingga payudara kosong untuk mengelakkan BENGKAK SUSU atau clog duct.

2. Minum 3 L sehari.
 Cuba sediakan indicator. Macam ibu sekarang walau dah tak menyusukan Addin dan Nasa namun ibu pastikan ibu mengambil 3-4 L sehari yang disukat melalui botol. Ramai customer yang mengadu susu pekat namun susu belum banyak....kalau tak minum banyak dan tak mengepam dengan konsisten...memang takkan nampak impak yang hebat.

3.
 Doa yang berterusan bukan sekadar dari niat dari hati atau tadah tangan semata-mata. Perlu ada amalan yang mendekatkan diri kita denganNya. Membaca Al Waqiah setiap malam, berzikir memuji kebesaranNya. Bersedekah dan berbuat baik sesama manusia di mana di samping itu membersihkan hati dari siap wasangka terhadap ALLAH. Bila ada wasangka itu lah kekadang membuatkan rezeki kita terbantut. Kita kena yakin dengan amalan kita dengan ALLAH. Sesungguhnya ALLAH itu MAHA PEMBERI. Mintalah nescaya DIA memperkenankan.

2. Adakah ianya selamat, halal dan mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia?

Shaklee adalah selamat, vitamin asli tanpa pewarna, perasa tiruan, asli tanpa kehadiran silika gel. Halal dan diyakini serta punya kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.
 

3. Adakah trial pack masih ada untuk saya cuba dahulu?

Trial pack sentiasa ada insyaALLAH selagi ada permintaan. 
 

4. Bolehkah saya membeli dengan harga ahli atau saya perlu jadi ahli untuk dapat harga ahli?




Kalian boleh membeli dengan harga ahli menggunakan ID 830030 dan tidak perlu menjadi ahli untuk mendapatkan harga ahli. Namun jika kalianberminat untuk berkongsi kebaikan Shaklee bersama keluarga , sanak saudara serta rakan taulan dan ingin mencari pendapatan sampingan, boleh emailkan kepada kite secara peribadi untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Wednesday, December 22, 2010

Waktu Pengambilan Vitamin Yang Sesuai

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:33 PM 2 comments Links to this post
Article ini adalah dari mommy lyna (credit to mommy lyna)
Bilakah waktu pengambilan vitamin yang sesuai? Biasanya soalan ini bermain di kepala setiap pengamal pemakanan tambahan, terutama bagi yang baru mengamalkannya. Biasanya saya mencadangkan agar pengambilan vitamin pada sebelah malam (Selepas makan malam) bagi memudahkan. Maklum, tidak semua orang sentiasa ingat untuk menelan vitamin pada masa2 yang berbeza. Rule of thumb ialah, badan lebih mudah menyerap nutrient pada waktu malam (waktu tidur).
Walau bagaimanapun, terdapat general rule dalam pengambilan vitamin, sebagai panduan buat semua:
VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.
VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.
Ostematrix (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.
Lecithin : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.
APA YANG TIDAK DIGALAKKAN
Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.
Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.
Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin &  mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.
Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.

Rahsia Kurma

hasil nukilan: wafimamakidz at 9:54 AM 3 comments Links to this post
Khasiat Kurma....

Mengikut hasil kajian sains, khasiat kurma terbukti:
credit to google
  • Memanaskan badan
  • Mencergaskan tubuh
  • Mencerdaskan minda
  • Membantu tumbesaran kanak-kanak
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Menghidari barah
  • Mencuci hati
  • Membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran
Tidak saja buah kurma, umbut pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan mempunyai khasiat tersendiri.
Jus kurma juga berkesan meredakan tekanan darah tinggi.
Kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil atau selepas bersalin.
Mengikut kajian Dr.mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, Fiqhiyah dan perundangan, khasiat jus antara lain:
  • Menolong  mencenkam rahim sewaktu kelahiran
  • Memperkukuhkan urat rahim pada bulan terakhir kehamilan
  • Membantu memudahkan proses kelahiran bayi
  • Zat besi dan kalsium dalam buah kurma adalah unsur paling tinggi yang diperlukan bagi membentuk susu ibu
  • Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, memakan buah kurma boleh menggalkkan pertambahan susu
  • Kurma berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak,pembentukan darah dan sumsum tulang
  • Kajian juga membuktikan kurma antara makanan paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga
Firman Allah kepada maryam, ibu Nabi Isa, supaya memakan kurma, ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin: "Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugukan atasmu kurma yang masak"(Surah Maryam 19:25)

Kurma sebagai penawar

Rasullullah s.a.w. menyatakan mengenai keistimewaan tamar ajwah yang boleh memagari diri daripada sihir dengan sabdanya:
"Sesiapa yang memakan tujuh biji tamarAjwa, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu"
Sebuah hadis daripada Aisyahr.ha., Rasulullah s.a.w. bersabda tentang kurma Ajwah yang bermaksud:
"Apabila dimakan pada pagi hari sebelum makan pagi, dapat menjadi ubat bagi setiap sihir dan racun." (Riwayat Ahmad)
Daripada Aisyah bahawa nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya pada kurma yang baik (Ajwah) terdapat ubat" atau bersabda, "Dimakan pertama kali sebelum makan." (Riwayat Ahmad)

Tuesday, December 21, 2010

Google translator kini berada di blog mamanior

hasil nukilan: wafimamakidz at 3:47 PM 0 comments Links to this post
Sekarang blog mamanior sudah ada google translator.  So, mulai sekarang members mamanior, u all boleh membaca blog mamanior ini dalam pelbagai bentuk bahasa.

Sebagai contoh, jika nak jadikan blog mamanior dalam bahasa filipina ke?, bahasa Arab ke?, U all just tukar jer di ruangan select language. Mudah bukan, selamat mencuba..

Jika kalian berminat nak mencuba diblog kalian sila klik disini. Semoga kalian enjoy.

Moral of the story: 
Menurut sifu IT saya kak mieja dan bunga, tak rugi jika ada ilmu kite kongsi bersama.

Kenapa vitamin Shaklee tiada silika?

hasil nukilan: wafimamakidz at 11:35 AM 0 comments Links to this post
Artikel ini diambil dari genkimomma.(credit to gengkimomma)

Salah satu mengapa saya memilih Shaklee sebagai supplements kami sekeluarga ialah kerana keaslian & ketulenannya. Buktinya, supplements Shaklee tidak memerlukan kehadiran gel silika (Silica Gel) di dalam bekas/ botolnya.
Sebelum mengenali Shaklee, saya sering habiskan masa yang agak lama untuk membeli supplements di farmasi. Mesti teragak2 nak beli brand yang mana satu. Nak compare lagi supplement facts for each brand, nak compare price vs quantity lagi, dan ditambah lagi dengan kehadiran silica gel (boleh dikatakan dalam kesemua jenama botol) yang agak tidak menyenangkan mata saya. Ntah laa, somehow, saya teringat silica gel yang selalu kita jumpa dalam kotak kasut atau kotak hand bag tue.
Bila pertama kali beli supplements Shaklee, saya akui yang saya agak terkejut kerana tiada silica gel di dalam botolnya. Jarang2 jumpa nih! Itu lah orang selalu kata, tak kenal, maka tak cinta, kan?
Namun, saya terkejut sekali lagi, apabila menjumpai silica gel dalam bekas Vitamin C untuk anak saya (Chewable Vita-C 100mg). Inilah yang saya maksudkan…

Sepantas kilat saya bertanya pada Pakar Pemakanan Shaklee (kak N).
Berikut ialah sessi soal-jawab kami…

Selama ini saya dapati supplements Shaklee tiada silika gel. Tapi, agak terkejut silika gel ada dalam botol Vitamin C for children.
Kenapa ada silika gel ya?
 
Akak juga terkejut pada mulanya tapi bila diterangkan oleh penasihat dari US satu masa dulu akak terima dengan rasional. Rasionalnya nama vit ini ialah chewable utk children. Bila kata utk budak2 mereka tidak seperti kita alert dengan perkara sekeliling. Jika kita mengambil vit dalam botol, kita akan pastikan tangan kita sentiasa kering…betul kan? Tetapi kanak2, adakala mereka tonggang vit dari botol tanpa mengambil kira tangan mereka basah atau kering, so that is why Shaklee ambil langkah awal dengan menyediakan penyerap kelembapan tersebut. Namun akak admit bahawa vit kanak2 Shaklee lebih baik dari semua jenis vit di pasaran kerana 
1. Tiada pewarna 
2. Tiada pengawet
 
3. Tiada perasa tambahan seperti kebanyakan vit dalam farmasi.
Lega hati saya! Hehehe. Memang betul pun. Anak-anak saya selalu berebut untuk buka botol vitamin mereka, termasuk lah si kecil yang belum pon 2 tahun tue.
Haih, tak padan dengan kecik! :P 
Uniknya silica gel yang diletakkan di dalam botol supplements Shaklee untuk kanak-kanak ini ialah, ianya tidak seperti biasa, yakni manik2 kecil di dalam packing bag kecil (beads packed in a semi-permeable plastic), tetapi, dalam bekas keras bujur yang kecil. Maka, kebarangkalian kanak-kanak akan menyentuh terus (direct contact) dengan silica gel itu ialah sangat-sangat tipis.


Maka kawan-kawan, sekiranya anda menjumpai kehadiran silica gel ini dalam botolsupplements Shaklee untuk anak-anak anda, jangan lah gusar ya. 

Testimonia dari seorang ibu yang strees kerana susu kurang...

hasil nukilan: wafimamakidz at 11:22 AM 0 comments Links to this post




Testimonia ini adalah dari customer upline mamanior iaitu N.(credit to N)

Email ini ibu terima dari kenalan cyber ibu. Pada awal perkenalan beliau seorang yang sangat stress....alhamdulillah dengan izin ALLAH kini tiada lagi. Beliau lebih ceria kerana penghasilan susunya yang makin bertambah. Alhamdulillah :) 

From: 
WAN KHAIRUNNISA [Chat now]
...
View Contact
To: norita n 


salam akak,ape kbr kak??smg akak sht di samping anak2 dan suami tersyg..maaf atas kelewatan email sy nie kak..sy sedikit sibuk dgn urusan kursus..nie br sampai kg di trg..esok nak buat aqiqah danial..jmputla dtg kl akak ade kelapangan..biznes sy pun blm lg berjalan dgn baik..blm smpt nak buat sepenuhnya,hopefully dpt buat sepenuhnya slpas nie...doakan sy kak...

pasal pengalaman saya bersama shaklee,nie sy akan ceritakan..

sebelum saye jumpe shaklee,sy sgt stress semasa susukan danial,sbb pd ms tue danial setiap ms nak susu,nak ngempeng ngan sy je..xnak lps nenen..ms tue msh dalam pantang,mlm2 pun die nak susu je stp ms,mcm danial xkenyang mnm susu sy..kdg2 penah sy menangis sbb sgt penat dengan karenah danial dan prnh jgk sy mcm da pts asa nak bagi susu badan pada danial..Satu hari sy bukak susuibu.com,ntah mcm mn sy tersampai di blog kak N,dgn penuh excited sy bc blog akak..pd ms 2 jugak ati sy sgt teruje untuk mencuba shaklee nie...sy pun trs order set C plus alfalfa dari kak N dan saya pun start mkn dan kenal dgn produk shaklee..alhamdulillah,bl sy mkn shaklee susu sy makin banyak,anak sy pun da minum susu ikut timing,xmcm dulu setiap ms nak susu..ape yang saya perasan susu sy makin pekat,kuantiti pun makin banyak.sblm nie sy pam dapat la dlm 4oz je..tapi lepas makan shaklee skali pam dapat la dalam 8-10 oz..sy rase sangat bersyukur sbb susu saye mencukupi hingga sekarang untuk menyusukan anak sy..anak sy pun xpernah di serang demam lagi hingga hari nie walaupun selepas kn cucuk..Banyak kebaikan yang sy dapat dengan produk shaklee nie.badan sy pun tak letih macam sebelum nie,walaupun sy berjage malam tp sy msh blh maintain lagi keesokan harinya..vitamin yang sy ambik skg shaklee set B,ostematrik,ESP,vit e dan lecithin..sy sangat berpuas hati dengan produk shaklee.

2 je la yang sy dapat kongsikan dengan akak..nak karang panjang2 x reti mengarang...hehe..sori ye kak..



moral of the story:  Semoga testimonia ini membuka minda para mommies.  Renung-renungkanlah....

Thursday, December 16, 2010

Latihan kebakaran di foyer & di loading bay di tempat mamanior bekerja

hasil nukilan: wafimamakidz at 5:41 PM 0 comments Links to this post
Objektif utama latihan kebakaran ini diadakan adalah:-

1.   Untuk memaklumkan lokasi-lokasi (check-point) tertentu untuk para petugas berkumpul apabila berlaku sebarang kes kecemasan atau kebakaran di tempat mamanior bekerja.
2.  Pihak bomba telah memaklum, semua suis elektrik perlu dimatikan terlebih dahulu.
3.  Jangan jalan lenggang kangkung.  Perlu bergerak pantas walaupun ianya adalah lawatan percubaan.
4.  Perlu peka dan dengar sebarang arahan dari ketua.

Terdapat pelbagai aksi dari petugas. Dibawah ini mamanior kongsikan bersama member-member mamanior.


Terima kasih abang bomba, abang ambulan dan kakak ambulan.  Semoga tidak jemu menunjuk ajar kami di aspek keselamatan dan kebakaran.

PERHATIAN....DAPATKAN VITAMIN SHAKLEE SEBELUM TERLAMBAT!!!!

hasil nukilan: wafimamakidz at 2:51 PM 0 comments Links to this post
Untuk makluman semua member mamanior di alam maya ataupun dibumi nyata.....

Oleh itu, saya nasihatkan para mommies, kalau stok vitamin shaklee dah nak habis tu, maka para mommies boleh tambahkan stok sebelum habis bulan Disember.  

Kerana mamanior telah dapat pesanan dari Shaklee bahawa harga semua produk mereka akan dinaikkan bermula Januari 2010.  Jadi kalau ada vitamin2, terutama yang dalam botol yang dah hampir habis, bolehlah dapatkan stok pada bulan ni. Sebab yang ada di branch, saya periksa expirynya akhhir 2011 dan 2012. 
 
So, para mommies...dapatkalah produk Shaklee(pada harga lama sebelum terlambat.)

Jika para mommies ingin membuat pesanan, hantarlah SMS @ 012-9066653 atau [at] email p3zaf5y@gmail.com.  Mamanior sudi membantu.




Tuesday, December 14, 2010

Ingin tahu kenapa kite tak boleh minum air sambil berdiri....

hasil nukilan: wafimamakidz at 3:47 PM 0 comments Links to this post
Catatan hari ini adalah kesinambungan dari cerita yang mamanior pernah tulis...

Kita sering mendengar saranan agar banyakkan minum air putih/mineral/air R.O demi kebaikan kesihatan.  Namun, anda perlu ingat jika cara kita salah semasa minum air, maka ia akan merugikan kesihatan

Tentu para mommies tak sabar ingin mengetahuinya.  

1.  Jika kita meminum air sambil berdiri, kesannya adalah air yang kita minum akan terus masuk ke dalam rahim.  Ini tidak baik untuk kesihatan dalaman wanita.

2.  Menurut kajian kesihatan pakar akupuntur, iaitu minum air putih dengan cara sambil duduk adalah lebih baik berbanding minum air putih sambil berdiri.

3.  Air putih yang kita minum semasa duduk akan disaring oleh sfringer.  Untuk pengetahuan para mommies, sfringer adalah suatu struktur yang berotot yang boleh membuka ( laluan air kencing) dan menutup.  Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada pos-pos penyaringan yang berada di ginjal.

4.  Tetapi, jika kita meminum air putih dengan cara berdiri, maka air yang kita minum itu masuk tanpa disaring.  Air itu akan terus menuju ke kandung kemih, maka akan berlakulah pengedapan di saluran ureter.
6.  Selain dari itu, jika inginkan perut flat - jangan amalkan makan bersulamkan air kerana ia boleh menyebabkan perut buncit.  Sebaiknya minum air setengah jam selepas makan nasi.

7.  Dan jangan selalu amalkan minum air terbu, kerana ia akan menyebabkan lutut menjadi lemah dan diri cepat letih dan penat. (so.. bila dah letih dan penat, itu yang bila nak bersama suami seribu alasan diberikan.)

Itu sebabnya para mommies cepat-cepat cari penawarnya.  Jika ingin tahu penawarnya, jangan segan-segan SMS lah saya @ 012-9066653 atau email je [at] p3zaf5y@gmail.com.  Saya sedia membantu.

Moral of the story:  
Kite sebagai kaum hawa dan ibu, kesihatan dalam wanita adalah eset kite yang paling berharga.  Jagailah harta kite sebaik-baiknya... 

Oleh itu para mommies untuk mengelak sebarang kemungkinan yang berlaku;
1.  Biasakan minum duduk
2.  Banyakkan minum air putih/air mineral/air R.O tapi jangan sampai memudaratkan diri.  Minumlah air sebanyak 3L sehari.

Friday, December 10, 2010

Kenapa susu saya pekat selepas ambil trial pack set B?

hasil nukilan: wafimamakidz at 7:11 PM 0 comments Links to this post
kes 1.

Kenapa ye sejak saya makan trial pack ni susu saya makin pekat, seronok tengok. But ...my problem is: susu makin kurang instead of 4 oz dia jadi 2 oz. Sedihlah...nape orang lain meningkat tetapi saya menurun? Tak serasi ke?

Jawapan bagi kes ini


Ini adalah kes normal...bukan abnormal.
kenapa ia terjadi?

Dulu ibu ni dapat 4 oz tetapi cair...so dia akan jd 2 oz lepas amik vitamin sebab vitamin menyebabkan kepekatan darah jika tidak di consume dengan air yang banyak. maka consult customer untuk minum air dengan banyak.
Customer akan counter back: Oh saya dah minum air banyak, kerap masuk tandas.


Ingatlah wahai mommies, itu adalah pengorbanan seorang ibu yang menyusu ...selain keluar duit utk gadget yang pelbagai...apa yang kita lalui penuh dengan pahala dari Allah hatta ke tandas dengan kerap. Sebab ini adalah usaha kita banyakkan susu...minum air dan kerap ke tandas untuk perkumuhan yang sihat.


bagaimana kita boleh bantu mereka...cuba minum air sambil duduk dan bukan berdiri.Mulakan dengan Bismillah dan akhiri dengan alhamdulillah.
 

Nampak macam lawak kan? Ketahuilah wahai mommies, lagi banyak kite ke tandas (selari dengan pengambilan air) bermaksud ia lebih baik.




Oleh itu, para momies jika berminat ingin mencuba trial pack set B (harganya hanya RM80.00), 
SMS je mamanior @012-9066653 ataupun klik saje kat SINI untuk membuat pesanan


Moral of the story: 
Sebab itu mamanior sering berpesan "PENTINGKAN KUALITI, PEDULIKAN KUANTITI" dan sentiasa amalkan pengambilan 3L air suam/mineral/air R.O (bukan air manis ye...)sehari.  fikir-fikirkan...wahai mommies

Monday, November 29, 2010

Set Bersalin (berpantang) bersama Shaklee... Pt 1

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:43 PM 0 comments Links to this post
Hari ini mamanior ingin berkongsi pengalaman member alam-maya 
mamanior iaitu kak nadia (credit kak nadia).  
Untuk mengetahuai kebaikan set ini, jom baca.....


credit to cerry
Untuk pengetahuan kalian...Set Bersalin shaklee terdiri daripada 4 jenis vitamin utama iaitu :-

1) Vitalea @ Multivitamin - 
2) Vitamin C
3) B Compleks
4) Zinc
Kenapa agaknya ke empat2 vitamin ini ada dalam set bersalin...amat2 lah berlainan dengan set2 bersalin yang lain...sejujurnya semasa ummi mengandungkan Qistyna, ummi belum bertemu dengan Shaklee (for sure kalau ummi dah kenal shaklee, memang ummi beli awal2 lagi)...

So, selepas melahirkan Qistyna...ummi beli satu set bersalin (jenama apa tak yah bgtau la ye) berbentuk jamu @ herba seperti kebanyakan set2 bersalin di pasaran hari ini...harganya sekitar RM 300++...mahal???memang ya sbb ummi terpengaruh dengan konon2nya ubat yg bagus mesti lah mahal...

Untuk pengetahuan semua, bagi kedua2 kelahiran anak ummi, ummi terpaksa melalui c zer...dan bagi czer kali yg kedua...bg ummi sakitnya lbh lagi...so, balik dr hospital (selepas 3 hari di hospital) ummi balik ke rumah untuk berpantang...kali ini ummi berpantang sendirian sbb mak mertua ummi ngasuh anak2 buah ummi (tak dpt nak jaga ummi)...tp takpe, rumahnya sekitar 15 minit je dr rumah ummi...apa yg menyedihkan, anak ummi kena tahan wad sbb kuning (jaundis)...so, balik ke rumah ummi dibekalkan dengan beberapa jenis ubat oleh doktor...antaranya yang masih ummi ingat, vitamin c (kata doktor vitamin c supaya luka2 cepar sembuh dan meningkatkan daya ketahanan badan ummi semasa berpantang)...ubat lain antaranya asid folik, ubat tahan sakit dan ubat kalau sembelit...

Bila ummi renung2 kembali...kenapa lah ummi tak diketemukan dengan shaklee lbh awal lagi...Jom tengok ek...

Dlam set bersalin shaklee ada :-
a) Vitalea @ multivitamin yang dilengkapi dengan iron formula(sangat2 bagus dan penting bagi wanita slps melahirkan)...alangkah bagusnya multivitamin ini sbb slps bersalin, sbb ummi tak berapa lalu makan dan kena sembelit teruk pulak, muka ummi jadi pucat sangat..lesuuu...tak bermaya...tambah2 takde sape yg jaga...syukur la suami ada dan bantu serba sedikit untuk masak makanan....


b) Vitamin C yang sangat bagus kerana ianya membantu dalam mempercepatkan penyembuhan luka dan memperbaiki tisu sel...dan serius ummi sgt suka dengan vitamin c shaklee sbb apabila ummi atau Qistyna demam atau selsema...ummi just ambil 2 biji vitamin c dengan di patahkan kepada 2 bahagian...memang serasi la...insya allah cepat je sembuh...



c) B Compleks yang di lengkapi dengan folic asid 
membantu dalam mengelakkan kemurungan, 
meroyan, anti stress dan menstabilkan
 hormon...tambah2 pula ianya dah lengkap 
dengan folic asid...memang masa Qistyna 
baby dahulu, kerap menangis(orang tua2 kata sawan tangis)...memang ummi stress giler...sudahlah 
kena berhati2 dengan luka operation, 
kena sembelit pulak, dengan qistyna 
asyik nangis jek...betul2 rasa nak pengsan...
hampir2 ummi kena angin meroyan tapi 
syukur lah, saudara ummi yg pandai mengurut membantu...hmmm..alangkah bagusnya 
kalau ummi ambil b compleks semasa itu...

d) Zinc berfungsi untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman...dulu, masa ummi 
dalam pantang, hari2 hubby ummi masak 
ikan haruan nak bagi luka dlmn ummi cepat s
embuh sampai nak termuntah ummi makan...
bila ummi teliti2 rupanya ikan haruan ni 
mengandungi zinc sbb tu la dinasihatkan 
makan ikan haruan atau patinya...tapi, 
kalau tak pandai masak, aduhai...hanyirr...
lagi la pati ikan haruan...ummi pangkah terus
...pernah ummi cuba minum....muntah balik
...dengan hanyir, loya semua bercampur
...ishhh...kalau lah ummi jumpa set bersalin 
ni dahulu lagi..tak lah ummi muak dan loya 
tgk ikan haruan hari2 kan...

Dan untuk pengetahuan semua, untuk set bersalin 
ini, kita boleh add on alfalfa...kalau add on RM 10 
dapat la alfalfa 60 biji(cukup sebulan je)  
tapi ummi syorkan tambah je RM 20 so, boleh 
la dpt 120 biji...at least kalau makan 2 atau 3 biji boleh la bertahan sehingga 40 hari kan...sampai habis pantang...alfalfa ni selain dr boost susu, 
ummi suka sbb sembelit ummi hilang (melawaskan perkumuhan)...kalau lah ummi jumpa awal lg...
tak la ummi menderita sakit sembelit...aduhaii...

Apapun...kalian yg baru ingin mencuba set 
bersalin shaklee yang sgt istimewa ini sgt lah 
bertuah...sbb set bersalin yg ummi beli dahulu
 akhirnya langsung terbiar dan tak berusik...
mengapa???sbb semuanya lbh kepada herba.
..oleh kerana anak ummi kuning (jaundis), 
so, nurse awal2 dah bgtau jgn makan dulu 
jamu atau herba sbb akan menyebabkan 
anak bertambah kuning...last2 langsung 
tak berusik sbb bila ummi cuba makan anak 
ummi akan cirit birit atau kembung (maybe sbb panas kot)...lagi satu, dlm set tu pun ada barut...
hmmm..ummi kan operate..tak leh nak pakai pun.
..memang sgt2 rugi la sbb membazir duit 
RM 300++ macam tu je...

So, apa yg ummi nampak, memilih set bersalin 
ni biarlah betul dan sesuai untuk diri kita 
dan anak kita...tidak panas, tidak menyebabkan 
anak kuning...menyembuhkan luka luar dan dalaman, membantu menstabilkan hormon dan memulihkan 
kekuatan badan semasa berpantang...
Sungguhpun begitu, kalian juga di galakkan 
ambil dalam full set sbb lebih berbaloi2 dan 
boleh consume up to 4 month...org kata alah 
membeli menang memakai...
so, macammana mommies semoga info yang 
yang dimaklumkan oleh Kak Nadia, benar-benar 
dapat membantu.

Berikut adalah harga bagi Vitamin 
Set Bersalin tersebut:-
  • Vitamin B-compleks - RP RM53.75 mamanior price RM43.00
  • Alfalfa Complex (s) - RP RM53.75 mamanior price RM43.00
  • Multivitamin (vitalea) - RP RM88.75 mamanior price RM 71.00
  • Vitamin C 500mg - RP 92.50 mamanior price RM 74.00
  • Zinc - RP RM 33.75 mamanior price RM 27.00
Nota :

  • Harga yang dinyatakan di atas adalah harga diskaun dari mamanior
  • Belum termasuk flat rate shipping charges RM10
  • Harga di atas adalah untuk Fullpack sahaja, tetapi jika sekiranya para mommies nak dalam bentuk trial pack harganya RM120.  Mamanior sedia membantu
  • Amalkan minum sekurang-kurang 3L air suam sehari
  • Jika berminat hantar je SMS @ no 012-9066653.  Insya Allah, saya akan membantu menyelesaikan masalah anda.
Moral of the story: Minta maaf, mommies, 
secara jujurnya.. mamanior memang tiada 
pengalaman berpantang bersama shaklee, 
coz mamanior lambat mengenali nya.  
Set bersalin ini amat sesuai untuk 
mereka yang tak suka makan jamu atau 
air akar kayu.  Ingatlah para mommies, 
kite perlu menjaga bahagian dalaman..
walaupun secara luaran, kite boleh 
adjust menggunakan pelbagai produk.  
So, mommies jadilah mommies 
yang bijak...renung-renungkan... 
nanti mamanior akan berkongsi 
lagi rahsia disebalik vitamin 
set bersalin ini..(Insya Allah)

Mamanior dan Family ke MAHA 2010@ Serdang

hasil nukilan: wafimamakidz at 12:23 PM 0 comments Links to this post

Siapa yang yang tak kenal dengan MAHA Expo, sejak diadakan buat kali pertama pada tahun 2008 dan kali kedua pula pada tahun ini 2010,  Mamanior tak pernah lepaskan peluang mengunjungginya.

Pada tahun ini pamerannya bermula dari pukul 10.00pagi sehingga 10.00malam.

Pelbagai jenis produk terdapat disini, bukan setakat pokok dan binatang ternakan sahaja dipamerkan, tetapi segala bentuk peralatan mesin, songket ternun tangan. songket ternun mesin dan pelbagai jenis makanan yang tidak pernah dilihat semua ada disana.

Tapi, faham-faham sajalah, kalau berjalan dengan anak-anak ni pelbagai ragam yang dipamerkan.  Pantang nampak jualan semua nak dibelinya...

Yang tak ketinggalan buat ragam adalah Jr.  Mommies lihatlah sendiri, mamanior terpaksa kendong dia dengan wrap wombfruit's dan ditutupi dengan nursing cover (sebab ada aktiviti yang sedang dilakukan di sebalik tabir nursing cover....)
mamanior & Jr. (aktiviti di sebalik tabir nursing cover)
Perlu diingatkan, jika para mommies pergi ke tempat-tempat begini, janganlah sekali-sekali bawa stroller, sebab ia akan membataskan aktiviti para mommies.
  
Untuk pengetahuan mommies, jarak antara sesuatu pameran itu agak jauh.  So, pengangkutan yang digunakan adalah tram dan bus rapid sahaja.  Para mommies bayangkanlah, mana nak tolak stroller lagi, mana nak tengok pameran lagi dan aktiviti bershopping lagi.  Ishh...ternyata ia memenatkan... 

Tapi, apa-apahal pun tepuk dada, tanya selera....renung-renungkan, selamat berMAHA expo

Mamanior, miera, jr. & afiq
Moral of the strory:  Kite kalau nak bershopping biarlah jadi pembeli dan pengguna yang berkhemah.  Almaklumlah rambang mata dibuatnya...macam-macam ada, macam-macam mau beli...Yang paling penting adalah pentingkan aspek keselesaan dan keselamatan.

Friday, November 26, 2010

Teruskan Berdoa

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:36 PM 0 comments Links to this post
SOALAN:Berdoa kepada Allah untuk memohon sesuatu adalah digalakkan, dan yang paling makbul doanya adalah yang paling hampir kepada Allah. Kita telah banyak berdoa, termasuk orang-orang yang soleh di kalangan kita, tetapi semacam tidak dimakbulkan, mengapa berlaku demikian, pernahkah doa Rasulullah s.a.w., tidak dimakbulkan Allah SWT.

-------------------------------- 

JAWAPAN:Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Mereka yang enggan berdoa kepada Allah, adalah orang yang bongkak.

Al-Quran memaparkan banyak ayat, antaranya firman Allah (mafhumnya): "Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu..." (Surah al-Ghafir, ayat 60)

Firman Allah (mafhumnya): "Apabila hamba-Ku bertanyamu tentang Aku hai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah, ayat 186)

Dalam as-Sunnah, terdapat banyak hadis-hadis fi'li (perbuatan) dan hadis-hadis qauli (percakapan) yang jelas baginda Rasulullah s.a.w., berdoa ke hadrat Allah SWT.

Berdoa sememangnya dituntut, itu tugas kita sebagai hamba Allah. Sama ada terima atau tidak, ianya adalah urusan Allah SWT.

Terserahlah kepada Allah dan memohonlah apa sahaja dengan penuh yakin bahawa Allah akan mengkabulkan doa kita. Nescaya Allah akan memenuhinya sama ada cepat atau lambat.

Nabi Allah Ibrahim a.s. sebagai contoh, telah berdoa ke hadrat Allah agar hati-hati manusia tertarik untuk mengunjungi Makkah beramai-ramai, pada waktu Makkah masih menjadi sebuah lembah yang gersang.

Baginda berharap umat manusia datang beramai-ramai menunaikan haji dan membuat umrah, dan dipohonkan rezeki mereka melimpah ruah. 

Doa itu dilafazkan ribuan tahun dahulu ketika baginda mendatangi Makkah bersama anak dan isterinya.

Alhamdulillah, Allah SWT memakbulkan doa baginda selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w., malah sehingga hari ini semakin jelas doa Nabi Ibrahim a.s., seolah-olah baru dimakbulkan.

Cuba bayangkan, doa Nabi Ibrahim yang disebut sebagai 'khalilullah' - kekasih Allah - sahabat setia Allah, berdoa ke hadrat Allah, ribuan tahun kemudiannya baru jelas dimakbulkan.

Apabila kita sering berdoa, jangan sesekali membuat kesimpulan bahawa doa kita tidak akan dimakbulkan.

Mungkin Allah telah makbulkan doa itu, mungkin dalam bentuk diberikan yang lebih baik daripada apa yang kita pinta.

Kadang-kadang doa kita dimakbulkan cepat, kadang-kadang lambat. Ertinya, apa yang dipohon, tidak semestinya diberi atau ditolak.

Ia adalah suatu ujian kepada kesabaran seseorang hamba. Sama ada Allah berikan sesuatu yang lebih baik, atau Allah berikan ganjaran sewajarnya pada hari akhirat kelak dalam bentuk pahala yang banyak.

Antara sebab-sebab nyata Allah tidak makbulkan doa, seperti yang difirmankan Allah dalam ayat 186, Surah al-Baqarah tadi, iaitu orang-orang yang keimanannya kepada Allah itu, masih berada pada tahap yang boleh dipersoalkan dan kemaksiatan yang dilakukan.

Ada hadis Nabi s.a.w. yang menyebut tentang doa yang tidak dimakbulkan, antaranya (mafhum): "Makan minumlah kamu dengan yang halal, nescaya doamu akan dimakbulkan."

Pada suatu ketika ada seorang yang keadaannya begitu terdesak, mengangkat tangan setinggi-tinggi yang boleh, dan berdoa ke hadrat Allah SWT, memohon kepada Allah, tatkala Nabi s.a.w. melihatnya, lalu baginda bermadah kepada para sahabat, mafhumnya: "Lihat orang itu, makan minumnya haram, pakai memakainya haram, bagaimana mungkin Allah menerima doanya."

Sememangnya semakin hampir seseorang hamba kepada Allah, semakin suci bersih jiwa dan amalannya, maka semakin mudah Allah memakbulkan doanya.

Seperti yang disebut dalam sebuah hadis qudsi, mafhumnya: "Apabila hambu-Ku mendampingi daku, dengan amalan-amalan yang banyak, khususnya amalan-amalan sunat, maka Aku menyukainya, maka apabila Aku menyukainya, akan-Ku tunaikan doanya (hajat)."

Walau hampir dan akrabnya seseorang insan kepada Allah SWT, tidaklah menjadi syarat utama untuk Allah memakbulkan doanya.

Ini kerana, hanya Allah sahaja yang mengetahui kemaslahatan hamba-hamba-Nya. Allah amat mengetahui apa yang hendak diberi dan apa yang tidak perlu diberikan.

Harus kita sedari bahawa dalam kehidupan kita, selain daripada Allah memberi apa yang kita minta, banyak juga kebaikan, rezeki dan sebagainya Allah berikan kepada kita walaupun tidak kita diminta. 

Amat sedikit yang tidak diberi, itu pun ada kemaslahatannya.

Mengenai soalan saudara, pernahkah doa Rasulullah sendiri ditolak Allah, jawapannya, ya. Memang doa Nabi s.a.w. pernah ditolak. Kadangkala doa baginda pun ditolak.

Ketika Nabi Muhammad s.a.w., pada zaman awal kebangkitan baginda sebagai Rasul, menghadapi banyak tekanan daripada kaum Quraisy dan anggota keluarganya tidak mahu memeluk Islam.

Malah baginda pernah disakiti sehingga berdoa ke hadrat Allah (mafhumnya): "Ya Allah! Berilah petunjuk kepada kaumku, mereka ini tidak mengetahui."

Doa Nabi ini tidak ditunaikan sepenuhnya. Bukan orang lain, kalangan anggota keluarga, bapa saudaranya, seperti Abu Lahab meskipun didakwah bertubi-tubi, namun mereka lebih bertegas mempertahankan kekufuran mereka.

Malah sampai kepada peringkat menantu Nabi s.a.w sendiri, ada yang tidak beriman, atau lambat beriman.

Apa yang nyata, kaum kerabat Nabi, yang didoa dan diusahakan untuk mereka beriman, akhirnya mati dalam keadaan kufur.

Dalam Kitab Sahih Muslim, hadis 2889 disebut (mafhumnya): "Suatu hari Rasulullah s.a.w. singgah di masjid Bani Muawiyah, ditunaikan solat sunat dua rakaat bersama sahabat, selepasnya baginda berdoa panjang dengan doa yang panjang. Selepas berdoa baginda berpaling ke arah sahabat dan bersabda, "Saya berdoa kepada Allah, tiga perkara, Allah tunaikan dua sahaja dan menolak yang satu lagi. Saya memohon agar umat Muhammad tidak dibinasakan dengan kelaparan, Allah tunaikan. Saya memohon agar jangan mereka dibinasakan dengan banjir yang menenggelamkan mereka, Allah tunaikan. Namun apabila saya berdoa agar jangan mereka bergaduh dan berperang sesama sendiri, Allah tidak tunaikan."

Bagaimanapun kebanyakan doa-doa Nabi s.a.w. dimakbulkan Allah SWT. Doa yang tidak dimakbulkan itu memang ada kemaslahatannya.

Oleh itu berdoalah ke hadrat Allah SWT, kerana ia adalah ibadah. Ibadah dilakukan bukan semata-mata untuk keperluan keduniaan.

Jika kita ikhlas beribadah, insya-Allah Allah akan memberikan ganjaran yang sebaiknya di hari kemudian.

Solat, puasa, zakat, haji, berjihad dan ibadah-ibadah, kita lakukan kerana berhajatkan keredaan Allah atau pahala yang dijanjikan kepada kita pada hari akhirat. Wallahua'lam.

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez