Akhirnya ibu minta pendapat di susuibu.com. Pelbagai pendapat dikemukakan, antaranya tekapkan dada kite pada hidung baby dan ada pula yang beri pendapat tutup hidung baby, nanti bila dia rasa lemas, secara automatik dia akan terbuka mulutnye. Tetapi ada satu yang menarik perhatian mama, yang mana beliau telah mencadangkan pada mama agar berkomunikasi dengan jr. seawal dari dia lahir dan selewat-lewatnya usia jr. 3bulan. Oleh itu, mama telah membuat keputusan untuk mencubanya. Mama, mula berkomunikasi dengan jr.pada usianya 3bulan hingga lah sekarang. Sekarang Jr. dah berumur 1tahun 2mingu 6hari. Sekejap saja masa berlalu...
Syukur ke hadrat Ilahi, apabila tiba masa yang dinantikan (tumbuh gigi), masalah yang menghantui mama tidak berlaku. Hingga ke hari ini, Insyaallah jr. tidak pernah menggigit N.. mama, walaupun dikala jr. tidur. Jr. akan cabut sendiri puting apabila dia dah kenyang.
Kata-kata yang mama ucapkan pada jr. ialah
"Jr., kalau jr. nak menyusu lama dan ingin sentiasa disamping mama, jangan sekali-kali gigit puting mama. Nanti apabila puting mama sakit, Jr. tidak boleh menyusu. Nanti Jr. lapar, kesian Jr....."
Seakan-akan memahami apa yang mama perkatakan, sehingga ke saat ini apabila jr. menyusu tanpa menggigit puting mama.
Sekarang Jr. telah mempunyai 4 batang gigi (2 diatas dan 2 dibawah).
Sekarang ini Jr. sedang belajar menateh pulak. Tak sabar rasanye, nak menunggu jr. berjalan, harap-harap jr. dapat berjalan di pagi raya. Tentu bestkan...akan mama kongsikan kegembiraan ini bersama kalian...