Wednesday, April 6, 2011

Selamatkah botol susu anak kite?

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:27 PM
" BPA ini pula akan menyebabkan gangguan pada sistem hormon badan bayi.  Sekali gus menjejaskan sistem badan bayi.  Tetapi tiada sebarang kajian saintifik yang dijalankan lagi untuk mengesahkan fakta tersebut" Dr. Hanafiah Bashirun, Pegawai Perubatan Hospital Pantai Ampang

Tiga tahun lalu, Program Toksikologi Nasional Amerika Syarikat mengeluarkan laporan bahawa bahan kimia dikenali sebagai bisphenol A (BPA) mungkin menyebabkan masalah berkaitan hormon, termasuk baligh lebih awal dikalangan kanak-kanak dan ketumbuhan barah.

kandungan bahan kimia BPA lazimnya ditemui pada botol susu bayi. Bertambah buruk lagi apabila botol air yang digunakan untuk minum ketika hamil juga mengandungi kimia ini.

BPA dalah bahan kimia industri yang digunakan untuk membuat botol susu bayi polikarbonat agar botol tersebut keras dan lutsinar.

Percampuran antara bahan BPA dengan kandungan botol susu berkenaan pada suhu tertentu memberi  kesan kepada kesihatan bayi dan kanak-kanak.  Kesan penggunaan botol susu yang mengandungi BPA adalah bersifat jangka panjang.

Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga, ibu bapa yang mampu dinasihatkan agar memilih botol susu bebas BPA.

Panduan menggunakan botol susu jenis polikarbonat;
  • Steril botol susu tersebut mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengelrluar, sekiranya ada.
  • Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu jenis polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  • Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu tersebut apabila membancuh susu.
  • Guna peralatan mencuci boto susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  • Sentiasa periksa permukaan dalam boto susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti.
  • Sekiranya tiada kerosakn, botl susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Kenal pasti boto susu jenis polikarbonat;
  • Bersifat keras dan lutsinar yang mana ia mengandungi BPA
  • Botol susu tersebut juga boleh dikenali melalui kod identifikasi plastik yang biasa diddapati di bawah botol susu bayi.
  • Kod identifikasinya adalah nombor7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan others
  • Sementara itu, botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan perkataan dengan perkataan 'BpA free' atau bebas BPA

Kebanyakan ibu pada masakini terlalu sibuk dengan kerjaya dan penggunaan susu botol adalah sebat alternatif bagi mereka yang ingin memberi susu ibu.  Seperti yang kita sedia maklu, susu yang terbaik adalah susu ibu.

sumber rujukan: kesihatan MM,ahad 3 april 2011

0 comments:

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez