Sumber rujukan:KOSMO, Jumaat 11 Mac 20011
Penggunaan pam susu terutamanya pam elektrik sememangnya memudahkan para ibu bekerja untuk mengepam susu di pejabat.
Bagaimanapun, terdapat segelintir ibu yang kurang pengetahuan mengenainya, bimbang sekiranya penggunaan pam elektrik akan memberi kesan kepada payu dara dan juga susu yang dikeluarkan itu.
Menurut Pakar Runding Obstetrik Ginekologi, Hospital Pakar Ampang Puteri, Dr. Fauziah Mohd. Hassan, penggunaan pam susu elektrik tidak memberi sebarang kesan terhadappayu dari ibu malah, ia direka khas bagi memudahkan pengeluaran susu berbanding pam manual.
Pam susu elektrik ini sama macam pam yang digunakan utk lembu. Ia tiada kesan langsung malah, memberi rangsangan untuk mengeluarkan susu dengan lebih banyak," jelasnya.
So, mommies ini adalah beberapa contoh pam elektrik yang terdapat di pasaran. Jadilah mommies yang bijak dalam memilih pam yang sesuai dengan budget diri sendiri.
Friday, March 11, 2011
Usah malu mengepam susu badan
Gambar Rasliana bekerja sambil mengepam (dah minta izin) |
Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN
farhana.mydin@kosmo.com.my
MENYUSU badan kini sudah kembali sebagai trend malah, ramai ibu muda pada masa kini tanpa mengeluh tetap akan mencari sudut privasi bagi menyusukan anak walaupun di pusat beli-belah, kedai makan mahupun dalam majlis keramaian.
Jika tidak diberi menyusu terus dari payu dara, lambakan jenama dan jenis pam susu badan manual mahupun elektrik menjadikan wanita yang berkerjaya juga mampu memberikan susu badan secara eksklusif kepada bayi mereka.
Menyusukan anak secara eksklusif bermakna bayi disusukan dengan susu ibu sahaja tanpa diberi air masak, susu formula atau makanan tambahan lain selama enam bulan dan meneruskannya sehingga dua tahun.
Justeru itu, pemilihan pam susu yang bersesuaian perlu dititikberatkan untuk mengelakkan proses mengeluaran susu tidak terganggu akibat kejutan terutama dari segi sedutan.
Menurut Kaunselor Laktasi dan Pengarah Urusan Sarakids, Nor Farah Farhan Abdul Fattah, pemilihan pam yang bergred hospital amat penting kerana ia lebih selesa digunakan, mengikut sedutan seperti mulut bayi selain tidak menyakitkan.
Menceritakan lebih lanjut, wanita yang mesra disapa Farah, 30, mencadangkan supaya ibu-ibu yang bekerja membuat kaji selidik menerusi Internet, rakan-rakan yang berpengalaman ataupun berjumpa dengan pakar laktasi sebelum membeli gajet tersebut.
Katanya, sekiranya tersilap memilih kerana mahu yang murah, mungkin pam tersebut tidak bergred hospital sekali gus membantutkan proses pemerahan susu apabila payu dara ibu berasa sakit dan tidak selesa.
Categories
mengepam susu badan
Subscribe to:
Posts (Atom)
FB Page daku