Showing posts with label tanderm bf. Show all posts
Showing posts with label tanderm bf. Show all posts

Wednesday, June 29, 2011

Cara-cara untuk menjayakan tandem nursing

hasil nukilan: wafimamakidz at 3:00 PM 0 comments
Sesuatu yang klise apabila anak yang lebih tua merajuk dan menganggap dirinya disisihkan setelah hadir orang baru dalam keluarga. Namun, dengan amalan tandem nursing, hal ini tidak terjadi apabila dia menyedari dirinya masih terus menerima limpahan kasih ibu. Malah anak-anak ini lebih rapat apabila “belajar” berkongsi dan menghargai antara satu sama lain.

Sementara itu, anda perlu berterima kasih kepada anak yang tua kerana dia sebenarnya bertindak sebagai pam semula jadi dalam menghasilkan lebih banyak susu untuk keperluan seterusnya. Inilah kunci kejayaan tandem nursing. Lebih daripada itu, dia membantu mengurangkan masalah bengkak payu dara yang biasa terjadi di awal kelahiran bayi baru sekali gus mempercepatkan pengecutan rahim.

Hakikatnya, tandem nursing amat bermanfaat buat ibu yang melahirkan bayi pra matang. Ini kerana anak yang tua akan merangsang payu dara untuk mengeluarkan susu dengan lebih cepat. Tindakan ini membantu bayi baru lahir mencapai berat badan stabil untuk menyusu secara terus. Menyusu si kakak/abang akan membantu anda mengurangkan bengkak susu kerana dia menghisap dengan lebih cepat berbanding adiknya.

Panduan Menyusukan Bayi Kembar Anda

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:46 PM 0 comments

Masa menyusu merupakan saat paling bahagia bersama si manja kembar. Petua berikut membolehkan anda memanfaatkan sepenuhnya masa berharga ini.
Oleh Profesor Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan.
Menyusu membawa banyak kebaikan untuk anda dan si manja. Ia adalah punca nutrien terbaik untuk anak anda. Selain itu, menyusu juga merupakan masa yang baik untuk mengeratkan kasih sayang dengan si manja. Walau bagaimanapun, proses penyusuan boleh menjadi pengalaman yang mengecewakan dan memenatkan. Petua berikut dapat membantu anda menyusu anak kembar anda secara selesa dan berkesan.
Susukan Serentak. Cuba cadangan dalam ilustrasi di bawah untuk kedudukan yang selesa dan terbaik. Ubah kedudukan bayi setiap kali menyusu supaya kedua-dua payudara menghasilkan sama banyak susu. Ini juga mengurangkan kemungkinan duktus tersumbat.
Beli Pam Yang Baik. Mengepam merangsang pengeluaran susu, maka anda tidak perlu khuatir kekurangan susu. Anda boleh menyimpan lebihan susu untuk waktu penyusuan botol ketika anda tiada di sisi bayi. Gunakan pam untuk memerah susu daripada kedua-dua payudara pada masa yang sama. Sebaik-baiknya gunakan pam elektrik.

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez