Thursday, June 30, 2011

Penyusuan Ketika Hamil Tidak Mudaratkan Kandungan

hasil nukilan: wafimamakidz at 8:00 AM 0 comments Links to this post

Download di sini
Soalan:
Saya kini mengandung lima minggu. Doktor menasihatkan saya menghentikan penyusuan susu ibu kepada anak kedua yang baru berumur lima bulan. Dia khuatir saya tidak mampu menyusukan dua orang anak dalam satu masa memandangkan saya bertubuh kecil. Persoalannya, bolehkah penyusuan susu ibu memudaratkan kandungan? Adakah kehamilan boleh merencatkan penghasilan susu dan perlukah saya mengambil supplement untuk menambah susu?
Zuraini Mohamad Redhuan Sepang, Selangor

Wednesday, June 29, 2011

Induce Lactation (Mencetuskan Penyusuan Ibu)

hasil nukilan: wafimamakidz at 6:00 PM 0 comments Links to this post
Sumber: Hanizah Samad (2009). Induce Lactation (Mencetuskan Penyusuan Ibu). Mom’s Choice. 29 November.,duniasusuibu

Artikel ini ditujukan khusus kepada ibu-ibu yang mengambil anak angkat dan berusaha untuk menjadi ibu susuan kepada anak angkat.
Mencetuskan penyusuan ibu atau induce lactation bagi ibu angkat yang hendak menyusukan anak angkat bukanlah perkara mudah kerana biasanya ibu-ibu ini tidak pernah hamil atau tidak pernah melahirkan anak sebelum itu. Jadi proses pembentukan dan kematangan kelenjar mamari seperti yang dialami semasa proses kehamilan tidak pernah berlaku kepada ibu-ibu ini. Namun begitu ini tidak boleh menjadi penghalang untuk ibu-ibu angkat berusaha untuk menghasilkan susu ibu untuk diberikan kepada anak angkat mereka.

Memberikan susu ibu kepada anak angkat bukanlah semata-mata untuk tujuan menjadikan anak itu muhrim kepada ibu bapa angkat tetapi lebih kepada memberikan makanan terbaik untuk bayi. Susu ibu tetap yang terbaik berbanding susu formula. Seperti yang dinyatakan oleh Dr Jack Newman di dalam bukunya, “The Ultimate Breastfeeding Book of Answers”, susu formula bukanlah pilihan kedua terbaik selepas susu ibu. Susu formula adalah pilihan keempat selepas susu perahan ibu dan susu ibu dari ibu susuan.

Semasa kehamilan badan wanita akan meningkatkan penghasilan hormon progesteron dan estrogen (dirembeskan oleh ovari) dan hormon prolaktin (dirembeskan oleh kelenjar pituitari) untuk menyediakan payudara untuk penyusuan ibu. Di akhir kehamilan, aras progesteron dan estrogen akan menurun manakala aras prolaktin akan bertambah untuk memulakan penghasilan dan pengeluaran susu ibu di payudara. Prosedur inilah yang cuba ditiru untuk membolehkan ibu-ibu yang tidak pernah hamil mengalami proses mencetuskan susu ibu di payudara mereka. Apabila susu ibu sudah berjaya dihasilkan maka langkah seterusnya menjadi lebih mudah iaitu meningkatkan dan mengekalkan penghasilan susu ibu.

Cara-cara untuk menjayakan tandem nursing

hasil nukilan: wafimamakidz at 3:00 PM 0 comments Links to this post
Sesuatu yang klise apabila anak yang lebih tua merajuk dan menganggap dirinya disisihkan setelah hadir orang baru dalam keluarga. Namun, dengan amalan tandem nursing, hal ini tidak terjadi apabila dia menyedari dirinya masih terus menerima limpahan kasih ibu. Malah anak-anak ini lebih rapat apabila “belajar” berkongsi dan menghargai antara satu sama lain.

Sementara itu, anda perlu berterima kasih kepada anak yang tua kerana dia sebenarnya bertindak sebagai pam semula jadi dalam menghasilkan lebih banyak susu untuk keperluan seterusnya. Inilah kunci kejayaan tandem nursing. Lebih daripada itu, dia membantu mengurangkan masalah bengkak payu dara yang biasa terjadi di awal kelahiran bayi baru sekali gus mempercepatkan pengecutan rahim.

Hakikatnya, tandem nursing amat bermanfaat buat ibu yang melahirkan bayi pra matang. Ini kerana anak yang tua akan merangsang payu dara untuk mengeluarkan susu dengan lebih cepat. Tindakan ini membantu bayi baru lahir mencapai berat badan stabil untuk menyusu secara terus. Menyusu si kakak/abang akan membantu anda mengurangkan bengkak susu kerana dia menghisap dengan lebih cepat berbanding adiknya.

Panduan Menyusukan Bayi Kembar Anda

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:46 PM 0 comments Links to this post

Masa menyusu merupakan saat paling bahagia bersama si manja kembar. Petua berikut membolehkan anda memanfaatkan sepenuhnya masa berharga ini.
Oleh Profesor Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan.
Menyusu membawa banyak kebaikan untuk anda dan si manja. Ia adalah punca nutrien terbaik untuk anak anda. Selain itu, menyusu juga merupakan masa yang baik untuk mengeratkan kasih sayang dengan si manja. Walau bagaimanapun, proses penyusuan boleh menjadi pengalaman yang mengecewakan dan memenatkan. Petua berikut dapat membantu anda menyusu anak kembar anda secara selesa dan berkesan.
Susukan Serentak. Cuba cadangan dalam ilustrasi di bawah untuk kedudukan yang selesa dan terbaik. Ubah kedudukan bayi setiap kali menyusu supaya kedua-dua payudara menghasilkan sama banyak susu. Ini juga mengurangkan kemungkinan duktus tersumbat.
Beli Pam Yang Baik. Mengepam merangsang pengeluaran susu, maka anda tidak perlu khuatir kekurangan susu. Anda boleh menyimpan lebihan susu untuk waktu penyusuan botol ketika anda tiada di sisi bayi. Gunakan pam untuk memerah susu daripada kedua-dua payudara pada masa yang sama. Sebaik-baiknya gunakan pam elektrik.

Tuesday, June 28, 2011

Diet cara orang Vietnam

hasil nukilan: wafimamakidz at 8:00 PM 0 comments Links to this post
Pernahkah kalian melihat orang Vietnam mempunyai berat badan yang besar.  Ia tidak sama sekali....Rata2 orang Vietnam mempunyai berat badan yang ideal.  Marilah kite lihat menu harian mereka...

Sarapan pagi;
Semangkuk ulam (lebih kurang segenggam) dan sup bihun.  Cuma sedikit bihun dimasukkan dan ditambah cendawan serta sayur2an yang direbus sekejap.  Sup sayuran itu dibuat tanpa menggunakan minyak.  Popia berintikan sayur2an turut dihidangkan semasa sarapan.  Sayur2an itu dimakan mentah.

#Masyarakat Vietnam yang beragama Islam memelihara sendiri ayam dan ternakan lain dan memastikan haiwan itu turut memakan sayur2an serta rumput yang segar.

Hindangan Tengahari:
Mereka makan tiga jenis sayuran dan satu jenis lauk sahaja iaitu ikan goreng. Nasi pula hanya setengah genggam atau sesudu sahaja.

# Mereka tidak mengamalkan keropok atau makan segera yang berperisa.  Rakyat mereka mengunyah buah2an segar atau jeruk buah2an.  Mereka turut memakan umbut dan kacang namun tidak makan kentang dan juga ubi keledek.

Kesimpulannya, mereka tidak mengamalkan karbohidrat yang banyak.  Mereka juga tahu bahawa makanan yang perlu dimasak sampai empuk mempunyai sejenis toksin yang merosakkan tubuh badan.

sumber rujukan:dietzamanbatu?-utusanonline,blog kancilbiru

Rahsia kenapa wanita Jepun langsing dan ramping

hasil nukilan: wafimamakidz at 7:01 PM 0 comments Links to this post
Naomi Moriyama menerusi bukunya berjudul "Japanese Women Dont's Get Old or Fat" telah menyelongkar petua disebalik gaya hidup wanita negara terbit.
Beliau telah membesar di Tokyo dan kini menetap di New York, Amerika Syarikat.  Naomi pernah mengalami pertambahan berat lebih 10 kg dengan ketinggian hanya 150cm ketika menuntut di kolej kerana banyak menikmati makanan Amerika.

Apabila beliau dan suaminya kini bertukar kepda cara makanan tradisional Jepun, mereka lebih langsing dan bertenaga.  Beliau sedia berkongsi strategi pemakanannya yang digelar tujuh rahsia dapur Tokyo.

Wednesday, June 15, 2011

Tip kuruskan badan

hasil nukilan: wafimamakidz at 12:32 PM 0 comments Links to this post
Tip kuruskan badan tanpa ubat
Credit to http://www.mymesra.com.my,nakselimbalik



Ada tips skit:
" Cara Untuk Kurus Tanpa ubat-ubatan
1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez