Friday, April 15, 2011

Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya

hasil nukilan: wafimamakidz at 2:00 PM
Alasan 'Susu kite tak adelah nak bagi baby menyusu'..itu adalah ayat biasa yang digunakan bagi ibu-ibu yang bekerja, termasuklah mamakidz (dululah sebelum ada kesedaran).  Tetapi setelah banyak nasihat dan kaunseling diberikan, sekarang kesedaran mulai ada dan penyusuan susu ibu dapat diteruskan.

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja sedari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun.  Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur enam bulan.  Ini bermakna dari dari lahir hingga enam bulan bayi:
  • Diberi susu ibu sahaja
  • Tidak perlu air atau susu tambahan
  • Tidak perlu makanan pelengkap
Mengapa perlu menyusu secara Ekslusif selama 6 bulan pertama bayi?

Faedah-faedah susu ibu untuk bayi
  • Mengandugi bahan pencegah penyakit (antibodi)
  • Mempunyai komposisi yang mencukupi dan suhu yang sesuai
  • Mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit birit serta penyakit saluran pernafasan
  • Mengurankan risiko kepada alahan
  • Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi)
  • Kurang masalah pergigian fan ortodontik
  • Mengurangkan penyakit kencing manis, pneumonia dan jangkitan telinga pada kanak-kanak
  • Menggalakkan tumbesaran
  • Pengahadaman yang mudah
Faedah2 susu ibu untuk ibu
  • Membantu mengecutkan rahim - mengurangkan pendarahan
  • Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  • Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari
  • Penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kelahiran
  • Menjimatkan masa dan wang
  • Mudah dan tidak perlu persediaan
Kepentingan Penyusuan Sepenuhnya (Ekslusif)
  • Tiada minum lain diberikan selain susu ibu
  • Tidak memberi puting tiruan kepada bayi (pacifier)
  • Berikan penyusuan susu ibu dengan kerap sekurang-kurangnya 8 - 12 kali sehari.
  • Antibodi dalam susu ibu memberi perlindungan dan mengurangkan penyakit pada bayi
  • Mengurangkan alahan
  • Menjaga kesihatan bayi dan anda
  • Mengelakkan bengkak payudara
  • Mengeratkan kasih sayang
sumber rujukan blog:kakengkubidan

0 comments:

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez