Friday, October 7, 2011

Ikrar Rukun Negara

hasil nukilan: wafimamakidz at 2:48 PM 0 comments
Semalam Mamakidz dimaklumkan oleh Mira (anak sulong Mamakidz) bahawa pada hari isnin bersamaan 10hb Oktober 2001, beliau ingin memasuki pertandingan ikrar rukun negara.  Adalah terdetik perasaan bangga di hati Mamakidz ini.  Secara tiba-tiba, Mira telah meminta maaf sebutkan satu persatu rukun negara itu.  Dengan lagak serius sebagai seorang Mama, Mamakidz telah meminta Mira menyebut dulu nanti Mamakidz perbetulkan mana yang salah...(sebenarnya ingat-ingat lupa, tapi kes nak cover cun...punya pasal buatlah lagak serius sikit..)

So, Mira pun telah menyebutkan satu persatu rukun negara tersebut dan secara tidak langsung ia me'refresh' kembali ingatan Mamakidz, (ok juga ni kan...Mamakidz hanya berbicara di dalam hati sahaja.)  Mira juga ada memaklumkan bahawa Cikgu beliau berpesan jika beliau tidak dapat menghafal rukun negara itu, beliau bukan rakyat Malaysia.  Tetapi, Mamakidz agak sedih sedikit kerana, sekarang ini ikrar tidak seperti pada zaman persekolahan Mamakidz dahulu.  Iaitu, hanya akan tangan dan terus membaca ikrar rukun negara sahaja.  Maka, untuk menaikkan semangan Mira, Mamakidz telah menyarankan agar ikut style ikrar rukun negara pada zaman persekolahan Mamakidz, mesti Mira boleh menang.  Demi untuk menang, Mira pun mengikut kata-kata Mamakidz dengan penuh semangat.  So, itu sebablah Mamakidz mengoogle, sebab apabila Mamakidz periksa belakang buku tulis beliau, yang hanya terpapar adalah ikrar rukun negara yang simple dan rukun 1 Malaysia sahaja.  So, marilah sama-sama kite me'refresh' semula.....

IKRAR RUKUN NEGARA

 

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami

untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:-

           

 Kepercayaan kepada Tuhan

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang-undang

Kesopanan dan Kesusilaan


Pergi sudah insan bernama Steve Jobs

hasil nukilan: wafimamakidz at 9:01 AM 0 comments
Jenama Apple dan nama Steve Jobs, amat senonim di dunia ini.  Pada tarikh 6hb Oktober 2011, pergilah seorang insan bernama Steve Jobs.  Beliau meninggal dunia pada usia 56tahun, kerana menghidap penyakit kanser.  Setelah pemergian beliau, maka Apple kehilangan seorang genius dan dunia pula kehilangan seorang manusia yang menggagumkan.

Moral of the story:  Sekurang-kurangnya, beliau ada juga jasa kepada negara beliau dan dunia ini.  Benarlah kata perpatah HARIMAU MATI TINGGAL BELANGNYA, MANUSIA MENINGGAL TINGGAL NAMA.

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez