Saturday, December 29, 2012

Pengedar Sah Shaklee Bandar Baru Bangi

hasil nukilan: wafimamakidz at 9:37 PM 0 comments Links to this post
Salam dan selamat malam semua..sudah lama tak update blog ini...
Entry kali ini saya nak citer yang sebenarnya Mamakidz ni SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR (ID 830030) di Bandar Baru Bangi,Kajang dan yang berdekatan dengannya. Sebenarnya masih ramai yang tak tahu yang mamakidz ni adalah Shaklee Independant Distributor

Mamakidz kenal Shaklee masa BF Jr pada bulan ogos 2010. Masa tu Mamakidz mencari supplement untuk menambahkan susu sebab stok susu Jr. kais hari ni utk bekal esok... memang kritikal sangat. Mamakidz tanya Mr Google.. dia temukan Mamakidz dengan Pn Norita Idris. Sejak Mamakidz consume Shaklee, bukan hanya susu Mamakidz bertambah kualiti, malah Mamakidz sendiri mendapat manafaatnya.. badan lebih cergas dan kurang mengantuk berbanding sebelum amalkan vitamin.

Bila dah kenal, maka mula la jatuh cinta... 

Jadi daripada pengguna, Mamakidz sign up sbg distributor.. supaya Mamakidz dapat berkongsi dengan ramai orang tentang kebaikan vitamin semulajadi.. Shaklee.

Mengapa Mamakidz tertarik sangat dengan Shaklee ni?
  • Shaklee adalah syarikat vitamin yang telah lama berada dalam pasaran. Produknya yang asli dan semulajadi benar-benar menawan hati saya ditambah ia memberi kesan yang hebat pada taraf kesihatan Mama dan keluarga. 
  • Ia antara syarikat MLM yang adil. Apabila dah bergelar pemimpin [bermula tahap Supervisor] bermakna kita dah break dari upline kita. Oleh kerana Shaklee tidak mengamalkan skim piramid maka bonus kita dibayar mengikut usaha yang kita letakkan. Dalam Shaklee pendapatan kita boleh melebihi pendapatan upline apabila kita berusaha dengan lebih baik. Bukan sahaja pendapatan, malah kita mampu melangkaui pangkat upline kita sekiranya kita rajin berusaha. 

  • Bonus dibayar tidak melalui upline atau mereka yang sponsor kita tetapi ianya langsung dari syarikat. Bonus juga diberi dalam bentuk tunai. Tidak perlu downline untuk mendapat bonus dari syarikat. 
  • Harga produknya sangat berpatutan dan setanding dengan kualiti yang kita bayar. Produk asli dan semulajadi terbukti apabila tiada silika gel di dalam botol vitamin Shaklee. 
Hebat bukan? Sebab itu Mamakidz masih bersama Shaklee. Dan akan terus bersama. Kalian juga mahu?

Apa kelebihan daftar menjadi ahli Shaklee?
  • Anda boleh membeli produk FullPack dengan harga ahli serta MENIKMATI ganjaran dalam bentuk point seterusnya boleh dikumpul dalam masa sebulan dan jika layak akan menerima bonus tunai dari Syarikat.
  • Shaklee menawarkan 3 C: Cash, Car & Convention. Saya dan ramai Euphoria dah menikmati kelebihan ini.
  • Anda boleh menjadikan Shaklee sebagai salah satu sumber untuk menjana pendapatan sampingan sehingga 5 angka dan tiada yang mustahil.
  • Kami memberikan training tertutup sekiranya anda berminat menjadikan Shaklee sebagai sumber pendapatan sampingan anda.
  • Modal serendah RM75 untuk pendaftaran ahli. [RM85 bagi Sabah Sarawak].
Jika anda berdekatan dengan branch Shaklee, boleh guna ID 830030 dan anda akan mendapat harga ahli. Tapi jangan lupa maklumkan Mamakidz, kerana anda berhak mendapat FREE CONSULTATION daripada Mamakidz.


Cawangan Kami
Waktu Perniagaan
Kuala Lumpur
31, Jalan 2A/27A, Section 1,
 
Wangsa Maju Setapak,
 
53300 Kuala Lumpur.
Telefon : 603-4142 6442 
Fax: 603-4149 6313 

Hubungi : 
Ida ( Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu 
(Pertama & Ketiga):
10:00 a.m. to 7:00 p.m
Penang
A-2, Jalan Todak 1,
Pusatbandar Seberang Jaya, 
13700 Perai.
Telefon : 604-397 4325 
Fax: 604-397 4324
Hubungi : Cannie Teoh
(Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu 
(Pertama & Ketiga):
10:00 a.m. to 7:00 p.m
Ipoh
32, Medan Istana 1, 
Bandar Ipoh Raya, 
30000 Ipoh.
Telefon: 605-241 8260 
Fax: 605-241 8263 

Hubungi : Eunice Lau
(Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu 
(Pertama & Ketiga):
10:00 a.m. to 7:00 p.m
Johor Bahru
14, Jalan Molek 1/10,
Taman Molek,
 
81100 Johor Bahru.
Telefon: 607-352 5188 
Fax: 607-352 4188 

Hubungi : Fiona Chow 
(Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu 
(Pertama & Ketiga):
10:00 a.m. to 7:00 p.m
Kota Bharu 
319, Section 25, Bandar Kota Bharu,
 
Jalan Sultan Yahya Petra,
 
15200 Kota Bharu.
Telefon: 609-747 8688 
Fax: 609-747 7711
 

Hubungi : Anuar
(Penyelia Cawangan)
Ahad hingga Khamis
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu 
(Pertama & Ketiga):
10:00 a.m. to 7:00 p.m
Kota Kinabalu 
Lot 4.1, Neutron Point,
 
Lorong Poin Neutron,
Jalan Lintas Khidmat,
88300 Kota Kinabalu.
Telefon : 6088-393 848 
Fax: 6088-393 851
Hubungi : Olivia Fernandez
(Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu 
(Pertama & Ketiga):
10:00 a.m. to 7:00 p.m

Berminat?
Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan

♥ Noorwafi Nong Chek
♥ Shaklee Independent Distributor [ID No : 830030]
♥ Contact No | Whatsup : 012-9066 653
♥ Emel : p3zaf5y@gmail.com
♥ Laman web:http://mamakidzjourney.blogspot.com

Saturday, November 3, 2012

Daftar Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) Online

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:01 PM 0 comments Links to this post
Pada pembentangan Bajet 2013 yang lepas, kerajaan telah mengumumkan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) kepada isi rumah RM500 akan diteruskan dan diperluaskan kepada individu bujang (termasuk balu/ janda/ duda) yang akan mendapat RM250. Semua warganegara Malaysia boleh memohon jika menepati syarat-syarat yang di tetapkan.
  • Isi rumah yang layak (RM500)
    • Warganegara Malaysia
    • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3000 dan ke bawah.
      • Berkahwin
      • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
      • Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama)
    • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah
  • Individu yang layak (RM250)
    • Warganegara Malaysia
    • Bujang (termasuk balu/ janda/ duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.
  • Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucer Buku 1Malaysia
  • Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.
Klik utk permohonan secara online

       
Klik utk permohonan secara borang

 

Keistemewaan Shaklee Alfalfa

hasil nukilan: wafimamakidz at 12:18 PM 0 comments Links to this post
Dapatkan alfalfa terbaik hanya dari Shaklee.
Hubungi saya untuk mendapatkan HARGA ISTIMEWA!
Alfalfa adalah tumbuhan yang jarang diperkatakan. Mungkin kerana ia bukan berasal dari negara kita. Alfalfa sebenarnya sejenis tumbuhan/herba yang sagat kaya dengan nutrisi.

Khasiat Alfalfa boleh digunapakai untuk simptom berikut:

Bengkak, sakit sendi, arthritis, ulser, penyakit perut, masalah kolon, sakit ulu hati, hernia, sembab air, tiada selera makan, bengkak buku lali dan kaki, sinus, alahan, hayfever, gout, bau badan, kaki busuk, nafas berbau, serta tujuan detoksifikasi.

Alfalfa adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman , kaya dengan serat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol, dan anti-tumor dan anti-bakteria.

Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:

Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:
Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Fosforus
– diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium
– membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Lain-lain KEISTIMEWAAN Alfalfa:

Kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan) –> membantu dalam penyusuan ibu

Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain.

Alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.

AWAS!!!!

Tidak semua alfalfa adalah sama,alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tak mementingkan teknologi hijau. Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.

Wednesday, October 24, 2012

Selamat berpuasa sunat hari Arafah

hasil nukilan: wafimamakidz at 10:24 PM 0 comments Links to this post
Esok hari khamis 25 Oktober bersamaan 9 Zulhijjah 1433H, Jom kita pakat-pakat ajak anak isteri dan sahabat-sahabat seperjuangan agar menunaikan puasa sunat hari Arafat. Ganjaran untuk puasa sunat Arafah ini sangat besar, iaitu diampunkan dosa kita setahun sebelum dan selepas, InsyaAllah. Mari kita berpuasa esok.

Puasa sunat Hari Arafat ini hanya disunatkan kepada mereka yang tidak mengerjakan Haji. Mereka yang sedang mengerjakan Haji tidak disunatkan berpuasa pada tarikh tersebut. Terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang dicerit
akan oleh Abu Hurairah r.a.; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).

Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan;
وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ , فَقَالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda;
“(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).
Sabda Rasullullah S.A.W lagi:
“Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :-
1. Orang-orang yang mati syahid
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
NIAT: “Sahaja aku puasa sunat hari A’rafah esok hari kerana Allah Ta’ala.”

Saturday, July 7, 2012

Mamakidz akan bergelar surirumah sepenuh masa.......

hasil nukilan: wafimamakidz at 5:34 PM 0 comments Links to this post
Setelah sekian lama menyepi dari dunia blogger, selepas ini, dengan izin dari Nya Mamakidz akan kembali aktif semula dengan memuat catatan aktiviti harian Mamakidz bersama keluarga.

Nantikan, kemunculan semula Mamakidz

Friday, January 27, 2012

Rahsia Diet Rasulullah SAW

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:15 PM 0 comments Links to this post
Tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-harian terkandung zat-zat makanan yang membahayakan tubuh kita sendiri – lebih lagi apabila ia tidak dinyah dengan baik. Inilah faktor utama terjadinya pelbagai penyakit seperti kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain.
Ustaz Abdullah Mahmood pernah mengungkapkan bahawa Rasulullah S.A.W tidak pernah sakit perut sepanjnag hayatnya kerana pandai menjaga makanan Baginda setiap hari. Ternyata Baginda mempunyai beberapa cara pemakanan yang dianggap mempengaruhi kesihatan Baginda.
Cara pemakanan Rasulullah S.A.W ini lebih dikenali sebagai ‘diet ala Rasulullah S.A.W’. InsyaAllah jika anda mengamalkan cara pemakanan seperti ini anda juga tidak akan menderita sakit perut, keracunan makanan mahupun pelbagai penyakit yang lain.
Berikut adalah beberapa cara pemakanan Baginda :
  1. Baginda tidak makan daging bersama susu ;
  2. Baginda tidak makan ikan bersama daging ;
  3. Baginda tidak makan ikan bersama susu ;
  4. Baginda tidak makan ayam bersama susu ;
  5. Baginda tidak makan ikan bersama telur ;
  6. Baginda tidak makan ikan bersama daun salad ;
  7. Baginda tidak makan cuka bersama susu ;
  8. Baginda tidak makan buah bersama susu (contoh : cocktail)
  9. Tidak makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makan buah terlebih dahulu barulah diikuti dengan nasi;
  10. Tidur selama 1 jam selepas makan tengahari ;
  11. Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yang tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolestrol dalam badan akan bertambah ;
Kesan dari cara pemakanan sebegini akan lebih jelas untuk jangka masa yang panjang iaitu apabila kita sudah tua nanti. Di dalam kitab juga ada melarang kita daripada makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita dari makan ikan bersama susu, kerana kita akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuan yang membuat penemuan bahawa dalam daging ayam terkandung ion + manakala di dalam ikan pula terkandung ion -, dan jika makanan tersebut bercampur maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.
Al-Quran juga mengajarkan kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan mandi pagi sebelum Subuh (sekurang-kurangnya satu jam sebelum matahari terbit). Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Anda mungkin boleh saksikan sendiri orang yang mandi pagi kebanyakannya badan mereka tidak gemuk.
credit

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez