Salam semua...ini adalah berita terkini berkenaan adik eirdeena. Walaupun agak terlambat untuk Mamakidz berkongsi informasi ini, tetapi tidak salahkan Mamakidz mencoretnya disini untuk pengetahuan semua...
Info ini adalah dari fb aida gadis melayu sendiri
(bertarikh 28hb Sept. 2011)
"alhamdulillah eirdeena dah boleh discharge..now time to quaranteen..ape pun jutaan terime kasih yg x terhingge pade smue yg mendoakan kesejahteraan eirdeena. kpde dctor espeacially Mr siva n Dr. Marhisyam serte nurse2 picu n wad melor ijn, thnksss sgt2 sb jagekan eirdeena..jase kalian hanye Allah yg dpt mmbalasnye... — at Ijn."
|
credit to aida |
Jika kalian inginkan cerita yang lebih menarik, apakata kalian membeli majalah media hiburan yang cover depannya ada gambar memey dan norman pakai baju kahwin...
Akhirnya dapat juga Mamakidz mengetahui berita terkini tentang adik eirdeena dan akhirnya berkongsi bersama di blog ini. So, selepas ini bolehlah Mamakidz meneruskan penulisan Mamakidz berkenaan perkara yang lain pula. Jikalau tidak, Mamakidz rasa tidak sedap hati untuk beralih ke penulisan yang lain, sebab Mamakidz telah berjanji akan update status terkini adik eirdeena.
Kepada Aaida, Saiful dan adik Eirdeena...semoga kalian sentiasa bahagia dan sentiasa dilimpahi rahmat dari Nya. Jaga dirimu wahai adik Eirdeena, jadilah dikau anak yang solehah dan sayangilah kedua ibubapamu....