Ini email dari seorang ibu yang menyusukan anaknya :
Saya mendapat tahu pasal vitamin Shaklee dari kawan tempat kerja saya. Saya cuba google dan terjumpa blog akak. Saya seorang ibu yang menyusukan anak dan anak saya berumur 3 bulan. Saya baru start kerja dan saya rasa penat dan keletihan saya buatkan saya tak mampu nak buat kerja rumah selepas balik dari kerja. Saya pernah amik vitamin dulu itupun masa mengandung sahaja namun bila sekarang ramai yang sibuk cerita pasal vitamin, saya rasa tertarik nak cuba. Soalannya :
1. Benarkah Shaklee ini berkesan untuk penyusuan?
2. Adakah ianya selamat, halal dan mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia?
3. Adakah trial pack masih ada untuk saya cuba dahulu?
4. Bolehkah saya membeli dengan harga ahli atau saya perlu jadi ahli untuk dapat harga ahli?
Maaf jika saya banyak tanya namun saya perlu yakin sebelum menggunakan sesuatu produk. Harap akak dapat jawab email ini segera kerana saya memang nak cuba.
Salam
Nisa
Terima kasih buat Nisa yang sudi menghantar email ini. Ibu dah pun reply email Nisa secara personal namun ibu nak kongsikan jawapan soalan Nisa itu agar lebih ramai yang tahu :)
1. Benarkah Shaklee ini berkesan untuk penyusuan?
Alhamdulillah setakat ini ramai yang sangat berpuashati dengan Shaklee. Mereka bukan sekadar makan namun telah memperkenalkan ibu dengan ramai kenalan baru. Namun Shaklee akan lebih ketara kesannya jika perkara ini di lakukan dengan istiqamah iaitu :
1. Bayi disusukan sekerap mungkin atau sesi perahan yang sentiasa konsisten....jangan TIDAK PAM hanya kerana payudara tidak bengkak. Namun jika nak rasa payudara penuh dengan susu, amalkan makan alfalfa 6 biji sehari dan minum ESP bagi yang amalkan supplement. You can feel it! TETAPI KENA INGAT! Pastikan pam sehingga payudara kosong untuk mengelakkan BENGKAK SUSU atau clog duct.
2. Minum 3 L sehari. Cuba sediakan indicator. Macam ibu sekarang walau dah tak menyusukan Addin dan Nasa namun ibu pastikan ibu mengambil 3-4 L sehari yang disukat melalui botol. Ramai customer yang mengadu susu pekat namun susu belum banyak....kalau tak minum banyak dan tak mengepam dengan konsisten...memang takkan nampak impak yang hebat.
3. Doa yang berterusan bukan sekadar dari niat dari hati atau tadah tangan semata-mata. Perlu ada amalan yang mendekatkan diri kita denganNya. Membaca Al Waqiah setiap malam, berzikir memuji kebesaranNya. Bersedekah dan berbuat baik sesama manusia di mana di samping itu membersihkan hati dari siap wasangka terhadap ALLAH. Bila ada wasangka itu lah kekadang membuatkan rezeki kita terbantut. Kita kena yakin dengan amalan kita dengan ALLAH. Sesungguhnya ALLAH itu MAHA PEMBERI. Mintalah nescaya DIA memperkenankan.
2. Adakah ianya selamat, halal dan mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia?
Shaklee adalah selamat, vitamin asli tanpa pewarna, perasa tiruan, asli tanpa kehadiran silika gel. Halal dan diyakini serta punya kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.
3. Adakah trial pack masih ada untuk saya cuba dahulu?
Trial pack sentiasa ada insyaALLAH selagi ada permintaan.
4. Bolehkah saya membeli dengan harga ahli atau saya perlu jadi ahli untuk dapat harga ahli?
Kalian boleh membeli dengan harga ahli menggunakan ID 830030 dan tidak perlu menjadi ahli untuk mendapatkan harga ahli. Namun jika kalianberminat untuk berkongsi kebaikan Shaklee bersama keluarga , sanak saudara serta rakan taulan dan ingin mencari pendapatan sampingan, boleh emailkan kepada kite secara peribadi untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
0 comments:
Post a Comment