Monday, November 29, 2010

Mamanior dan Family ke MAHA 2010@ Serdang

hasil nukilan: wafimamakidz at 12:23 PM

Siapa yang yang tak kenal dengan MAHA Expo, sejak diadakan buat kali pertama pada tahun 2008 dan kali kedua pula pada tahun ini 2010,  Mamanior tak pernah lepaskan peluang mengunjungginya.

Pada tahun ini pamerannya bermula dari pukul 10.00pagi sehingga 10.00malam.

Pelbagai jenis produk terdapat disini, bukan setakat pokok dan binatang ternakan sahaja dipamerkan, tetapi segala bentuk peralatan mesin, songket ternun tangan. songket ternun mesin dan pelbagai jenis makanan yang tidak pernah dilihat semua ada disana.

Tapi, faham-faham sajalah, kalau berjalan dengan anak-anak ni pelbagai ragam yang dipamerkan.  Pantang nampak jualan semua nak dibelinya...

Yang tak ketinggalan buat ragam adalah Jr.  Mommies lihatlah sendiri, mamanior terpaksa kendong dia dengan wrap wombfruit's dan ditutupi dengan nursing cover (sebab ada aktiviti yang sedang dilakukan di sebalik tabir nursing cover....)
mamanior & Jr. (aktiviti di sebalik tabir nursing cover)
Perlu diingatkan, jika para mommies pergi ke tempat-tempat begini, janganlah sekali-sekali bawa stroller, sebab ia akan membataskan aktiviti para mommies.
  
Untuk pengetahuan mommies, jarak antara sesuatu pameran itu agak jauh.  So, pengangkutan yang digunakan adalah tram dan bus rapid sahaja.  Para mommies bayangkanlah, mana nak tolak stroller lagi, mana nak tengok pameran lagi dan aktiviti bershopping lagi.  Ishh...ternyata ia memenatkan... 

Tapi, apa-apahal pun tepuk dada, tanya selera....renung-renungkan, selamat berMAHA expo

Mamanior, miera, jr. & afiq
Moral of the strory:  Kite kalau nak bershopping biarlah jadi pembeli dan pengguna yang berkhemah.  Almaklumlah rambang mata dibuatnya...macam-macam ada, macam-macam mau beli...Yang paling penting adalah pentingkan aspek keselesaan dan keselamatan.

0 comments:

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez