Wednesday, December 22, 2010

Rahsia Kurma

hasil nukilan: wafimamakidz at 9:54 AM
Khasiat Kurma....

Mengikut hasil kajian sains, khasiat kurma terbukti:
credit to google
  • Memanaskan badan
  • Mencergaskan tubuh
  • Mencerdaskan minda
  • Membantu tumbesaran kanak-kanak
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Menghidari barah
  • Mencuci hati
  • Membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran
Tidak saja buah kurma, umbut pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan mempunyai khasiat tersendiri.
Jus kurma juga berkesan meredakan tekanan darah tinggi.
Kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil atau selepas bersalin.
Mengikut kajian Dr.mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, Fiqhiyah dan perundangan, khasiat jus antara lain:
  • Menolong  mencenkam rahim sewaktu kelahiran
  • Memperkukuhkan urat rahim pada bulan terakhir kehamilan
  • Membantu memudahkan proses kelahiran bayi
  • Zat besi dan kalsium dalam buah kurma adalah unsur paling tinggi yang diperlukan bagi membentuk susu ibu
  • Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, memakan buah kurma boleh menggalkkan pertambahan susu
  • Kurma berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak,pembentukan darah dan sumsum tulang
  • Kajian juga membuktikan kurma antara makanan paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga
Firman Allah kepada maryam, ibu Nabi Isa, supaya memakan kurma, ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin: "Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugukan atasmu kurma yang masak"(Surah Maryam 19:25)

Kurma sebagai penawar

Rasullullah s.a.w. menyatakan mengenai keistimewaan tamar ajwah yang boleh memagari diri daripada sihir dengan sabdanya:
"Sesiapa yang memakan tujuh biji tamarAjwa, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu"
Sebuah hadis daripada Aisyahr.ha., Rasulullah s.a.w. bersabda tentang kurma Ajwah yang bermaksud:
"Apabila dimakan pada pagi hari sebelum makan pagi, dapat menjadi ubat bagi setiap sihir dan racun." (Riwayat Ahmad)
Daripada Aisyah bahawa nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya pada kurma yang baik (Ajwah) terdapat ubat" atau bersabda, "Dimakan pertama kali sebelum makan." (Riwayat Ahmad)

2 comments:

RASHLIANA on February 8, 2011 at 3:45 PM said...

mohon nak share info dlm blog puan blh tak?...

wafimamakidz on February 8, 2011 at 5:50 PM said...

silakan wahai rashliana. berkongsi info dan ilmu tukan digalakkan.

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez