Wednesday, May 4, 2011

Potong Kuku Hari Jumaat Sunat Ke?

hasil nukilan: wafimamakidz at 12:32 PM

potong kuku Potong Kuku Hari Jumaat Sunat Ke?
Memotong kuku termasuk dalam sunnah fitrah. Ini jelas apabila Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
“Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur.” (Riwayat Muslim)


Menurut Imam Syafie, disunatkan memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sama seperti mandi, bersugi, memakai haruman sebelum ke masjid.
Menurut riwayat Abu Hurairah, Nabi Muhammad s.a.w memotong kuku dan menggunting misai pada Jumaat sebelum Baginda keluar untuk bersolat. (Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani)
Berkenaan terdapat hari tertentu memotong kuku, tiada hadis yang benar-benar sahih berkenaan mengerat kuku berkenaan. 

Ia boleh dilakukan tanpa mengikut hari tertentu.
Ada hadis daif yang hukum beramal dengannya dibenarkan terutama ketentuan Isnin, Khamis dan Jumaat sebagai hari diutamakan untuk melakukan ibadat sunat.
Justeru, sunat memotong kuku pada hari terbabit manakala memotong pada hari lain masih dibenarkan sekiranya perlu.

Source : Ustaz Nor Amin

0 comments:

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez