penyerapan nutrien dengan lebih baik
Beberapa bahan biologi di dalam susu ibu menyebabkan
bayi dapat menyerap nutrien dengan berkesan:
• Enzim penghadam lemak membantu penghadaman dan
penyerapan lemak
• Protein pengikat zat besi membantu bayi menyerap
kebanyakan zat besi di dalam susu ibu
• Kandungan laktosa yang tinggi meningkatkan penyerapan
kalsium, magnesium, fosforus dan mineral yang lain
Melindungi bayi daripada penyakit
Kajian menunjukkan bayi yang disusukan secara eksklusif
selama 6 bulan kurang dijangkiti penyakit dalam tempoh 12
bulan pertama usianya. Susu ibu mengandungi nutrien dan
bahan-bahan yang melindungi bayi daripada penyakit
berjangkit khususnya cirit-birit, selesema, bronkoliotis dan
jangkitan telinga tengah. Beberapa bahan yang melawan
penyakit adalah
Makanan untuk perkembangan otak
Susu ibu mengandungi asid lemak perlu seperti asid alfalinolenik (ALA)
dan asid linoleik (LA). Kedua-dua asid ini
diperlukan untuk menghasilkan asid dokosaheksanoik (DHA)
dan asid arakidonik (AA) yang penting untuk pembesaran
dan pertumbuhan janin dan bayi, terutamanya untuk
pertumbuhan otak dan perangsangan visual yang berkualiti.
Perkembangan otak yang sempurna dalam tahun pertama
usia bayi akan menyediakan asas kepada keupayaan
pembelajarannya pada masa depan.
Mengurangkan kemungkinan mengalami
alergi
Kebanyakan simptom alergik yang dikaitkan dengan
pengambilan susu formula lazimnya berpunca daripada
tindakbalas bertentangan imun bayi terhadap protein susu
lembu. Bayi yang menyusu badan kurang mengalami
simptom-simptom alergik seperti kolik, muntah, cirit-birit
atau najis berdarah, malresapan, ekzema, rinitis alergik dan
asma bronkiol.
Pengikat kasih
Bayi perlu mendengar degupan jantung anda, merasai
kehangatan tubuh anda dan berada rapat dengan anda.
Kesemua ini adalah sama pentingnya dengan keperluannya
terhadap makanan. Tiada aktiviti lain yang dapat memenuhi
semua keperluan ini selengkap dan sehebat penyusuan
susu ibu
sumber rujukan:nutriweb
0 comments:
Post a Comment