Tuesday, August 24, 2010

Mira dengan giginya....

hasil nukilan: wafimamakidz at 10:51 AM
Mira adalah puteri mama yang sulong yang berumur 7 tahun.  Nak dijadikan cerita, mira ada masalah gigi di bahagian hadapan, yang mana gigi tersebut kerap berdarah tapi tak mahu luruh.

Kalau diikutkan hati, nak aje mama ambil hammer untuk ketuk gigi tersebut.  Disebabkan gigi tersebut, kami sekeluarga telah mengelarkannya mira jonggang (bukan nak hina ye) agar dia ada perasaan malu.  Sebab dia lahir dengan gigi yang cantik.  Tapi, anak mama ni, jenis hati batu (tak ada perasaan punye..) dek sebabkan takut nak cabut dia rela dengan title tersebut.

Semasa mira kecil, iaitu sebaik sahaja dia tumbuh gigi yang pertama, mama dah mula gosok giginya. Mama memang particular terhadap giginya.  Mira memang dilahirkan dengan gigi yang cantik dan sihat.

Punca jonggangnye gigi mira adalah disebabkan semasa tidor dia suka geselkan giginya dengan gigi yang lain.  Dulu-dulu, semasa dia kecil tak ada pula buat perangai sedemikian, sekarang ni pulak bila dah besarlak dia buat perangai...tu yang mama benggang.

Tersebut satu kisah.....,yang mana pada petang semalam gigi tersebut telah tercabut disebabkan mama telah ketuk gigi tersebut dengan senduk belapikkan kain.  Mesti, kalian fikir mama ni kejamkan.  Tapi, sayangkan anak punya pasal, mama nekad utk melakukannya.

Sebab mama tahu, gigi susu masih belum ada akar tunjang, tu sebab mama berani melakukannya.

Raya tahun ni, mira beraya dengan gigi yang tiada dibahagian hadapan...Kesian dia....

0 comments:

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez