Tuesday, August 24, 2010

Eee.. seronoknye..mama dah ada follower yang pertama

hasil nukilan: wafimamakidz at 8:48 AM
Terima kasih kak Nadia kerana menjadi followerku yang pertama dan secara rasminya blog mama telah dirasmikan oleh seorang majistret (bukan calang-calang tau).

Kalau mama tahu seronoknya berblog ni, dari dulu mama dah belajar berblog.  Rupanya menulis di alam maya ni lebih seronok dari dunia realiti, kerana dunia alam maya adalah dunia tanpa sempadan.  Tiada orang nak edit apa  yang nak diperkatakan.

Tujuan asal, wujudnya blog ini adalah untuk belajar berbisnes dengan N.  Tapi, jadi cerita lain pulak.  Ini semua gara-gara semasa proses pembuatan dan penyiapan blog ini, mama dapat rasakan inilah tempatnya untuk mama luahkan idea atau apa sahaja yang mama rasa, mama nak luahkan.

Tapi, Insya-Allah, niat yang asal akan mama usahakan dan mama akan terus belajar dengan N cara untuk berbisnes secara alam maya.

Tapi, walau macammanapun masih banyak yang perlu mama pelajari...

Selain dari kak Nadia ada dua orang insan yang mendorongku dalam dunia blog ini, iaitu N..(anakkuwiraku) dan  kak serindit.

Terima kasiah Kak Nadia, N dan kak serindit, tanpa sokongan dari kalian, mungkin blog ini belum terhasil...

Dengan lafaz BISMILLAHHIRAHMANIRAHIM maka dengan rasminya blog mama telah berada di alam maya....

Cayala....mama

Iklan singgahan:  
Nanti jika mama dah lengkap dengan ilmu bisnes di dada dan barang-barang semua dah standby.  Mama akan maklumkan di bahagian PROMO.  Tunggu....ye...

1 comments:

Ros on November 30, 2010 at 9:58 AM said...

Salam..

Mama sama la ngan saya.. Sbb kenal Kak N la saya pun wat blog sendiri.. Sblm ni xpenah terfikir atau berminat pun nk ader blog.. Hehe..

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez