Tuesday, August 24, 2010

Hasil perahan mama pada hari ini pada pukul 1.20pm

hasil nukilan: wafimamakidz at 2:28 PM
hasil perahan sebanyak 8.5oz pada (pukul 1.20pm)

Ini adalah pertama kali mama mengambil gambar hasil perahan mama.  Pada pukul 1.00pm adalah rutin harian mama jadi "Pum & work mom".  Mama pam di cubid aje sambil buat kerja tugasan yang diamanahkan oleh bos mama.

Separuh orang kata tidak digalakkan mengepam sambil membuat kerja (2in 1).  Tapi, pada mama tiada masalah.  Mama tiada masalah emosi down semasa mengepam.  Walaupun tangan mama menaip membuat tugasan sambil mengepam dan dalam masa yang sama siap dengan berinternet lagi..(dan ditambah tugasan baru pula ialah update blog pulak...)  Hasil perahan mama sentiasa maintain dan meriah, Insya-Allah

Rahsia mama, ialah mama amalkan vitamin B-kompleks.  Berapa banyak mama ambil?  Jawapannya senang aje, kalau mama rasa, banyak tugasan yang masih belum selesai mama akan ambil sebanyak 2biji pada waktu malam dan 2biji pada waktu siang.  Tapi di bulan puasa ini mama ambil 2biji semasa nak tidur dan 2 biji semasa sahur.  Selain dari itu mama takkan lupa ambil PD + ESP dan vitamin-vitamin set B.

Selain dari itu, ada satu doa yang mama amalkan ialah:
"Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini, penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu.  Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku"

(doa ini ibu minta izin dengan N, utk diamalkan...)

Dengan izin Nya, sejak mama mengamalkan doa ini mama tidak pernah merasa tertekan, malahan berasa tenang sahaja dan Jr.pun seperti memahaminya, maka mama tidak terlalu tertekan untuk membuat frozen ebm atau untuk bekalan di keesokan hari ke rumah babysitter.  Ini kerana mama dah fokus dalam minda mama yang mana, mama pentingkan Kualiti dan bukannya Kuantiti.  Oleh itu, seberapa banyak yang mama dapat, mama bersyukur dan Jr. seperti memahaminya tanpa merenggek.

Nota penting: Percayalah...ini bukannya iklan promosi tapi ia belaku sendiri pada mama.

Berikut di bawah adalah Testimonia mama sendiri yang mama hantar pada N(masa mula-mula mama amalkan shaklee):

Terima kasih kepada semua yang menghantar testimoni...setiap testimoni yang dihantar akan menerima hadiah saguhati dari saya.
Ini ialah email dari 
Wafi :

Testimoni Satu

Pada bulan June 2010, dengan izin Nya, saya telah menerima gerakan hati untuk menghubungi N bagi mendapatkan produk Shaklee (Trial pack ajelah). Hasilnya sangat mengagumkan, dengan izin Nya juga sebelum ini saya selalu tertekan untuk membuat stok frozen ebm dan dalam masa yang sama nak membekalkan kepada babysitter.


Sebelum menggunakan Shaklee (set b):

1. Stok frozen ebm : zero.

2. Kuantiti susu untuk dihantar kepada babysitter : 5oz x 5 botol


Selepas menggunakan Shaklee (set b):

1. Stok frozen ebm : tidak terkira bilangannya rasa-rasanye melebehi 30 plastik ebm storage (dalam tempoh 2minggu penggunaan set b)

2. Kuantiti susu untuk dihantar kepada babysitter : 2oz x 2 plastik ebm storage. (kadang-kadang tu tak hantar pun pada babysitter kerana, anak kite lebih suka makan nasi dari minum susu. Tapi, apabila pulang kerumah, direct feeding adalah satu perkara wajib, kerana dia sendiri akan adjust nak posisi kiri ke kanan.)

Kesimpulannya, journey penyusuan saya sekarang adalah dalam keadaan tenang sekali dan tidak terlalu risau tentang stok frozen ebm serta berapa susu banyak yg perlu dibekalkan kepada babysitter. Terima kasih ya Allah, kerana telah menyerukan aku utk temukan aku dengan N (walaupun tak dapat jumpa 4 mata). Terima kasih N kerana, tidak jemu-jemu memberi tips, motivasi rohani (kerana sekarang saya telah mula sujud kembali kepada Nya) dan menjawap sms dan panggilan perihal apa saja soalan yang saya kemukakan.


TESTIMONIA 2

Bulan ramadhan akan menjelma, puasaku banyak lagi yang belum diganti. So, saya pun membuat keputusan untuk bertanya kepada N. Al maklumlah takut terkejut bila puasa sebenar menjelma dan saya juga amat risaukan susu tidak keluar semasa kite berpuasa nanti. N menasihatkan saya agar mengambil Performance Drink dikala berbuka dan bersahur. Ia betul-betul membantu saya yang sedang berpuasa ganti. Saya telah mengambil Performance Drink dan set B, sepanjang saya puasa ganti. Tips-tips telah diberi oleh N, saya cuma mengikutnya. Alhamdulillah, Production susu saya tidak terganggu di kala sessi mengepam dan saya jadi lupa yang saya ni sedang berpuasa.

Kesimpulannya, walaupun saya berpuasa; Saya yakin serta Tawakkal kepada Nya, tiada yang mustahil dalam kehidupan ini. Susu saya sentiasa ada dan badan tidak berasa letih langsung. So, saya amat berkeyakinan, sedangkan puasa ganti saya boleh hadapi dan tempohi tidak mustahil pada puasa Ramadhan nanti. Insya- Allah

Sekali lagi terima kasih ya Allah, terima kasih N dan terima kasih Shaklee.


Sekian,

wafi
Iklan singgahan:
N saya copy testimonia ini bagi berkongsi dengan ibu-ibu dan kawan-kawan yang lain.

1 comments:

Anonymous said...

Wa...layout cantik la...!

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez