Tuesday, August 24, 2010

Hasil perahan mama pada hari ini pada pukul 1.20pm

hasil nukilan: wafimamakidz at 2:28 PM 1 comments
hasil perahan sebanyak 8.5oz pada (pukul 1.20pm)

Ini adalah pertama kali mama mengambil gambar hasil perahan mama.  Pada pukul 1.00pm adalah rutin harian mama jadi "Pum & work mom".  Mama pam di cubid aje sambil buat kerja tugasan yang diamanahkan oleh bos mama.

Separuh orang kata tidak digalakkan mengepam sambil membuat kerja (2in 1).  Tapi, pada mama tiada masalah.  Mama tiada masalah emosi down semasa mengepam.  Walaupun tangan mama menaip membuat tugasan sambil mengepam dan dalam masa yang sama siap dengan berinternet lagi..(dan ditambah tugasan baru pula ialah update blog pulak...)  Hasil perahan mama sentiasa maintain dan meriah, Insya-Allah

Rahsia mama, ialah mama amalkan vitamin B-kompleks.  Berapa banyak mama ambil?  Jawapannya senang aje, kalau mama rasa, banyak tugasan yang masih belum selesai mama akan ambil sebanyak 2biji pada waktu malam dan 2biji pada waktu siang.  Tapi di bulan puasa ini mama ambil 2biji semasa nak tidur dan 2 biji semasa sahur.  Selain dari itu mama takkan lupa ambil PD + ESP dan vitamin-vitamin set B.

Selain dari itu, ada satu doa yang mama amalkan ialah:
"Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini, penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu.  Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku"

(doa ini ibu minta izin dengan N, utk diamalkan...)

Dengan izin Nya, sejak mama mengamalkan doa ini mama tidak pernah merasa tertekan, malahan berasa tenang sahaja dan Jr.pun seperti memahaminya, maka mama tidak terlalu tertekan untuk membuat frozen ebm atau untuk bekalan di keesokan hari ke rumah babysitter.  Ini kerana mama dah fokus dalam minda mama yang mana, mama pentingkan Kualiti dan bukannya Kuantiti.  Oleh itu, seberapa banyak yang mama dapat, mama bersyukur dan Jr. seperti memahaminya tanpa merenggek.

Nota penting: Percayalah...ini bukannya iklan promosi tapi ia belaku sendiri pada mama.

Berikut di bawah adalah Testimonia mama sendiri yang mama hantar pada N(masa mula-mula mama amalkan shaklee):

Terima kasih kepada semua yang menghantar testimoni...setiap testimoni yang dihantar akan menerima hadiah saguhati dari saya.
Ini ialah email dari 
Wafi :

Testimoni Satu

Pada bulan June 2010, dengan izin Nya, saya telah menerima gerakan hati untuk menghubungi N bagi mendapatkan produk Shaklee (Trial pack ajelah). Hasilnya sangat mengagumkan, dengan izin Nya juga sebelum ini saya selalu tertekan untuk membuat stok frozen ebm dan dalam masa yang sama nak membekalkan kepada babysitter.


Sebelum menggunakan Shaklee (set b):

1. Stok frozen ebm : zero.

2. Kuantiti susu untuk dihantar kepada babysitter : 5oz x 5 botol


Selepas menggunakan Shaklee (set b):

1. Stok frozen ebm : tidak terkira bilangannya rasa-rasanye melebehi 30 plastik ebm storage (dalam tempoh 2minggu penggunaan set b)

2. Kuantiti susu untuk dihantar kepada babysitter : 2oz x 2 plastik ebm storage. (kadang-kadang tu tak hantar pun pada babysitter kerana, anak kite lebih suka makan nasi dari minum susu. Tapi, apabila pulang kerumah, direct feeding adalah satu perkara wajib, kerana dia sendiri akan adjust nak posisi kiri ke kanan.)

Kesimpulannya, journey penyusuan saya sekarang adalah dalam keadaan tenang sekali dan tidak terlalu risau tentang stok frozen ebm serta berapa susu banyak yg perlu dibekalkan kepada babysitter. Terima kasih ya Allah, kerana telah menyerukan aku utk temukan aku dengan N (walaupun tak dapat jumpa 4 mata). Terima kasih N kerana, tidak jemu-jemu memberi tips, motivasi rohani (kerana sekarang saya telah mula sujud kembali kepada Nya) dan menjawap sms dan panggilan perihal apa saja soalan yang saya kemukakan.


TESTIMONIA 2

Bulan ramadhan akan menjelma, puasaku banyak lagi yang belum diganti. So, saya pun membuat keputusan untuk bertanya kepada N. Al maklumlah takut terkejut bila puasa sebenar menjelma dan saya juga amat risaukan susu tidak keluar semasa kite berpuasa nanti. N menasihatkan saya agar mengambil Performance Drink dikala berbuka dan bersahur. Ia betul-betul membantu saya yang sedang berpuasa ganti. Saya telah mengambil Performance Drink dan set B, sepanjang saya puasa ganti. Tips-tips telah diberi oleh N, saya cuma mengikutnya. Alhamdulillah, Production susu saya tidak terganggu di kala sessi mengepam dan saya jadi lupa yang saya ni sedang berpuasa.

Kesimpulannya, walaupun saya berpuasa; Saya yakin serta Tawakkal kepada Nya, tiada yang mustahil dalam kehidupan ini. Susu saya sentiasa ada dan badan tidak berasa letih langsung. So, saya amat berkeyakinan, sedangkan puasa ganti saya boleh hadapi dan tempohi tidak mustahil pada puasa Ramadhan nanti. Insya- Allah

Sekali lagi terima kasih ya Allah, terima kasih N dan terima kasih Shaklee.


Sekian,

wafi
Iklan singgahan:
N saya copy testimonia ini bagi berkongsi dengan ibu-ibu dan kawan-kawan yang lain.

Inilah pengarang jantung hati mama dan abah

hasil nukilan: wafimamakidz at 11:38 AM 0 comments
mama dan jr. (masa ni nior demam)
main tarik upih moden...
Mira, afiq dan nior bersantai
hubby kesayanganku
Jr. sedang belajar menateh dengan kereta abangnye..

Iklan singgahan:
Tiada coretan yang dapat kutuliskan hanya gambar sahaja yang mama boleh abadikan....

Mira dengan giginya....

hasil nukilan: wafimamakidz at 10:51 AM 0 comments
Mira adalah puteri mama yang sulong yang berumur 7 tahun.  Nak dijadikan cerita, mira ada masalah gigi di bahagian hadapan, yang mana gigi tersebut kerap berdarah tapi tak mahu luruh.

Kalau diikutkan hati, nak aje mama ambil hammer untuk ketuk gigi tersebut.  Disebabkan gigi tersebut, kami sekeluarga telah mengelarkannya mira jonggang (bukan nak hina ye) agar dia ada perasaan malu.  Sebab dia lahir dengan gigi yang cantik.  Tapi, anak mama ni, jenis hati batu (tak ada perasaan punye..) dek sebabkan takut nak cabut dia rela dengan title tersebut.

Semasa mira kecil, iaitu sebaik sahaja dia tumbuh gigi yang pertama, mama dah mula gosok giginya. Mama memang particular terhadap giginya.  Mira memang dilahirkan dengan gigi yang cantik dan sihat.

Punca jonggangnye gigi mira adalah disebabkan semasa tidor dia suka geselkan giginya dengan gigi yang lain.  Dulu-dulu, semasa dia kecil tak ada pula buat perangai sedemikian, sekarang ni pulak bila dah besarlak dia buat perangai...tu yang mama benggang.

Tersebut satu kisah.....,yang mana pada petang semalam gigi tersebut telah tercabut disebabkan mama telah ketuk gigi tersebut dengan senduk belapikkan kain.  Mesti, kalian fikir mama ni kejamkan.  Tapi, sayangkan anak punya pasal, mama nekad utk melakukannya.

Sebab mama tahu, gigi susu masih belum ada akar tunjang, tu sebab mama berani melakukannya.

Raya tahun ni, mira beraya dengan gigi yang tiada dibahagian hadapan...Kesian dia....

Eee.. seronoknye..mama dah ada follower yang pertama

hasil nukilan: wafimamakidz at 8:48 AM 1 comments
Terima kasih kak Nadia kerana menjadi followerku yang pertama dan secara rasminya blog mama telah dirasmikan oleh seorang majistret (bukan calang-calang tau).

Kalau mama tahu seronoknya berblog ni, dari dulu mama dah belajar berblog.  Rupanya menulis di alam maya ni lebih seronok dari dunia realiti, kerana dunia alam maya adalah dunia tanpa sempadan.  Tiada orang nak edit apa  yang nak diperkatakan.

Tujuan asal, wujudnya blog ini adalah untuk belajar berbisnes dengan N.  Tapi, jadi cerita lain pulak.  Ini semua gara-gara semasa proses pembuatan dan penyiapan blog ini, mama dapat rasakan inilah tempatnya untuk mama luahkan idea atau apa sahaja yang mama rasa, mama nak luahkan.

Tapi, Insya-Allah, niat yang asal akan mama usahakan dan mama akan terus belajar dengan N cara untuk berbisnes secara alam maya.

Tapi, walau macammanapun masih banyak yang perlu mama pelajari...

Selain dari kak Nadia ada dua orang insan yang mendorongku dalam dunia blog ini, iaitu N..(anakkuwiraku) dan  kak serindit.

Terima kasiah Kak Nadia, N dan kak serindit, tanpa sokongan dari kalian, mungkin blog ini belum terhasil...

Dengan lafaz BISMILLAHHIRAHMANIRAHIM maka dengan rasminya blog mama telah berada di alam maya....

Cayala....mama

Iklan singgahan:  
Nanti jika mama dah lengkap dengan ilmu bisnes di dada dan barang-barang semua dah standby.  Mama akan maklumkan di bahagian PROMO.  Tunggu....ye...

Monday, August 23, 2010

Pengalaman Jr. tumbuh gigi

hasil nukilan: wafimamakidz at 2:42 PM 0 comments
Pada mulanye, mama terasa ngeri... apabila memikirkan jr. akan tumbuh gigi. Hampir setiap orang mama bertanya pengalaman mereka menyusu semasa baby tumbuh gigi. Ada yang mengerikan, ada yang menakutkan dan pelbagai cerita yang mama dengari.

Akhirnya ibu minta pendapat di susuibu.com.  Pelbagai pendapat dikemukakan, antaranya tekapkan dada kite pada hidung baby dan ada pula yang beri pendapat tutup hidung baby, nanti bila dia rasa lemas, secara automatik dia akan terbuka mulutnye.  Tetapi ada satu yang menarik perhatian mama, yang mana beliau telah mencadangkan pada mama agar berkomunikasi dengan jr. seawal dari dia lahir dan selewat-lewatnya usia jr. 3bulan. Oleh itu, mama telah membuat keputusan untuk mencubanya.  Mama, mula berkomunikasi dengan jr.pada usianya 3bulan hingga lah sekarang.  Sekarang Jr. dah berumur 1tahun 2mingu 6hari.  Sekejap saja masa berlalu...

Syukur ke hadrat Ilahi, apabila tiba masa yang dinantikan (tumbuh gigi), masalah yang menghantui mama tidak berlaku.  Hingga ke hari ini, Insyaallah jr. tidak pernah menggigit N.. mama, walaupun dikala jr. tidur.  Jr. akan cabut sendiri puting apabila dia dah kenyang.

Kata-kata yang mama ucapkan pada jr. ialah 
"Jr., kalau jr. nak menyusu lama dan ingin sentiasa disamping mama, jangan sekali-kali gigit puting mama.  Nanti apabila puting mama sakit, Jr. tidak boleh menyusu.  Nanti Jr. lapar, kesian Jr....."

Seakan-akan memahami apa yang mama perkatakan, sehingga ke saat ini apabila jr. menyusu tanpa menggigit puting mama.

Sekarang Jr. telah mempunyai 4 batang gigi (2 diatas dan 2 dibawah).  

Sekarang ini Jr. sedang belajar menateh pulak.  Tak sabar rasanye, nak menunggu jr. berjalan, harap-harap jr. dapat berjalan di pagi raya.  Tentu bestkan...akan mama kongsikan kegembiraan ini bersama kalian...

Friday, August 20, 2010

Hari Jumaat tanpa kemana-mana....boring giler..

hasil nukilan: wafimamakidz at 2:39 PM 0 comments
Aa.....boringnye
Kebiasaannya setiap hari Jumaat, mama dan member akan meronda keliling bangi, Hatta dibulan puasa...bukan buat apa pun cuci mata je, buat lenguh kaki adale.. Almaklumlah kalau kaum HAWA tu, tetap kaum HAWA.

Padahal bangikan bukan ada sogo ke, JJke, yang ada hanyalah warta dan billion, tetapi kalau dah boring satu hari duduk kat ofis, mana tahan ooo...

Aircond sejuk kat ofis mama, perut pulak berkeroncong....(sabar itu separuh dari iman).  Kiranya tahun ni mama dan member kuat semangat dan kuat iman tau.  Kalau dulu-dulu, dah selamat da..adioslah jawapannye (dah berbuke..)

moral of the story: mujur mama ada mengambil PD dan ESP semasa bersahur tadi.

Thursday, August 19, 2010

Dah.. 9 hari umat islam berpuasa, syukur..

hasil nukilan: wafimamakidz at 11:47 AM 0 comments
Mama amat bersyukur kerana dapat meneruskan puasa walaupun dalam masa yang sama mama boleh bekerja dan mengepam ASI utk Jr.semasa di ofis.

Ini semua adalah kerana Performance Drink, ESP dan vitamin Shaklee.

Perbezaan memang ketara.  Ia berlaku pada mama sendiri.  Ini adalah tahun pertama mama berpuasa bersama Perfomance Drink, ESP dan vitamin Shaklee dan dalam masa yang sama sebagai "pumping mom & work".

Sebelum mengguna PD, ESP dan vitamin Shaklee, mama selalu ponteng puasa kerana dehidrasi dan tak larat sebab perut keroncong da..(gastik di bulan puasa) .sekarang saya begitu bersemangat untuk meneruskan puasa, walaupun pelbagai godaan dari rakan-rakan seperjuangan tapi dengan izin Nya kerana SHAKLEE, saya dah berubah.  Tapi, kalau bendera merah keluar tu minta maaflah ye.

Berikut adalah cara pengambilan PD, ESP dan vitamin Shaklee:-

Waktu berbuka
1. Makan makanan berbuka
2. Minum PD + ESP

Waktu sahur
1. Makan makanan bersahur
2. Minum PD + ESP
3. Ambil 3 biji Alfalfa

Sebelum tidur
1.Minum PD + ESP
2. Ambil 1biji vitalea, bcom, vitamin c + 3 biji Alfalfa

P/S: ini adalah perkara benar yang berlaku pada mama sebagai "pumping mom & work", bukan cetak rompak tau, tapi copy pengalaman mereka dan jadikan panduan hidup sihat mama seharian.

Entry ini adalah untuk Giveaway 3-hari anjuran My Super Kids sempena minggu ke-2 Ramadhan. Sila tinggalkan komen anda untuk membantu saya memenangi minuman cegah dehidrasi performance-drink-shaklee” target=”_blank”>Performance Drink bagi membantu saya kekal cergas berpuasa!

Anda juga boleh sertainya, sila lawati blog My Superkids entry Performance Drink for Giveaway 3 Hari untuk menang!

Banjir o..Banjir...Rumahku masuk air...

hasil nukilan: wafimamakidz at 11:43 AM 0 comments
Aduh...masak macam ni, sedang-sedang sedap tidur, mama dikejutkan dengan dentuman petir dan kilat sambung menyambung. Aaaa... tidak...rupanye rumah mama telah dimasuki air.

Itulah dugaan dan pengalaman yang tak dapat kurasakan sebelum ini.  Almaklumlah tak pernah duduk rumah kampung, sebelum ini mama duduk di dalam rumah merpati je...(rumah flat da...)

Mujurlah suamiku dan anak mama yang no. 2 tu rajin membantu.  Kiranye hari ni kite orang sekeluarga bersahur di dalam banjir da...nasib badan.

Monday, August 16, 2010

Hai, bersua lagi kite

hasil nukilan: wafimamakidz at 2:00 PM 0 comments
Salam, mama semua

You all nak tahu tak, kemanakah saya menghilang selama ini... Saya dimasukkan ke wad Pakar Annur, Bandar Bandar Bangi kerana terkena viral fever.

Oleh itu, teman yang sentiasa menemaniku adalah Performance Drink, ESP dan vitamin.  Mama betul-betul tak lalu nak makan.  Mama andaikan kalau tiadalah semua ini, mungkin mama perlu bergantung pada ubat tahan sakit.  Tapi  mama yakin, dengan izin Nya, shaklee mampu menyembuhkan mama tanpa bergantung kepada ubat tahan sakit.

Semasa dalam wad, mama telah dimasukkan air glukos sebanyak 10botol, kerana mama dalam kategori dehydrate dan dalam masa yang sama mama maintainkan pengambilan supplement.

Mujur Alhamdulillah, susu mama tidak dehydrate.  Jr. masih dapat meminumnya seperti biasa.... Ku bersyukur kepada Mu Ya Allah.

Tuesday, August 3, 2010

Happy birthday 1st Jr.

hasil nukilan: wafimamakidz at 11:22 AM 0 comments
Untukmu Jr.
Itulah specialnya hubungan mama dan jr.  Mama amat berharap pengembaraan kami berdua akan berterusan sehingga ke DUA TAHUN atau lebih

Pada hari ini genaplah umur Jr. SATU TAHUN.  Secara tidak langsung pengembaraan mama dan jr.berkenaan dengan ASI juga dah genap SATU TAHUN.

Monday, August 2, 2010

Diriku dan blog

hasil nukilan: wafimamakidz at 6:42 PM 0 comments
Mama namakan blog ni mamanior journey kerana disebabkan junior, mama mengenali tentang ASI,babywearing dan supplement shaklee.  Walaubagaimanapun mama masih tidak mengenepikan putera dan puteri ku yang lain.  Masing-masing mempunyai cerita yang tersendiri.


Blog ini bukannye, mengambarkan mama pilih kasih kepada putera dan puteri mama, tetapi mama nak mengabadikan yang selama ini sepatutnya mama lakukan.  


Kerana Junior, mama mula mengenali ASI, babywearing dan Shaklee.  Walaupun mama dah mempunyai seorang puteri(sulong), dua orang putera (no. 2 dan no.3).  Tetapi mama rasakan masih belum terlambat untuk mama mengenali ketiga-tiga perkara tersebut.  Malah mama berasa bangga.


Kenapa terciptanya nama Junior.  Ini adalah kerana putera mama yang nombor dua masih mahu dipanggil adik.  So, sicilik kenalah mengalah.


Berbalik pada kisah Junior. Kehadiran Junior pada 03hb Ogos 2009 (bersempena bulan susu ibu), telah menyebabkan mama  bertekad untuk menyusuinya selagi dia inginkannye.  Pada mulanya mama ingatkan, mama tidak akan berjaya menempohi tempoh 6 enam pertama, tetapi dengan keizinan dariNya, mama berjaya.

Diteruskan lagi hingga setahun, dengan izinNya mama berjaya lagi.  So, sekarang mama tekad sehingga 2 tahun atau selagi Junior mahu minum susu mama, maka mama harus teruskan perjuagan.

Ok, hingga bersua lagi.  Nanti mama akan cerite pula macammana mama hadapi saat-saat Junior tumbuh gigi pulak.  Bukannya apa pelbagai mitos yang mama dengari.  Tetapi bila mama sendiri menghadapinya, ternyata ia hanyalah donggenggan sahaja.  Tunggu...

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez