Beliau telah membesar di Tokyo dan kini menetap di New York, Amerika Syarikat. Naomi pernah mengalami pertambahan berat lebih 10 kg dengan ketinggian hanya 150cm ketika menuntut di kolej kerana banyak menikmati makanan Amerika.
Apabila beliau dan suaminya kini bertukar kepda cara makanan tradisional Jepun, mereka lebih langsing dan bertenaga. Beliau sedia berkongsi strategi pemakanannya yang digelar tujuh rahsia dapur Tokyo.
- Rahsia Pertama, makanan yang menjadi keutamaan termasuk ikan,soya, nasi, sayur2an dan buah2an
- Kedua, sajian makanan adalah kecil.
- Ketiga, Sup miso menjadi sajian sarapan utama
- Keempat, memasak secara sederhana
- Kelima, nasi menggantikan roti
- Keenam, hanya jamah makanan pencuci mulut
- Ketujuh, wanita Jepun lazimnya tidak mengamalkan diet sebaliknya makan apa saja yang digemari dalam jumlah yang sedikit.
- Sup rumpai laut adalah antara sajian makanan kegemaran masyarakat Jepun.
Naomi mengakui masyarakat Jepun juga tidak makan hingga kenyang sepenuhnya kerana lazimnya mereka makan hingga 80 peratus kenyang. Mereka juga banyak berjalan iaitu mereka mengambil peluang utk berjalan kemana saja.
"Makanan Jepun memberi tumpuan terhadap tenaga makanan yang dihasilkan dalam saiz yang memuaskan. Tidak perlu masak cara Jepun untuk menikmati asas diet yang menyihatkan, hanya makan lebih ikan, sayur2an dan buah2an serta tambah beberapa pilihan menyihatkan seperti taufu dan nasi," kata naomi
"Mungkin ramai yang kata ia sebahagian daripada genetik kami, tetpi apabila orang Jepun mula mengamalkan cara pemakanan Barat, mereka juga akan cepat mengalami pertambahan berat badan" kata naomi lagi sambil menambah petua, iaitu seseorang itu harus makan dengan mata.
Menurut Naomi lagi makanan harus disajikan dengan persembahan yang cantik menerusi jumlahnya yang kecil dalam pinggan yang kecil molek.
"Menerusi cara itu, ia menggalakkan seseorang untuk 'makan dengan mata' dengan menikmati keindahan makanan. Hasilnya, kita akan makan dengan perlahan untuk menikmati setiap gigitan. Ini juga bermaksud, seseorang itu akan makan dalam jumlah yang sedikit kerana ia memberikan masa kepada orak untuk sedar bahawa tubuh kita sudah kenyang" kata Naomi
Diet Jepun juga utamakan pengambilan nasi berbanding dengan diet permakanan cara Amerika. Di Jepun, semangkuk kecil nasi dihidangkan bersama hampir semua sajian termasuk sarapan. Karbohidrat kompleks yang rendah lemak itu memang mengenyangkan justeru, seseorang itu kurang keinginan untuk mengambil makanan berlemak seperti biskut dan pastri.
Menurut Naomi juga, masyarakat Jepun juga fanatik memakan sayur. Sayur2an seperti lada benggala merah, lada benggala hijau, kacang hijau. terung, bawang, tomato, kobis, lobak merah, bayam, pucuk rebung, akar teratai, cendawan shitake, kentang manis serta rumpai laut.
Seseprang itu harus memberi penekanan terhadap kualiti, bukannya kuantiti dan belajar untuk makan secara perlahan supaya dapa menikmati makanan, sekali gus mengelak tabiat makan dengan gelojoh. Baginya, seseorang itu boleh menikmati apa saja makanan, tetapi ia harus secara sederhana.
Saranan Mireille (penulis buku Frech Women Don't Fet Fat), menikmati secubit coklat berkualiti tinggi adalah lebih memuaskan selera daripada sekeping coklat bersaiz besar.
sumber rujukan:panduanpercuma
0 comments:
Post a Comment