Tuesday, June 28, 2011

Diet cara orang Vietnam

hasil nukilan: wafimamakidz at 8:00 PM
Pernahkah kalian melihat orang Vietnam mempunyai berat badan yang besar.  Ia tidak sama sekali....Rata2 orang Vietnam mempunyai berat badan yang ideal.  Marilah kite lihat menu harian mereka...

Sarapan pagi;
Semangkuk ulam (lebih kurang segenggam) dan sup bihun.  Cuma sedikit bihun dimasukkan dan ditambah cendawan serta sayur2an yang direbus sekejap.  Sup sayuran itu dibuat tanpa menggunakan minyak.  Popia berintikan sayur2an turut dihidangkan semasa sarapan.  Sayur2an itu dimakan mentah.

#Masyarakat Vietnam yang beragama Islam memelihara sendiri ayam dan ternakan lain dan memastikan haiwan itu turut memakan sayur2an serta rumput yang segar.

Hindangan Tengahari:
Mereka makan tiga jenis sayuran dan satu jenis lauk sahaja iaitu ikan goreng. Nasi pula hanya setengah genggam atau sesudu sahaja.

# Mereka tidak mengamalkan keropok atau makan segera yang berperisa.  Rakyat mereka mengunyah buah2an segar atau jeruk buah2an.  Mereka turut memakan umbut dan kacang namun tidak makan kentang dan juga ubi keledek.

Kesimpulannya, mereka tidak mengamalkan karbohidrat yang banyak.  Mereka juga tahu bahawa makanan yang perlu dimasak sampai empuk mempunyai sejenis toksin yang merosakkan tubuh badan.

sumber rujukan:dietzamanbatu?-utusanonline,blog kancilbiru

0 comments:

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez