Tuesday, February 22, 2011

Faedah sarapan pada anak-anak

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:15 PM

Kita sedia maklum akan kepentingan mengambil sarapan. So, saya just nak highlight 4 kepentingan sarapan kepada anak-anak kita.
  • Kanak-kanak yang mengambil sarapan kebiasaannya lebih bijak. Kajian mendapati terdapat perbezaan antara kanak-kanak yang mengambil sarapan dengan kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan :
Markah lebih tinggi
Daya fokus lebih tinggi
Lebih kerap mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran
Lebih cekap membaca dan membuat matematik
Daya taakulan lebih cekap, terutama untuk latihan yang sukar
Kurang stress
  • Kanak-kanak yang mengambil sarapan kebiasaannya lebih sihat ; mempunyai daya ketahanan badan yang lebih tinggi berbanding dengan kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan. Mereka juga kurang 'ponteng' ke sekolah,
  • Kanak-kanak yang mengambil sarapan juga didapati mempunyai berat badan yang lebih ideal - kurang mendapat penyakit dan kecederaan berbanding kanak-kanak yang overweight. Kanak-kanak yang memulakan hari dengan keperluan nutrisi yang ideal (sarapan yang lengkap dan berkhasiat) cenderung untuk tidak mengambil kalori yang berlebihan pada meals yang lain.
  • Mereka yang bersarapan secara sihat akan makan secara sihat juga untuk sepanjang hari. Which means, sarapan sebenarnya menggalakkan kanak-kanak untuk cenderung kepada amalan pemakanan berkhasiat dan seimbang.
So, to all parents out there.. jangan malas-malas sediakan/ bagi anak bersarapan yea? Betapa sarapan ni penting sampai ada quote macam ni:


Eat breakfast like a king, lunch like a prince, and dinner like a pauper.
Adelle Davis
(1904 - 1974)
Kenapa sarapan menjadi hidangan yang sangat penting? Sarapan berfungsi menamatkan ‘puasa’ sepanjang enam hingga lapan jam tidur pada waktu malam dan mengembalikan bekalan glukos dan lain-lain khasiat yang digunakan sebagai tenaga sepanjang hari. Sarapan juga sangat penting untuk mengaktifkan fikiran dan badan pada waktu pagi.

Jika tidak bersarapan, badan secara automatik akan berada dalam fasa ‘puasa lanjutan’ (kerana kita sudah pun dianggap berpuasa ketika tidur) dan cuba menjimatkan tenaga dengan memperlahankan proses pembakaran lemak.Namun, jika kita bersarapan, badan tidak perlu memasuki fasa ‘puasa lanjutan’ ini dan ia secara tidak langsung memberitahu otak bahawa badan bersedia untuk membakar lemak sebagai tenaga bagi kegunaan sepanjang hari.


Kuantiti makanan untuk sarapan bergantung kepada keperluan masing-masing tetapi makanlah secara sederhana. Jika tidak sempat pun, memadailah mengambil segelas susu atau jus oren dan sekeping roti. Makanan seimbang mengandungi protein dan karbohidrat dianggap pilihan terbaik untuk merangsang proses metabolisme. Penemuan itu membuktikan bahawa sarapan amat penting untuk mengekalkan berat badan seimbang dan mengelakkan kegemukan. Lebih baik jika memilih sarapan yang berkhasiat dan menyihatkan. Penyelidik juga mencadangkan sarapan sihat dijadikan antara langkah penting dalam pengurusan berat badan dan rawatan obesiti.
Ini adalah antara langkah mudah untuk mengurangkan peratusan masalah kegemukan dan obesiti di negara kita yang semakin membimbangkan, terutama di kalangan kanak-kanak. Untuk mengelakkan masalah ini daripada membelenggu keluarga (ingat menurunkan berat badan adalah usaha yang sangat payah), mulakan amalan bersarapan bersama seisi keluarga. Ia bukan saja memberi kesan langsung kepada kesihatan badan dan mencerdaskan otak, tetapi mampu merapatkan hubungan kekeluargaan. 
Lebih awal kita bersarapan, lebih baik. Kajian menunjukkan orang yang bersarapan kurang berkemungkinan mengalami masalah kegemukan. Orang meninggalkan sarapan akan terdorong untuk makan lebih banyak kerana biasanya apabila sampai waktu makan mereka sangat lapar.
Ibu bapa perlu memastikan anak bersarapan sebelum ke sekolah kerana ia meningkatkan kepekaan, daya tumpuan dan prestasi di bilik darjah. Sarapan seringkas sandwic, susu atau bijirin memadai untuk memberi tenaga, memperbaiki emosi dan membantu kepekaan minda.
             2http://rasli.com/kepentingan-sarapa/

0 comments:

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez