Tuesday, January 11, 2011

Sesungguhnya Dia memang Maha Pemberi....

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:25 PM
Abah dan Uncle Mawi
Hari ini mama nak berkongsi kejayaan suami mamakidz (abah).  Untuk pengetahuan mommies, abah telah menceburkan diri dalam bidang memancing ini lebih kurang 5tahun.  Sebelum ini, Abah lebih suka melibatkan diri dalam aktiviti yang mencabar seperti wall climbing, mountain climbing, kayak dan bermacam-macam lagi.  Itu masa bujang dan perut fit la...tapi sekarang, sorry...

Nak dipendekkan cerita, pada tarikh 9 Jan 2011, mamakidz, anak-anak, abah dan uncle mawi telah pergi ke tempat lepak kegemaran kitaorang iaitu di Joran Rimba Tekala, Semenyih.  Disitu telah mengadakan satu acara pertandingan memancing.

So, abah dengan penuh excited pergi membuat pentadbiran satu joran sahaja untuk mencuba nasib.  Sedang abah asyik melayan umpan dan jorannya, secara tiba.....Abah terasa sesuatu.  Pada fikiran Abah ia hanya ikan kecil seperti sebelum ini iaitu ikan lampam.  Abah pun buat rilekslah, sehinggalah kitaorang nampak sesuatu yang bersinar-sinar keemasan.  Rupa-rupanya Abah telah berjaya menaikkan ikan liku emas.  Apa lagi, kelam kabut si Uncle mawi menolong menyauk ikan di dalam kolam untuk dinaikkan kedarat.

Apabila marshal datang untuk dibawa ke penimbang, beliau akan memastikan dahulu samaada tangkanpan tersebut adaklah bold atau tidak.  Apabila dah sah bold baru dibawa ke penimbang.  Keputusannya ialah ikan  liku emas tersebut adalah seberat 5.95kg.  Ini bermakna Abah telah menduduki tempat 3.  Tetapi, 30minit terakhir hasil tangkapan Abah telah dipintas dengan ikan patin seberat 7kg.  Ini bermakna hasil tangkapan Abah telah turun ke tempat 5, so dengan ini Abah hanya berjaya membawa pulang RM100.00.  Syukur kehadrat Ilahi kerana memberikan kami rezeki.

Itulah, memang betul orang kata, kalau Dia nak memberi, sekejap saje rezeki akan berpihak pada kite dan secara tidak langsung sumpahan Abah pun dah berakhir.  So, harap-harap, rezeki akan berpihak kepada Abah lagi.  Caiyo-caiyo Abah, kami akan sentiasa menyokong Abah.

Nota: Glemer lagi Uncle Mawi di blog mamakidz

Moral of the story:  Siapa kata, Dia tidak adil...lihatlah dengan kebesaran kuasaNya, yang mustahil pun menjadi kenyataan.  Apa yang penting berusaha tanpa putus asa....MEMANG DIA MAHA PEMBERI.

0 comments:

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez