Tuesday, March 29, 2011

supplemen vs pemakanan sunnah

hasil nukilan: wafimamakidz at 4:32 PM
Bila menyebut makanan sunnah, biasanya dikaitkan dengan tamar (kurma), kismis (zabit), buah zaitun, halia, delima, susu, madu lebah… Hingga ada yang risau tentang pengambilan makanan seharian yang tidak mengikut sunnah.
Sunnah Rasulullah SAW adalah makan makanan yang halal dan baik untuk kesihatan, sebagaimana Allah berfirman dalam surah al-Baqarah:
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu” (2:168)
Makanan yang baik adalah makanan yang halal dari segi sumbernya dan terbaik dari segi kualitinya, yakni mempunyai zat yang mencukupi. Kekurangan zat makanan bukan saja menjadikan seseorang itu lemah dari segi fizikal, mudah diserang penyakit, malah juga melibatkan kemampuan berfikir dan mengawal emosi.

Rasulullah bersabda:
“Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah” HR Muslim.
Ramai orang cuma makan sekadar untuk sedap dan kenyang. Cuba kita perhatikan kebanjiran restoran-restoran atau kedai-kedai atau gerai yang menyediakan makanan yang tidak berkhasiat namun mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Lumrah manusia akan makan mengikut apa yang dilihat di mata dan dirasa oleh hidungnya, bukan mengikut keperluan tubuh badannya. Kerana itulah ada orang yang tidak suka makan sayur, kerana mungkin sayur tak sedap.
Negara2 maju amat menitikberatkan soal nutrisi dalam makanan. Oleh itu mereka mempunyai standard RDA (Recommended Daily Value) mereka sendiri. Biasa dengar bukan, USRDA?
Malangnya, bagi kita, tidak semua orang menitikberatkan pemakanan seimbang. Lebih2 lagi dengan variasi makanan di Malaysia, yang ada macam2 jenis. Pagi2 makan nasi lemak, teh tarik. Kadang2 roti canai. Tengah hari beriani kambing. Malam cuba western food pula. Lepas tu keluar ngeteh dengan kawan2 pula. Tapi bila dah tua2 barulah berpantang itu ini sebab dah kena macam2 jenis penyakit.
Rasulullah bersabda tentang ini:
“Perut manusia tempat segala macam penyakit, dan pencegahan itu pokok dari segala pengubatan” HR al-Dailami.
Jadi, bagaimana untuk mencegah segala penyakit? Ia bermula dengan menjaga pemakanan dan aktiviti. Antaranya…
* Makan mengikut saranan piramid makanan
piramid makanan
* Mengambil buah-buahan dan sayuran tempatan kerana masa memetik dan sampai kepada pelanggan adalah lebih singkat dan kurang penggunaan bahan pengawet.
* Mengambil makanan yang membekalkan cukup vitamin dan zat mineral.
* Makan mengikut waktu.
* Minum air yang mencukupi.
* Bersenam.
Penjagaan pemakanan bukan sekadar makan untuk kenyang, sebaliknya untuk membekalkan seluruh zat keperluan kepada tubuh. Rasulullah SAW sendiri mempunyai tabiat makanan yang baik. Oleh itu Baginda sentiasa cergas dan bersedia dalam melaksanakan tugasnya. Begitu juga dengan para sahabat yang bukan saja memikul tanggungjawab sebagai pemimpin, malah ketua keluarga, ayah, datuk, jiran, kawan, guru, imam dan sebagainya. Tanpa sokongan dari badan yang kuar dan jiwa yang mantap, kita lihat saja kualiti lelaki pada zaman ini. Buat satu kerja sudah penat, buat kerja sikit penatnya banyak, emosi tak terkawal dan sebagainya.
Jadi, makanlah yang baik2, pastikan keluarga kita dibekali pemakanan yang halal dan berkhasiat, yang penting ia adalah dari sumber semulajadi, samada dalam bentuk makanan asal atau pil vitamin ekstrak dari bahan makanan. Walaupun air tangan ibu yang terbaik dan paling berkat, namun makanan yang disuap itu yang membina fizikal dan mental anak-anak.

1 comments:

AMIIZAA@Mieja on March 30, 2011 at 12:34 PM said...

tq :):)

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez